Run. Mix. Burn!

Monday 3 December 2012

Report: 1st Thung Wang Mini Marathon

Date: 11 November 2012 | Sunday | 7am (Malaysia time)
Venue: Thung Wang, Songkhla, Thailand
Distance: 10.5km | 7th
Time: 23.58 + 24.46 = 49.03mins

Sebaik habis minum milo bercawan-cawan di Tanjung 10km, kita-orang berkemas-kemas bergerak keluar dari Pulau Pinang menuju ke Songkhla, Thailand. Cuti akhir tahun sekolah dah bermula hari ini, jadi esok bebudak boleh join lari sekali dalam kategori mereka sendiri.

Destinasi larian kali ini di daerah Thung Wang. Kira-kira 10km dari pekan Songkhla. Sampai jam 6ptg. Agak lewat tiba sebab singgah banyak tempat untuk sembahyang dan makan di Hatyai.

Lokasi Thung Wang Mini Marathon memang kampung habis. Naik cuak aku cari tempat pendaftaran. Nasib baik tanya orang sambil tunjuk borang larian depa tau. Tu pon terpaksa guna bahasa isyarat - silang jari sebagai simpang jalan.

Macam biasa, depa jamu nasi dan pelbagai juadah bagi meraikan peserta pada petang hari pendaftaran. Dewan juga disediakan pada sesiapa berhasrat untuk bermalam di tempat larian. Kat aku pon depa offer, tapi aku tolak.

Kali ini cuma aku dan Alauddin ambil bahagian. Jasmin - demam sejak 2 hari lepas. Selesai pendaftaran kita-orang kembali semula ke Songkhla untuk bermalam.

Ahad - 6:45am @Thung Wang.

Bermula jam 7am. Cuaca pagi tu agak sejuk dan lembab... cukup layan blues. Warm-up pon liat.

7:10am Peserta dilepaskan dengan ketukan gong. Berlari melalui kawasan perkampungan dan sawah padi. Jarak larian ditanda setiap 1km. Pada 4km kitaorg masuk jalan kecil ( 1 laluan). Masuk kawasan kebun getah di kiri dan kanan.

Pada 5km, kitaorg lari masuk kawasan hutan dimana laluan larian sesuai untuk motosikal. Cuma 500meter aja, kemudian U-turn. Kembali ke kawasan perkampungan yang lain. Berlari melalui rumah2 penduduk tempatan dan sawah padi. Kaki masih cantek walaupun kelmarin dah layan Tanjung 10km dan klac kereta... Sempat sayur balik yang dihadapan sambil menikmati suasana perkampungan siam, hingga ke garisan penamat.

Dapat tempat ke 7. Cukop syiok... 10.5km bawah 50mins. Gumbira habih. Naik pentas terima beg kecik... memang aku memerlukan beg macam tuh..

Alauddin dapat penamatkan 4km. Dapat medal. Dia pon seronok, tambah plak dapat minum bergelen-gelen air karbonat.

Sebelum balik, kitaorg pi Songkhla dan Hatyai untuk beli buah tangan sikit (perabih diuit siam sebenarnya)

Sabtu 10Nov@6pm (Malaysia time)








Kenduri makan malam






Ahad 11NOv



Soya

Air karbonat




Top finishers



Alauddin

..high







Makan pagi lepas lari. Jenuh.


Pom-pom




Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home