Beberapa jiran taman perumahan bersepakat ambil kesempatan memperingati berkhatan secara tradisional. Jarang-jarang sekali kita dengar khidmat tok mudim diguna pada masa kini.
Teman 7 orang anak jiran pagi ni ke kampung Yan sambil lihat proses berkhatan secara dekat.
Cukup pantas sekali hasil kerja tangan tok mudim. Rasanya 2~3 minit saja bagi seorang kanak-kanak yang tiada masalah seperti keriau atau berontak.
Daripada 7 orang cuma 3 saja berjaya dikhatan. 4 kanak-kanak terpaksa ditangguh ke tahun depan atau dinasihati kuruskan badan supaya 'burung'nya mudah keluar daripada lebihan kulit.
Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat dilihat sepanjang proses berkhatan. Yang tenang, gelabah, meraung, beratuih kat tok mudim. Yang ibubapa yang tak sanggup tengok pon ada.. Alasan mabuk darah.
Aku, bak kata pepatah... Cubit peha kanan, peha kiri pun terasa masa tok mudim tu cantas.
Mungkin ada part yang kurang berbanding masa zaman hangpa?
Batang pisang di guna sebagai tempat duduk.
Masih wujud lagi cara mudim kan? Alhamdulillah dan harap dikekalkan
ReplyDeleteCuma tak tau kot ada lagi generasi yang nk sambung sebagai Mudim.
ReplyDeleteSalam.. I am a 21-year-old Korean who wants to get sunat. I am looking for Tok Mudim, so can you give me some advices? Please message me, my email address is vermach24@gmail.com.
ReplyDeleteSaya tidak bercakap Melayu.. jadi, menulis dalam Inggeris.