Run. Mix. Burn!

Sunday, 12 March 2017

CSR Kampung Pisang dalam Utusan Malaysia

Lama tak beli akhbar Utusan Malaysia ni..
Tarikh 6 Mac 2017 - Isnin

Ada artikel dan gambar aktiviti CSR bersama Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim di perkampungan orang asli di Kampung Pisang, Sungai Siput pada 28-30 Januari yang lalu.
Insyallah akan panjangkan lagi aktiviti sebegini.

Sepanjang 3D2N di Kampung Pisang aku sempat buat 10km trail run test laluan ke Pos Kuala Mu.


'Open new tab' untuk size XL - Aku dibarisan depan sambil dengar usrah dan angkat tangan + baju biru pada gambar diatas :)  

Labels: ,

Report: Dragon Back Spine Beach Run

Dragon Back Spine Beach Run
Tanyong Po, Satun, Thailand
11-12 Februari 2017
4km - Haris, Cikgu dan Jasmin 8th.

Dragon Spine Beach yang terletak di Tanyong Po (Tanjung Pauh) diwartakan sebagai The Miracle Satun atau Unseen Thailand. Ia adalah beting pasir yang muncul di tengah lautan ketika air surut dan memisahkan lautan atau dalam bahasa tempatan "Thale Waek"

Difahamkan terdapat lebih 10 benting pasir sebegini antara Satun hingga ke Trang. Tetapi di Tanyong Po adalah yang terpanjang. Hampir 4km bersambung antara pulau ke pulau.

Menurut cerita penduduk tempatan, ianya berkaitan dengan kisah lagenda dimana berlaku pertempuran antara sang Naga (Great Dragon of Ban Pak Ngu) dan sang Helang (Great Eagle of Langkawi). Lalu sang Naga kalah dan terdampar mati di sini. Badannya tenggelam didalam air dan boleh dilihat ketika air surut.

Secara ringkas salah satu Unseen Thailand di Satun yang diolah dari blog Pudin TTG.

Bagi aku Dragon Spine Beach Run cukop unik. Antara larian yang rare dan menarik di Thailand. Dok teringin sejak 4-5 tahun yang lalu.

TanyongPo, Thailand... Nun jauh diseberang sempadan. Nak lari 4km. Ahad merupakan hari persekolahan cikgu serta anak2. Masuk ikut WangKelian, keluar BukitKayuHitam - satu keputusan yang cukop mencabar prinsip diri.

Aku ambil keputusan untuk bawa bersama keluarga sambil berlari, bermain air di pantai dan pelajari kejadian alam.

Dragon Back Spine Beach Run

Sabtu. 11Feb2017. Wang Kelian. 4pm.
- Isi petrol penuh2.
- Solat jamak
- Cop 3 borderpass + whiteCard. Komisen RM8
- Isi borang kastam (kereta). Komisen RM10. Hareee.. kat sini lagi tinggi.

CheckIn Meesuk Hotel di Chalung, Satun. 600baht. Bilik luas untuk 6 beranak kami. Bersebelahan masjid. Maghrib dan subuh, settled kat masjid ni

Dragon Back Spine Beach Run
Layan depa makan ais-krim
Dragon Back Spine Beach Run

Menarik di Chalung (persimpangan ke PakBara), ramai peniaga muslim disini. Banyak warung makanan diwaktu malam. Pelbagai kuih-muih dan makan tempatan dijual di kiri+kanan jalan. Kami beli dan bungkus makan malam ke bilik hotel.

Ahad. 12Feb2017. Pekan Chalung. 6am
Sesudah subuh di masjid Chalung di hadapan Pejabat Agama, kitaorang cargas ke pasar pagi. Favorite aku kalau berada ditempat asing.

Dragon Back Spine Beach Run
Jangguih bakar disalut likatan gula merah
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Pasar pagi di Chalung. Kebanyakan peniaga muslim.

Disini kita boleh lihat budaya, makanan dan aktiviti penduduk tempatan - pi cari breakfast sama.

Dragon Back Spine Beach Run
Singgah sini sekejap. Kena saman sebab parking berlawanan arus
Dragon Back Spine Beach Run
300baht... fuh! Tambah lagi satu 0 kat belakang, kitaorang cargas balik
Dragon Back Spine Beach Run
Khemah pendaftaran

1pm. CheckOut. Cargas ke TanyongPo.
Yuran daftar cuma 200baht seorang = Ia termasuk baju tshirt, kupon makan 100baht dan tambang bot pi dan balik - Murah gila. Tempat pendaftan terletak kawasan lapang ditepi pantai.

Dragon Back Spine Beach Run

Aku daftar 3 peserta = Aku, cikgu dan Jasmin. Lelain jadi penyokong. Baju event cantik tapi sayangnya cuma size XL saja yang ada.

Dragon Back Spine Beach Run

Terdapat banyak gerai menjual makanan dan produk laut tempatan seperti belacan, ikan kering, ikan bakar, pekasam, buah-buahan dan sebagainya.

Dragon Back Spine Beach Run

Kitaorang beli makan tengah hari menggunakan kupon 300baht sementara menunggu untuk ke jeti.

Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run

Dragon Back Spine Beach Run

Jam 4pm MY
Pihak penganjur menyediakan beberapa kereta pickup untuk membawa peserta ke jeti. Kemudian menaiki bot ke lokasi larian yang terletak di tengah laut.

Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Hujung tu.. Pulau Ubi
Dragon Back Spine Beach Run

Tengah laut. Air masih belum surut sepenuhnya. Kami mendarat di Pulau Ubi yang didiami tak sampai 20 buah rumah, sambil menunggu air surut.

Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run

6pm - Sekali lagi kitaorang naiki bot ke beting pasir di tengah laut.

Dragon Back Spine Beach Run

Pihak penganjur sibuk menyiapkan kelengkapan acara seperti belon gerbang start/finish, streamer dan penetapan lokasi U-turn sambil di dendang lagu2 hits siam.

Dragon Back Spine Beach Run

Agak panjang kewujudan beting pasir. Sayup mata memandang. Ianya terdiri pasir2 pantai dan cengkerang siput.

Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run

Cuma Aku dan Jasmin berdiri digaris mula. Cikgu pemain simpanan. Kami tak pakai kasut. Cuma berstokin untuk elak diluka oleh cengkerang siput. Agak sukar berlari pada mulanya. Kaki kerap tenggelam dalam pasir.

Dengan angin laut bertiup dan suasana senja + berangin - aku jadi ralit jog selow. Sengaja aku tak set stopwatch. Dok layan matahari yang kian berlabuh diufuk. Masih pacing bersama Jasmin.

U-turn. Aku mula tekan. Mencanak lari di beting pasir potong hat bateri low. Ada seketika harus harungi air laut setinggi buku lali saja. Sambung tekan sampai garis penamat. Medal?.. tak dak. Cuma tawarkan trofi untuk top3 saja.

Dragon Back Spine Beach Run

Jasmin tamatkan larian tempat ke-8. Hadiah perlu dituntut di lokasi pendaftaran kata penganjur.

Kitaorang terus sambar bot untuk bergegas pulang kerana ketika ni hari sudah hampir waktu maghrib. Handphone dah habeh bateri..

Mandi dan salin pakaian di masjid berdekatan dengan jeti. Kebetulan ada majlis jamuan, kami sekeluarga tolong habiskan bihun goreng depa dan terus pulang ke Malaysia melalui pintu Bukit Kayu Hitam.

Dragon Back Spine Beach Run
Produk tempatan sebagai hadiah top10 - Belacan

Alhamdulillah sempat masuk Bukit Kayu Hitam 10 minit sebelum pintu sempadan di tutup pada jam 12 tengah malam.

Labels: , , , , ,

Thursday, 9 February 2017

CSR - Kampung Pisang

Masih Ada Yang Sayang
28-30 Januari 2017
Kampung Pisang, Sungai Siput, Perak

..gambar ehsan dari group WhatsApp CSR-KgPisang

Kampung Pisang

Aktiviti CSR Program Masih Ada Yang Sayang anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Dikelola oleh KATS (Kembara At Taqwa Solution)

Kampung Pisang

Sebaik sampai di Kg.Pisang bersama pasukan 4Wheels. Dibelakang kenderaan adalah dewan sewang. Tempat penginapan peserta lelaki dan acara keraian.

Kampung Pisang

Perkara pertama sebaik turun dari kenderaan, bermesra dan layan kanak orang asli Temiar. Poket kargo pant aku yang penuh dengan gula2.. habis sekelip mata.

Kampung Pisang

Antara aktiviti pada hari ke2 - Welding pintu besi surau yang telah lama lekang

Kampung Pisang

Pelajar politeknik mem-aplikasikan pemasangan paip ke dapur dewan.

Kampung Pisang

Menyapu dan membersih rambut kanak2 yang berkutu. Perhatikan air sungai seperti warna teh tarik. Hujan tak turun 4-5... tapi warna tetap sama gara2 kerja pembalakan

Kampung Pisang

Menyumbang pakaian terpakai dan stock baju program yang tak habis dari Politeknik. Aku juga menyumbang baju2 larian tak terpakai yang masih dalam paket plastik.

Kampung Pisang

Layan kanak bermain kipas helikopter terbang

Kampung Pisang

Pertandingan mewarna - semua menang :)

Kampung Pisang

Pertanding bola sepak antara PTSB dan Kampung Pisang FC

Kampung Pisang

Gotong royong memotong umbut kelapa sawit untuk dijadikan sayur lemak.

Kampung Pisang

Menyambut saudara baru

Kampung Pisang

Kenduri makan tengahari bersama penduduk kampung

Kampung Pisang

Masak lemak umbut kelapa sawit terbaik!

Kampung Pisang

Mandi sungai

Kampung Pisang

Bilik hotel aku yang beribu bintang di Kg.Pisang. Serius.. sekoq nyamuk pon tak gigit aku.

Kampung Pisang

Berpeluang bersua dengan kijang semasa berlari di pagi hari ke3, melalui laluan ke Kuala Mu

Kampung Pisang

Bersama Kanak-kanak istimewa Kampung Pisang

Kampung Pisang

Bersama marka-marka Temiar

Kampung Pisang

Bersama pengarah PTSB dan TokBatin - Naseri.

Kampung Pisang

Bersama sebahagian penduduk kampung