Run. Mix. Burn!

Thursday, 12 November 2009

Sukan lasak antarabangsa Disember ini

Dari: Utusan Online

IPOH 5 Nov. - Perak akan menganjurkan sukan lasak antarabangsa dengan kerjasama Perak Aman Jaya International Eco-Adventure bermula di Hutan Belum, Gerik dan tamat di Pulau Pangkor pada 2 hingga 6 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Zainol Fadzi Paharudin berkata, ia akan disertai 20 pasukan jemputan dari luar negara termasuk tiga dari Malaysia.

Menurut beliau, antara aktiviti sukan lasak itu ialah berkayak, berenang, berkayuh, memanjat dan sebagainya.

"Negeri ini dipilih oleh saluran sukan ESPN StarWorld setelah para pegawainya melihat keunikan Hutan Belum yang mempunyai produk nilai semula jadi menarik," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan peralatan sukan bernilai RM148,000 kepada 24 bahagian Pemuda UMNO negeri. berkata, kos bagi penganjuran sukan tersebut dianggarkan berjumlah RM60 juta.

"Kita dan ESPN sedang mencari penaja bagi membiayai sukan berprestij itu," katanya.

Menurut beliau, program sukan lasak tersebut akan disiarkan selama dua bulan di saluran sukan ESPN untuk ditonton oleh 1.5 bilion penonton di seluruh dunia.

Katanya, satu memorandum persefahaman (MoU) akan ditandatangani antara kerajaan negeri dengan ESPN pada 11 November ini.


Anyone know (got detail) about this event?

Labels: ,

2 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • bang, is this it?

    http://www.xtremesport4u.com/tag/espn-star-sport-event-management/

    By Blogger Che, at 2:32 pm  

  • Ya lar tu..

    Opis aku sure tak bagi cuti klu aku masuk.

    By Blogger aharis, at 11:08 am  

Post a Comment

<< Home