Run. Mix. Burn!

Sunday 6 July 2014

Phu Pha Phet Cave, Satun, Thailand.

Dalam perjalanan pulang dari 4th. Andaman Half Marathon 2014, kitaorang melencong ke arah papan tanda - Phu Pha Phet Cave, yang terletak kira2 60km dari Pak Bara.

Memola tu ikut map (print daripada google maps). Masuk laluan 416. Aku dengan co-pilot (PakYa) dah konpius dah. Tanya bebudak pon depa tak faham bahasa. So Guna Pala Sendirik (GPS), aku ikut signboard jalan aja... Signboard ke gua tu memang ada di setiap simpang jalan. Memang tak akan sesat walaupon tiada map atau GPS (GPS device betoi).

Phu Pha Phet Cave Satun
..image from satun.lescigales.org

Phu Pha Phet Cave (7.124562, 99.998352) atau dikenali Diamond Cave atau dalam bahasa Gua Berlian diwartakan sebagai gua terbesar di Thailand. Dan dipercayai yang ke 3 terbesar didunia. Yang ke-3 ni aku tak berapa pasti kesahihannya kerana setakat aku dok baca kajian gua ini belom di terbit atau di tulis dalam journal antarabangsa. Mungkin ada dan aku belom terbaca lagi.

Walaubagaimana pon kalau betoi ke-3, pada peminat aktiviti eco2 nih, out-door atau adventure kaa.. Phu Pha Phet patut diberi perhatian. Keluasan gua ni antara 18-20 ekar. Ekar! dan terdapat 7 lapisan/tingkat tapi cuma 2 tingkat saja untuk lawatan yang ada 20 bilik gua.

@Phu Pha Phet Cave
Yuran masuk 30baht termasuk kos guide. Kemudian kena daki naik tangga sejauh 150-200 meter. Di pertengahan jalan ada orang tempatan sewa lampu kepala. Cadangan saya - sewa satu. Cuma 20baht aja. Tapi manfaatnya banyak sebab dalam tu gelap dan boleh saksikan batu-batuan yang cukop cantik.

Sampai di pintu masuk. Amik guide. Jangan tak amik. Gua ni luas. Kot2 sesat, lagi pon depa akan tunjuk batu2 dan lokasi yang menarik. Dari segi bahasa 100% kitaorg tak faham. Harap bahasa isyarat aja.

Dalam gua.. perkataan yang banyak keluar.. Wow!, Wuih!, Tu dia aih!, Wey! main tengok nih, Mak..aih!, .... (tiada ayat nak cakap - kagum). Terasa amat rugi tak bawa SLR kamera

Batu2 yang terdapat di situ cukop mengagumkan, cantik, stalaktit, stalakmit yang tinggi cuma tumbuh 0.005 inci setahun. Bayangkan jika setinggi kita.. berapa tahun dia amik masa. Terdapat batu yang bersinar bila disuluh. Batu berbentuk seperti karang.

Berjalan melalui titian kayu dan tanah didalam gua selama 2 jam lebih, badan kami berpeluh lencun hingga basah 'tembakau' kata PakYa. Terdiam seketika pikiq maksud PakYa.. maka kami ketawa berdekah-dekah dalam gua.. memecah kesunyian di dalam gua.

Phu Pha Phet Cave Satun

Lokasi tumpuan yang wajib singgah - Jade Stone. Saya rasa bunyi Wow!, Wuih! lebih kuat berbanding ketika mula masuk gua. Cukop kagum. Terpegun saya melihat ciptaanNya. Sebelum ni memang saya dah tengok lokasi ni dalam website/gambar.. tapi tak terasa pon kecantikannya. Tapi bila berdiri ditangga tengok bawah.... saya hilang kata-kata.

Duduk diseketika di Jad Stone bersama guide, kitaorang bincang sesama berapa upah/tips kitaorg nak bagi kat dia - tanda gumbira dan puas-hati dapat saksi keindahan Gua Phu Pha Phet.

Ringkasan Phu Pha Phet:
- Terbesar di Thailand. Ke-3 didunia.
- Luas 20ekar. 2/7 tingkat boleh dilawati.
- 60km dari Pak Bara atau 80km dari Wang Klian
- Entrance Fee 30baht
- Sewa head-lamp 20baht
- Bawa air atau hydration backpack
- Bawa makan/minum. Sebab kedai/stall diragui status halalnya.
- Datang awal pagi/tengahari. Kot lewat petang tak nampak papan tanda hala balik.

Yang kena racun tu.. moga dapat pi cari penawar kat sana. Kalau tidak.. Happy reading :)

p/s: Berdekatan gua Phu Pha Phet lagi satu gua - Ched Kod Cave yang boleh dijelajah melalui kayak. Jika tiada aral saya akan bawa sekeluarga ke kedua-dua gua dimasa akan datang. 

Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Leguh kaki berlari half marathon tak habih... kena rabat tangga 200 meter ke pintu gua. Duh!
Phu Pha Phet Cave Satun
Pintu masuk gua. Mungkin penat jelajah atau tunggu pemandu gua.
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Stalakmit setinggi Azuan - Agak2 berapa umurnya?
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Jade Stone - Wajib sampai sini jika masuk gua.
Phu Pha Phet Cave Satun
Banyak masa kami bertapa/luangkan disini - cukop menarik
Phu Pha Phet Cave Satun
Pemandu gua tak tau kami tengah komplot untuk dia.
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Phu Pha Phet Cave Satun
Jemput duduk..

Labels: , ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home