Run. Mix. Burn!

Wednesday 21 November 2012

Report: Tanjung 10km 2012

Date: 10 November 2012 | Saturday | 7:00am
Venue: Jalan Sepoy Lines, Penang
Distance: 10km | 42.15mins (not my 10km timing)

Suasana larian  yang serupa setiap tahun.

Kali terakhir aku sertai Tanjung 10km pada 2005. Ini merupakan yang kedua. Setiap tahun pihak penganjur tidak pernah gagal mengadakan acara tahunan sempena sambutan ulangtahun kelahiran Gabenor Pulau Pinang. Sesetengah pelari tegar tertunggu-tunggu acara tahunan ini.

Bagi aku keseluruhan acara menggunakan skrip yang serupa/sama setiap tahun. Bermula daripada maklumat dalam borang penyertaan. Kategori, hadiah, cabutan bertuah, format borang, start/finish banner... sama. Medal mungkin berlainan bentuk, tapi... lebih kurang aja. Laluan, tak pasti plak. Tapi yang pasti berlari melalui jalan-jalan dalam pekan 'Tanjong'.

Kali ini aku datang dengan 2 lagi rakan sekerja. Pihak penganjur memberi 10 slot percuma atas timbal-balas hadiah tajaan daripada syarikat. Seperti biasa, aku berkereta bersama para penyokong persendirian aku. Bertolak 4:30 pagi dari rumah. Penyokong aku sambung lena dalam kereta. 5:45am dah berada di Masjid Negeri untuk subuh.

T'shirt dan nombor bib telah tersedia oleh pihak penganjur sebaik tiba di tempat permulaan - terima kasih Mr.Govind.

7:00am peserta dilepas secara ringkas. Cantek.. tak perlu ada ucapan2 atau senam aerobik yang meleret-leret. Lari dalam pekan 'Tanjong'.. jangan risau. PAAA memang pakar bersama dengan polis trafik, kita-orang memang raja jalanan pagi tu.

Rasanya jarak larian tak cukup 10km. Kurang 1km lebih berdasarkan tempoh masa pada jam tangan. Dah bertahun-tahun buat acara, patut PAAA kena cari laluan yang benar-benar 10km. Kalau kurang 100~500meter boleh masih diterima. Kalau tak, lebih baik - Tanjong 8km.

Keputusan resmi Tanjung 10km 2012 disini.









Mohktar







2 of my office mates Aliff, Razak and my blog reader (white tee) - Munir

Another blog readers - Lim and Janice. Thanks

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home