Run. Mix. Burn!

Saturday 13 October 2012

Report: Yala-Pattani Friendship Half Marathon 2012

Tarikh: 30 September 2012
Tempat: Yala, Thailand
Jarak: 21km - ke-6
Jarak: 4km - Jasmin (1st) dan Alauddin (finisher)

*Catatan masa dalam Malaysia. Tolak sejam untuk Thailand.

Sabtu. 29 September.
Durian Burung - Yala
Dah 3 tahun lebih Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) beroperasi tapi suasana sini cukop berlainan berbanding di Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam. 9:30am di Kota Putra, Durian Burung cuma kereta aku saja yang menghala ke sempadan.


ICQS Kota Putra, Durian Burung, Kedah

Pintu pagar Malaysia

Disebalik sempadan, Kompleks Imigresen Thailand masih lagi dalam pembinaan. Segala urusan cop passport/border-pass, pembelian insuran kereta dan penukaran duit dilakukan dalam pejabat sementara - kabin!


Pintu gerbang Thailand


ICQS Thailand dalam pembinaan

Dari sempadan ke Yala lebih kurang 2 jam perjalanan kata wanita sambil mengira wang baht dan lebih dekat jika melalui Saba Yau.

"Jalan dia hudoh la sikit" katanya dalam loghat kelantan.

Aku ikut panduan dia. Kalau ikut map, kena ke Tha-Nawi


Cuak. Baru 500meter dari ICQS Thailand, jalan berlopak2

Memang betul hudoh... baru 500m dari sempadan, jalan berbatu-batu, lecah dan bertanah merah sejauh 4~5km. Lepas tu.. elok. Lalu kawasan perkampungan. kebanyakannya kampung2 orang Islam. Cikgu asyik melihat suasana diluar, budak2 pi sekolah agama manakala yang dewasa bermotor balik dari menoreh.

Hampir 1jam30min perjalanan kami singgah di Pekan Saba Yau - 50km sebelum Yala. Ada pasar pagi. Kuih-muih tempatan tidak dilepaskan dan sempat kami singgah makan ais kacang. Cakap melayu masih difahami tapi kekadang kena selang-seli dengan bahasa isyarat - Nak dua, tunjuk 2 jari.





Pasar pagi di pekan Saba Yau

Pisang salai

ABC = Air Batu Campur


2pm @Yala.
Rasanya saiz pekan dia separuh dari Hatyai. Sibuk. Sengaja aku sesatkan kereta dalam bandar Yala. Sambil pusing2, kitaorg marking restoren2, hotel2 dan tempat2 yang menarik untuk lawatan kemudian.


Dari Yaha..

418 Pattani - Rupanya aku lari ikut laluan highway nih

Lepas makan kitaorg check-in hotel - My Yala House. Berdekatan dengan tempat lari lebih-krg 200meter aja. Hotel cukop murah. 950baht dengan 2 katil king size. Ruang bilik pon luas. Ada bilik untuk persalinan lagi. Bley main aci-nyorok.



Lunch - Jangan minta tomyam di sini. Memang tak dak di Yala.

Bilik luas. $ berpatutan

6pm. Pendaftaran @Padang rekreasi Yala.
Suasana agak riuh rendah di kaunter bayaran. Semua dibuat secara manual. Tiada komputer. Aku bayar 300 baht untuk 21km. Alauddin dan Jasmin daftar untuk kategori 4km fun run bawah 12 tahun. Yuran depa hanya 20 baht saja atau RM2/org tanpa t'shirt. Memandangkan baju larian cantik dan berkualiti, aku daftar lagi 4km fun run untuk dewasa - 150 baht untuk baju.


418 krong krang.. Yala-Pattani Half Marathon


Tempat pendaftaran

Kaunter bib# berdasarkan kategori

Kaunter pendaftaran

Diluar..lain pulak cerita. Lagi riuh. Berbaris panjang. Tanya Cikgu...
"Apa hal lak ni.."
"Ada makan2"

Ada nasi kuning bersama ayam goreng, kerepok dan air mineral. Kitaorg masih lagi kenyang. Tapi kerepok tu... bermangkuk2. Sebelum balik kitaorg berbaris untuk tau-pau bawa balik ke hotel.


Barisan untuk makan kenduri






Ahad. 30 September. 6:30am


Ahad. Race day. 6:30am



Half bermula jam 7am. Agak lewat. Firasat aku mungkin lari dalam pekan, masuk kampung2, kawasan kebun getah. Mungkin redup sikit. Tapi jangkaan aku salah. Lari keluar bandar, naik fly-over agak tinggi jugak, masuk highway 2 lorong. Pagi tu depa tutup jalan tu sepanjang 10km hanya untuk larian sahaja. Suasana... peh cukop mencabar. Jalan terbuka luas, lurus, lebar, sayup, tiada pokok sepjg laluan. Tambah derita... jalan berbukit-bukit.




Stesen air diletak setiap 2km. Lebih daripada cukop. Malah lari aku mungkin selow sebab minum ayeq banyak. Dan setiap 2km jugak ada tentera Thai dok jaga dengan M16+hummer. Jangan dok buat lawak atau acan dengan depa. Jari depa sedia dok kat picu tuh. Depa senyum kat aku sebab aku jadi Harimau pagi tu.


Alauddin

Jasmin - 2nd finisher
Yala-Pattani Friendship Half Marathon 2012
Click on image for XL size..thank to Mr. Kunanon Tuntasoot from Yala, Thailand.

U-turn. Timing dah lari. Silap tekan butang stopwatch - Hare. Cuaca panas. Lebih krg 16km, aku lari-jalan-lari. Ada orang sayur aku. Bukan kategori aku. Biaq pi. Dapat jumpa stesen ayeq cukop gumbira dengan matahari dah semakin meninggi... Sampai garisan penamat, depa bagi kad position - 6th.



Harimau

Elok sampai Cikgu bagi kamera, katanya Jasmin sedang beratur untuk naik pentas - Dapat #2.

Tapi majlis tu terhenti seketika, Kemudian nama Jasmin dipanggil dahulu.

"kong kran kong kran kong kran"
"Hah?!"
"Where you come from?"
"Malaysia"
"Ohhh... she from Malaysia!!!!"

Satu padang bergema. Rupanya pelari #1 didepan Jasmin dibatalkan. Tak pasti kenapa. Mungkin tak cukop 4km gamaknya.


Juara kategori perempuan bawah 12 tahun

Juara asal dilucutkan. Tinggal 2 pemenang

Tahniah!

Alauddin dapat habiskan larian dia.. - tahniah! Semua dapat medal besi. Walaupun yuran pendaftarn cuma RM2



Sementara menunggu panggilan naik ke pentas, aku pi layan post race meal. Ada ayeq soya, tembikai, paktongko, moi sup, keropok, ayeq mineral. Semuanya tak terhad. Kalau Habih?... depa keluar top-up lagi. Moi sup... A!. Keseluruhan.. memang terbaeeek! Cikgu kata. Anak2 siap tanya bila lagi ada lari kat Siam. Sambil taupau 3 bungkus ayeq soya dengan paktongko, aku balas

"Coti sekolah nanti.."







Tembikai, keropok, moi sup, paktongko dan soya unlimited


Tepung gandum dan minyak masak 1Malaysia pon ada!


Ayeq...tak berkira punya

Podium

Peserta Half terakhir - Kategori 16 tahun!. Van ambulance sentiasa ikut dia hingga ke garisan penamat. Dan official sedia menunggu dengan tag posisi beliau. Kat Malaysia?

Podium finsh - 6th


Yala-Betong
Laluan Yala ke Betong sejauh 140km mudah dan lurus sebaik keluar dari pekan Yala. Melalui perkampungan dan pekan orang muslim. Tentera Thai pon dok standby dan buat road-block. Jalan elok. Cuma ditengah perjalanan hingga ke Betong laluannya bengkang-bengkok macam naik ke Cameron Highland. Mujur bebudak dibelakang lena kepenatan. Kalau tak mau muntah dalam kereta kata Cikgu.

Sampai Betong jam 6pm. Cikgu kepunan tomyam siam. Makan malam di Betong siap2 sebab Imigresen tutup jam 11pm. 8pm kitaorg masuk semula ke Malaysia. Alhamdulillah... semua selamat kembali.





Klik pada link untuk report larian Yala-Pattani Friendship Half Marathon 2013 pi bersama rakan sekerja.

Labels:

6 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Congrats......6th for the father and 1st for the daughter are extremely encouraging.....Keep it up

    Aiman

    By Anonymous Anonymous, at 8:38 am  

  • Bro, aku jadi lapaq pulak baca post ni heheheh... race kat selatan Siam memang best, depa tak kedekut, bagi makan cukup, yuran murah, medal boleh tahan kualiti, podium placing banyak. Malaysia? Sebab tu kot hang tak mau lari kat KL no? Hahahah.... Congrats Pak Belang!

    By Blogger Deo, at 7:22 pm  

  • congrats! family yg aktif!! good example for the kids :)

    By Anonymous Anonymous, at 7:33 am  

  • Aiman, Thanks. Looking more siam event. hehee..

    By Blogger aharis, at 3:51 pm  

  • Anonymous,

    In that case, bad news to me. Need to run faster then her... fuh!

    By Blogger aharis, at 4:02 pm  

  • Deo,
    Tembikai merah tu.. mmg menawan.

    Betui. Bukan nak kondem local event.. tapi itu la realitinya. Siam event byk kelebihan. Depa layan runners.

    Sambil pi lari bley jln2..
    Thanks

    By Blogger aharis, at 4:09 pm  

Post a Comment

<< Home