Run. Mix. Burn!

Wednesday 25 June 2014

Report: Larian Alor Star Jogging Club 2014 Kali Ke 31

Date: 07 Jun 2014 | 6:30am | Saturday
Venue: Alor Star Mall, Alor Star, Kedah
Distance: 22km | 2:16.53min | 12th
Alauddin 10km | Jasmin 5km 8th | NorAin 5km 9th

ASJC Run 2014

Penyertaan kali ke 5. Yang pertama pada 2005, seterusnya 2006, 2011 dan 2013. Rasanya ia merupakan acara larian tertua di Kedah yang dianjurkan oleh Kelab Larian Alor Star (ASJC). Masih tetap kekalkan beberapa tradisi ASJC antara kategori larian, laluan, hadiah dan tempat permulaan.

Masih lagi guna format 2 kategori bagi lelaki: Men Open + Men Veteran dan 1 Women Open. Kemudian sekolah Menengah lelaki+perempuan dan Sekolah Rendah lelaki+perempuan.

Laluan larian masih yang sama iaitu Jalan Kuala Kedah yang lurus sehingga 2 kali pendakian Jambatan Tok Pasai. Amat sesuai jika ingin ukur prestasi setiap tahun atau racing bersama rakan-rakan.

Sebelum ini tempat permulaan ada di Kelab House - Taman Bee Bee Park. Beberapa tahun lalu pihak ASJC mengubah ke Alor Star Mall. Lokasi yang lebih selesa, parking luas dan boleh beli-belah lepas lari.

Bagi Top10 finishers untuk setiap kategori diberi trofi berserta wang tunai manakala bagi semua finisher kategori Half diberi medal.

Yuran penyertaan boleh dianggap berpatutan, datang bersama t'shirt - hanya untuk Half sahaja.

3:30am
Bangun pagi. Refresh. Kejut bebudak. Yang tak racing, angkut masuk kereta trus.
4:30am
Pandu ke Alor Star.
5:15am
Di Alor Star Mall. Daftarkan NorAin. Manakala aku+Alauddin+Jasmin, Munir daftarkan sebulan yang lalu.
5:45am
Di Masjid Tandop. Tunggu subuh.
5:55am
Kalut tunggu bib# daripada Munir di garis permulaan.
6:00am
Pelepasan kategori Half.

Diawal 5km pertama aku dah rasa nak patah balik. Badan masih lagi panas. Demam dan MC 3 hari lepas masih lagi terasa. Meliu. Ditambah plak silap pakai baju lari. Vest ini sesuai untuk jarak dekat. Peluh tak resap keluar. Rasanya peluh lencun berbanding jarak larian.

Biasanya 10km pertama aku tak perlu air. Tapi kali ini konsentrasi tergangu mencari water-station. Kering tekak teramat. Padahal setengah botol dah minum lepas subuh tadi.

Berlari sendirian diseberang jalan. Perlahan.

Di Jambatan Tok Pasai, aku masih mampu berlari mendaki.. Pada km 17, aku start berjalan+berlari.

ASJC Run 2014
ASJC Run 2014

Km20 bertemu Alauddin. Cuba ajak berlari sama sampai penamat tapi kaki dia sengal. Perlahan berlari merentasi kawasan bendang yang luas... Nasib baik panas matahari tak seberapa. Padi masih baru ditanam. Segar menghijau.

ASJC Run 2014
ASJC Run 2014
ASJC Run 2014
ASJC Run 2014

@Garis Penamat
Jasmin dan NorAin dapat tempat ke8 dan ke9. Aku tempat ke 12 tapi hadiah cuma top10 saja. Alauddin dapat habiskan 10km. Pihak ASJC menyediakan tembikai, 100Plus, roti, air mineral pada semua peserta. Sebelum pulang kitaorang dapat hadiah lucky draw - beras 5kg.

Keputusan rasmi ASJC 2014 boleh dilihat disini.

ASJC Run 2014
ASJC Run 2014

Semua gambar diatas adalah ehsan daripada ASJC Facebook dan Munir - terima kaseh.

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home