Run. Mix. Burn!

Sunday, 15 September 2013

Report: Larian Bendang 2013

Tarikh: 29 Jun 2013 | 6:30pg | Sabtu
Tempat: Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah
Kategori: Pacer untuk Jasmin | 4km | 13th

Larian Bendang 2013

Agak lama Larian Bendang tak senaraikan kategori Half Marathon. Rasanya kali terakhir pada 2007. Tapi kali ini depa cuma buat 1 kategori saja untuk setiap jantina - Lelaki dan Wanita separuh marathon terbuka.

Pikiaq 10 kali gak nak register Half ni, walaupun hadiah tunai ditawarkan hingga tempat ke 30. Rasanya boleh, sebab kategori Half Larian Bendang selalunya tak ramai yang berminat. Tak tau pasai apa.

Kategori
Pendapat aku mungkin kategori half tak banyak ditawarkan. Rasanya tahun yang lepas2 ada 2 untuk lelaki - Lelaki Vet dan Lelaki Terbuka. Manakala wanita cuma 1 - Wanita terbuka.

Cuba Larian Bendang tambah 3~4 Half kategori untuk lelaki dan 2 kategori untuk wanita. Rasanya ramai kaki-kaki novice dan entry-level yang berminat nak join. Tambah plak lari merentasi sawah bendang.. satu pengalaman yang menarik.

Larian Bendang 2013

Masa.
Pasai tak hormati masa + VIP... Pagi tu pelari Half dilepaskan pada 8:++ pagi. Duh! Dah kira teramat lewat. Dalam borang pendaftaran dicatat 6:30pagi pelepasan kategori Terbuka. Tapi ni...dah lewat hampir 2 jam daripada jadual. Pagi tu.. 6:30 baru official datang buka kaunter pendaftaran dan bagi no. larian.

Bagi pelari elit, 9:30 - 10am bley lari sampai - Ok lagi. Tapi yang berlari 2~3++jam keatas... cukup kesian aku tengok. Dah la tengah bendang terbuka panas lit2, sampai garis penamat dah tak dak dah air mineral apatah lagi booth 100Plus. Semua licin disapu oleh kategori sekolah. 10++pagi depa pon lipat meja awai.

Naya betoi... bertambah la orang tak berkenaan nak berlari Half di Larian Bendang.

Larian Bendang 2013
Larian Bendang 2013 

Pacer
Ingat nak join Half tapi Cikgu ada aktiviti di sekolah. Tak dapat mai untuk tengokkan Alauddin+Jasmin yang masih terbakaq dari Climbathon Gunung Stong. Ke-2, kaki aku pon masih tak best lagi... lari/turun dari gunung minggu lepas.

Aku jadi pacer untuk Jasmin. Lari 4km dalam kategori Sekolah Rendah. Jenuh memujuk ditengah jalan supaya dia terus berlari tanpa berjalan. Macam-macam offer aku tawarkan di tengah jalan tuh... belanja makan, dekat nak sampai, dapat hadiah wang tunai, ayeq 100Plus.. macam-macam.

Alhamdulillah... dia dapat tempat ke-13. Layak memenangi hadiah wang tunai hingga Top15. Tahniah jugak pada Alauddin kerana mencuba.


..thanks to Chan Hong Tiong for photo.

Sambil-sambil tuh aku amik gambaq aksi pelari Half di garisan penamat. Sampai bebudak naik cemuih dan ajak aku balik rumah, nak sambung tidoq kata depa.

Larian Bendang 2013
..atau ke Facebook aku @Bendang Run album.

Cadangan.. elok Larian Bendang buat 10km udah lah. Perbanyakkan kategori. Pecahkan hadiah wang tunai. Senamrobik tu... untuk peserta sekolah udah la. Sebab yang lari Half ni, depa dah tau apa perlu depa buat.

Larian Bendang 2013
Larian Bendang 2013

Labels:

5 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Memang kalau fikirkan memang saya sakit hati fikir HM LB2013. Disebabkan vip kaki sy kena shinsplint teruk... Ramai yg balik mcm tu je... Bila ki sampai kat garisan pnamat cuma geng st john je yg tunggu...

    http://amarsa13.wordpress.com/2013/07/05/my-worst-running-event-so-far-larian-bendang-2013/

    By OpenID amarsa13, at 12:45 am  

  • Larian bendang, my firt 21 km run..memang seksa bukan shaja sebab first time half marathon tapi sebab panas terik matahari.sewaktu lari masuk jalam kampung rasa macam nak terjun sungai ja sebab panas.memang tired..last2 sampai pun lewat, lepas cut off time,dapat sijil ja..rasanya 21 km ni kalu start 6:30 am memang ok la...dapat sedut udara segar sawah padi..hehehe

    By Anonymous faizal, at 1:24 pm  

  • typing error, what i mean..xlepas cut off time..

    By Anonymous faizal, at 1:35 pm  

  • amarsa13,

    Tu yg saya cuak nk lari half. Dari dulu lagi depa xbelajar. Pakai minum kat luar stadium lar..

    Harap la ni kaki dah recover. Bley lari >half.

    By Blogger aharis, at 11:52 am  

  • Faizal,

    Ada racing dengan retapi? Klu tak hg tahan+balik naik retapi trus.. hehee. Rasanya medal berlambak dlm kotak tuh.. Kedekut piang.

    Anyway.. patut Half ni kasi finish medal utk semua yg lintas garis penamat - tiada syarat. Kecuali la event yg standard baguih..

    By Blogger aharis, at 11:57 am  

Post a Comment

<< Home