Run. Mix. Burn!

Sunday 6 January 2013

Report: Penang Beach Run

Date: 25 November 2012 | Sunday | 7:00am
Venue: Golden Sand Resort, Batu Ferringghi, Penang
Distance: 8.2km | 9th | Time 38.12



Bersempena Penang Beach Carnival (PBC) 2012, acara larian adalah acara pertama dalam program PBC. Terdapat pelbagai acara lagi dipertandingkan seperti bola tampar pantai, memancing, fotografi, sand castle, tarik tali, Mr.Penang, tarian, masakan, pelbagai lagi dan petandingan Tanglung sebagai acara penutup.

Bagi aku, acara ini merupakan larian pantai yang ketiga, bermula dilokasi yang sama. Pada 2007 ia dikenali sebagai Joy Run kemudian pada 2011 Race Against Time: Run For Life, ianya dianjur bersama oleh Jabatan Kesihatan kalau tak silap aku. Masa tu depa dok promote orang ramai untuk menjadi penderma organ. Ketika itu t'shirt larian agak menarik - ditaja oleh Brooks.

Seperti biasa Beach Run memang dinantikan, tambahan pula cuti penggal sekolah telah bermula. Ia seperti acara keluarga bagi aku. Aku syiok layan berlari manakala bebudak gumbira layan mandi pantai - Semua gumbira. Mai tang part minum... diaorang pakat-pakat beratur belakang aku ambik 100Plus :)

Jarak larian di pantai kali ini agak pendek sikit berbanding sebelum. Jika 2011, ia bermula di belakang Hotel Shangri La (ada kawasan hutan sikit dibelakang starting line), tapi kali ni dihadapan sedikit, mengadap Golden Sand Resort - kira2 100m~200m kehadapan dari tahun lepas.

Sambutan agak memberangsangkan. Ramai yang turut serta. Tapi kakis... kureng. Mungkin tiada hadiah berupakan wang tunai yang boleh menarik perhatian. Pendaftaran pon cukop murah - cuma RM3 sahaja. sebab tu... tiada t'shirt diberikan. Niat aku mai, cuma nak bagi bebudak seronok aja main pasir/mandi pantai. Larian cuma sampingan sebab tak dak finisher medal. Kalau depa seronok, aku tumpang sekaki.

Macam biasa... berlari atas pasir pantai cukop derita. Pasir sedut kasut aku. Lagi tekan untuk pecut... lagi kuat pasir sedut kaki. Nak lari atas pasir basah, ombak kerap sangat naik. Layan pantai 800m sebelum naik ke jalan raya Batu Ferringhi. Lega banyak. Dapat sayur dan disayur.

Macam tu laaahh syiok masuk acara larian. Hari tu aku potong dia, hari ni dia potong aku... . Lepas habis lari nanti pakat-pakat la gelak sesama sambil minum milo atau 100Plus berkole-kole. Personal Best (PB) bukan target aku dah. Cuma kekadang tu aku paksa fizikal aku, boleh pi takat mana.

Sebaik sampai garisan penamat, terus aku capai kamera. Tembak sana-sini. Sampai tang keputusan - terkejut gak. Aku ingat aku disqualified sebab pakai bib terbalik. Patut 9099 aku pakai 6609.

Patut la masa u-turn tak ada sesapa pon selisih yang pakai kepala 6. Yang ada pon kategori pompuan. Tu pon bib kaler merah. AKu punya biru - Kacau.

Dapat 9th. Medal cuma 10keping aja. Fuh! gumbira. Keputusan resmi kat sini.

Alang2 mai jauh, kitaorang tunggu sampai habih sambil mandi pantai. Tup2 nombor cabutan bertuah yang buang oleh Fansuri kedalam kotak, naik - kena 2nd prize!

Rezeki.. alhamdulillah.


The Running Cikgu - Cikgu Zul and Cikgu YuSong




Pemancing pon dah warm-up sama.






Garry. Orang kuat Valdor Run.




Fansuri aka KakCik



Buah-tangan dari Fansuri

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home