Run. Mix. Burn!

Thursday 19 November 2009

Report: Powerman Malaysia 2009

Tahun ini merupakan penyertaan saya yang ke-4 (2005, 2006 dan 2007) dalam acara tahunan Powerman Malaysia. Satu-satunya acara yang dilesenkan oleh Powerman Zofingen, Switzerland untuk diadakan di benua Asia, memerlukan peserta menghabiskan disiplin 11km lari - 64km basikal - 10km lari.

Pada edisi yang ke-8, Powerman Malaysia 2009 yang diadakan di Sri Manjung menarik minat lebih dari 800 peserta dari dalam dan luar negara. Antaranya peserta dari benua Afrika, Switzerland, Australia, Belgium, Canada, Czech Republic, France, Germany, Hong Kong, Ireland, Japan, Kenya dan juga peserta elit antara ranking ke 10 dunia seperti Andy Suzt, Jason Spong, Joerie Vansteelant dan Camilla Lindholm.

Untuk peryertaan kali ini, saya bertanding dalam kategori berpasukan - Men Relay. Maksimum jumlah peserta untuk satu pasukan adalah 3 orang - pelari pertama diikuti penunggang basikal dan pelari kedua. Walaubagaimanapun kenalan saya yg bekerja di Bank Islam, Kulim saudara Mohd Adry Azmi bersetuju untuk berlari dalam kedua-dua disiplin.

Didaftar atas nama "Rodjana" kami diberi nombor 812 pada hari pendaftaran untuk bersaing bersama 26 pasukan dalam kategori yang sama.

Tepat 7:40 pagi pada 8 November pasukan Men dan Mix relay dilepaskan 10 minit selepas peserta induvidu. Pada disiplin 11km lari pertama saudara Adry berjaya membuka jurang untuk saya meninggalkan peserta dibelakang sebanyak 2 minit. Ketika Rodjana berkedudukan ranking ke 3. Dibelakang MKH cycling team dan Everest 2011. Yang dibarisi oleh 3 peserta muda bawah 30 tahun.

Pada disiplin berbasikal saya cuba mengekalkan kelajuan antara 33~36km/h tetapi 12 bukit yang berada disepanjang laluan menyukarkan rentak kayuh. Cuaca pada hari tersebut amat terik sekali. Dilangit kelihatan biru tiada seurat awan. Pasukan Everest 2011 dapat dipintas pada jam 10pagi. Ranking pada ketika itu adalah 2. Saya terpaksa mencurahkan air keatas kepala dan badan untuk menyegarkan sehingga bekas air saya hampir kosong.

Ketika 2km akhir saya telah dipintas oleh pasukan TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia). Cuba mengejar semula untuk meningkatkan kedudukan ranking tapi peserta TLDM terlalu handal dan pantas. Ketika permulaan disiplin ke-3 iaitu 10km berlari, pasukan Rodjana ketinggalan 6 minit dibelakang peserta ke-2 MKH.

Saudara Adry cuba merapatkan jurang. Beliau telah membuat larian yang amat pantas ketika cuaca yang terik pada jam 11pagi. Menurut catatan penganjur masa larian 10km terakhir oleh saudara Ardy berada pada ranking pertama dalam disiplin ke-3 kategori berpasukan. Walau bagaimanapun ianya masih belum cukup untuk memintas pasukan MKH yang berada pada tempat ke-2



Diakhir perlumbaan, tempat pertama dimenangi oleh pasukan TLDM. Tempat ke-2 adalah kelab lumba basikal dari Kulim - MKH. Manakala Rodjana, ketinggalan 2 minit dibelakang MKH untuk tempat ke-3 dan menjarakkan hampir 20minit daripada pasukan tempat ke-4 iaitu Key Ra Boo Ley Team.

Bagi Rodjana kedudukan ke-3 adalah bonus. Pada permulaan kami cuma mensasarkan tempat ke-5 berdasarkan prestasi larian and kayuhan masing-masing. Suatu keputusan diluar jangkaan. Ucapan ribuan terima kasih saya pada saudara Adry atas larian yang pantas pada kedua-dua disiplin lari. Insyallah kami akan cuba lagi tahun hadapan.

Dalam perjalanan pulang beberapa rakan bertanya kenapa nama pasukan – Rodjana. Hhhmm... jawapannya terletak pada gambar diakhir catatan larian ini.

..ditokak-tambah dari laporan ke Kelab Sukan syarikat saya dan terima kasih pada Tey atas gambar-gambar larian


Bersama bola2api - Penganjur Malakoff Interstate Fellowship Ride

Geng BM Leopard



Individual flag-off

Team relay flag-off

1st run leg - 11km

Depa pecut habih




TauFuFah vs Cendoi









Powerman yang sempat ditangkap





Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home