Run. Mix. Burn!

Wednesday 4 July 2012

Report: Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu

 

Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu disahut oleh empat rakan sekerja iaitu En.Razak Ariffin dari Spare Part, En.Badrol dari pusat service Shah Alam, En.Syed Annuar, Hasreezal dan saya dari Jabatan IT. Membelanjakan hampir keseluruhan kos pada 4 bulan awal untuk tempahan penuh bagi pakej mendaki dan tiket penerbangan - satu risiko dan komitmen yang tinggi perlu beri bila bergerak secara berpasukan.

Mendaki Gunung Kinabalu bukan bertujuan menguji kekuatan fizikal semata-mata tetapi lebih kepada kekuatan mental. Bagi mereka telah mendaki selama 10jam pada hari pertama, saya rasa kekuatan fizikal cuma bertahan beberapa jam sahaja. Jika Laban Rata memerlukan 2jam lagi, saya rasa mereka akan tetap mendaki walaupun mengambil hingga 12jam. – Sebab matlamatnya, adalah puncak kinabalu.

Kisah sebelum sampai ke puncak (Low’s Peak – Low adalah nama orang - Hugh Low), sebenarnya saya telah pun menyerah kalah pada 100meter terakhir sebelum Low’s Peak. Hujan di awal pagi. Keadaan cuaca cukup sejuk. 3 helai pakaian, masih mengigil hingga ke tulang dibuatnya. Angin bertiup kuat. Tangan kebas disebabkan sarung tangan yang basah dan terlalu sejuk. Badrol juga sama seperti saya, hampir mahu patah balik.

Tapi dalam beg saya terdapat banner manakala kamera di dalam beg Badrol. Kami tiada pilihan. Sebaik matahari terbit, saya nampak Razak melambai dari Low’s Peak... - Itulah kekuatan kami

Bagi PakSyed dan Hasreezal, mereka amat kental. Tetap meneruskan pendakian walaupun kaki dan peha mengalami kekejangan otot sejak pertengahan perjalanan pada hari pertama. Perlahan-lahan berjalan, dikelilingi hutan tebal, gelap gelita, berpandukan cahaya lampu kepala dan harapan untuk tiba di Laban Rata pd ketinggian 3300 meter dari aras laut

Sebenarnya, mereka telah bertemu dengan saingan mereka – diri mereka sendiri. Sehinggakan mereka sendiri terkejut dan tertanya bagaimana boleh sampai sehingga Laban Rata dan Sayat-Sayat ketika menuruni gunung ke Timpohon di siang hari.

Ekspedisi cukup mencabar bagi mereka yang bekerja 8am-5pm. Dengan kekurangan latihan dan persediaan, menikmati keindahan alam di Laban Rata sudah cukup teruja dan menakjubkan.

Hari 1.
Dari PEN@10am sampai BKI@130pm. Sewa kereta untuk 3hr. Aktiviti pertama, cargas ke Pasar Besar KK. Beli udang+sotong untuk dinner. Kemudian singgah di Jambatan Tamparuli. Kagum banyak sangat ikan dalam sungai tu (serius - rupanya local tak makan ikan darat). Ajak geram tak bawa joran. Next, singgah Pekan Nabalu. Nikmati pemandangan lereng gurung. Akhir sekali check-in chalet di Mesilau dan kasi udang+sotong pada chef utk makan malam


@BKI

Kereta sewa

1st activity - Pasar Besar Kota Kinabalu


Bought 1kg of squid and 1kg of prawn for dinner


Tamparuli Bridge

Dinner


Hari 2.
Check-out dari Kiram's Village Chalet. Tempat yg cukop cantik. Cargas pi breakfast kat Pekan Kundasang. Ada pasar pagi kat situ setiap jumaat pagi. Kemudian ke Taman Negara Kinabalu untuk pendaftaran dan berkenalan dengan Guide. En. Bungin. RePack apa yang patut untuk dibawa. Lelain tinggal dalam kereta. Ambik van ke Mesilau. Dan mula mendaki selepas doa selamat dibaca oleh PakSyed.


Kiram's Village Chalet... Cantek

Breakfast at Kundasang town

@Taman Negara Kinabalu with Guide


Start hiking from Mesilau trail









Pack breakfast from Sutera Lodge


Hari 3.
Supper@2am. Hujan renyai-renyai diluar. Guide kasi green light utk mula pendakian@2:30am. Gelap gulita. Cuma berpanduankan headlamp. Melepasi stesen terakhir Sayat2, hujan agak lebat, angin kuat bertiup, glove basah, sejuk gedik. Gelap gulita, jalan batu mengikut tali ke puncak. Ajak tiba terlebih dahulu, diikuti saya + Bad di Low's Peak. @7am mula turun ke Laban Rata. 10:30pagi, selepas breakfast mula bergerak turun ke Timpohon. @5pm semua pakat tiba di Taman Negara Kinabalu. Amik sijil+medal dan memberi sumbangan pada Guide. @6:30 bergerak turun ke Kota Kinabalu.


@2am. Supper

Miners or Menoreh?







Tong gas besaq


Souviner for our guide En. Bungin. 5 Company t'shirt

Hari 4.
Lepas subuh. Jog around KK town. Dari Hotel, Pasar Besar Kota Kinabalu (layan tengok aktiviti jualan ikan/sayuran yg murah). Kemudian  Jesselton Road, Padang Merdeka (1 lap) dan balik hotel. Referesh.Sarapan di Jesselton Road. Kebetulan ada Pasar Kraf pada setiap Ahad dari jam 7am - 5pm.

Terdapat banyak cenderamata/ole-ole/barangan tempatan boleh dibeli pada kadar yang lebih murah jika dibandingkan di Pasar Filipina. Check-out hotel. Pi pantai Tanjung Aru + makan tengahari. Kembali ke Pasar Filipina - kawan komplain barang kat PF memang mahal. Luckily dah beli di Jesselton Road. 6pm BKI-KUL, 10pm KUL-PEN dan sampai rumah @1am.


@KK. Pasar Kraf di Jalan Jesselton. Cheaper than Pasar Filipina. Worth spend hours here.

For family. A khat calligraphy
 

@Tanjung Aru. Lunch. Before heading to airport.


Medal - Must reach Low's Peak

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home