Run. Mix. Burn!

Sunday 31 March 2013

Report: Tarutao 10th Retrace Minimarathon

Tarutao 10th Retrace Minimarathon
Date: 23-24 Mac 2013
Venue: Tarutao Island, Satun, Thailand
Harimau: 32.45 + 34.28 = 1:07.13 | 10km | 6th
Arnab: 4km | 4th

Aku cuba tulis catatan yang paling beracun dan seringkas yang boleh berdasarkan pengalaman berlari di Pulau Tarutao, Satun, Thailand minggu lepas.



3 tahun lalu memang aku dah tau pasai event ni. Tapi tak berani nak pi. Kali ni kena pada cuti penggal pertama sekolah, jadi aku tak pikir panjang... hubungi Alex bagi tahu pasai event ni. Ayat last daripada aku.. "Hang pi atau tak pi... aku tetap pi"

Ok. Cerita bermula kat Wang Kelian, Perlis.
Kat Wang Kelian tak boleh buat visa naaa.. V.I.S.A

Salah sorang member BM Leopard dia warganegara China - Sangkut. Tak boleh masuk Siam. Terpaksa tinggal di hutan Wang Kelian. Balik sorang2 ke BM (Bukit Mertajam). Dah la cakap mandarin tak berapa, english pon tak dengaq bunyi. Aku dengar dia kena pau hampir RM300 untuk balik ke BM hari tu - naya.

Ok, zoom ke Pak Bara.
Jeti nak ke Koh Tarutao, Koh Li Peh atau Koh Adang (Koh maksudnya pulau).

Aku sampai dulu berbanding van BM Leopard. Depa tolong settle masalah kawan China depa. Kat sini ada banyak tour agent. Jangan gabra. Jangan teruih terkam nak naik bot pi Tarutao. Keseluruhan Pulau Tarutao di tadbir oleh Taman Negara Tarutao. Semua chalet dalam pulau tu diurus oleh depa. Jadi... pi cari dulu kaunter Taman Negara Tarutao (TNT).

Memola cakap guna bahasa isyarat, kemudian aku tunjuk borang larian Tarutao kat depa.. baru salah sorang tu bercakap melayu dan tunjukkan aku lokasi pendaftaran di hujung jeti. Dalam pekan Pak Bara tak dak langsung banner larian Tarutao.. tu yang berpusing aku cari lokasi pendaftaran. Kali ke-3 aku kembali ke kaunter TNT, depa bawa aku teruih pi lokasi pendaftaran.

Geng BM Leopard, depa teruih pi jeti sewa bot. Bayar 9000B utk 12pax. Nasib baik jumpa aku sebelum bertolak. Terkejut depa, bila aku bagitau pendaftaran 700B/pax termasuk yuran larian, pengangkutan bot pi/balik dan makan malam/pagi/tengahari (tak termasuk chalet). Depa minta refund dari tauke bot..cuma dapat 8000B balik. Lagi 1000B rupanya driver van depa pau.

Yuran larian Tarutao.. berupakan pakej

Dengan 6 sekeluarga, pendaftaran 2 orang berlari (10km + 4km), event t'shirt x 2, tambang bot pergi/balik utk 6 orang (1jam perjalanan), makan malam/pagi/tengahari, chalet betul2 tepi pantai.. cuma bayar 2200B atau RM220.

Tapi hari tu nilai RM jatuh teruk. Tukar RM100 cuma dapat 900baht

Aku tanya Alex berapa dia kena bayar - 1200B/pax. Ianya termasuk kos pengangkutan, penginapan, pendaftaran dan makanan. Kat sana.. satu sen pon kitaorg tak belanja - Semua dah tanggung.

Bagi aku cukop murah. Cuba google kos perjalanan ke Pulau Tarutao. Nasi goreng kat sana pon dah takat 80B sepinggan.

Biasanya ada 3 bot trip dari Pak Bara ke Tarutao - 10am, 12pm dan 3pm. Kalau terlepas, kena sewa bot sendiri. Tapi hari tu (1pm M'sia) kitaorg bertolak dgn 1 bot besar bersama event committee lepas depa tutup kaunter pendaftaran.



@Tarutao
Hampir 20 orang peserta dari Malaysia (termasuk family aku, 6 org)... pihak penganjur bagi chalet yang agak jauh sikit dari lokasi larian/jeti. 4km ke dalam hutan menaiki lori.. bagi aku kawasan chalet tu lebih menarik berbanding di jeti. Kesemua chalet2 kat dihuni oleh peserta dari Malaysia... Jadi seluruh pantai di Ao Moelae kepunyaan orang Malaysia hari tu... Horeee!



Laluan larian
Laluan utama dalam pulau ni adalah 12km hingga ke Taloh Wow. Laluan bersimen. Tapi ada simpang2 kecil hingga ke pantai dihujung pulau 23km - Taloh U Dang atau Taloudang. Laluan larian cuma meliputi 5km saja (5km pi + 5km balik). 2km pertama dan akhir cukop syiok... bukit. Naik-turun-naik-turun.

Suasana sepanjang laluan larian - hutan. Tak lalu kawasan pantai pon. Kiri-kanan hutan.



Station Air.
Kalau lari dalam siam, dalam hutan ka.. atau dalam kampung... jangan risau pasai air. Lebih dari cukop. Tu pon aku skip 2 station sebab pulun ligan orang depan.

Makan sepanjang di Tarutao. Bab makan dalam acara larian di siam berbanding di Malaysia... Hebat lagi di Siam. Walaupon yuran pendaftaran separuh lebih murah daripada di Malaysia.. tapi menu depa cukop best. Bukan nak pelekeh di Malaysia tapi tu pengamatan aku.

Makan malam
Tomyam seafood untuk semua peserta. Tiada had. Udang+sotong tak larat nak kunyah. Pi lar tambah makan kalau mampu lagi. Tak sapa halang. Teh panas/ais.. pon tiada had. Diulang.. teh. Bukan teh-o naaa.. Kalau tak suka teh, 3in1 ovaltine pon ada. Pi la bancuh minum sendiri. Kemudian roti canai pon ada. Tapi depa cicah dengan susu pekat tin.

Makan pagi lepas lari.
Nasi moi + tomyam seafood lagi. Air mineral sejuk, 3in1 ovaltine dan 3in1 coffee panas.

Arnab
Harimau


Makan tengahari..
Time ni sebab semua pakat nak balik, pihak penganjur bagi nasi bungkus beserta air mineral masa naik bot balik. Dalam 1jam perjalanan...maka nasi bungkus pon habis dimakan.

Satun
Sebelum balik ke rumah, aku singgah pekan Satun. Tido semalam disana. Hotel sana murah. Tidoq di hotel 6 tingkat cuma bayar RM65. Kemudian aku terjumpa lagi satu hotel 'Mee Suk Apartment'. Baru dibuka. Harga RM45. Terletak depan Jabatan Islam Satun di Chalung. Baju melayu + jubah bley dibeli depan Jabatan Islam. Lepas akad nikah bley terus sewa 'Mee Suk Apartment'. RM pon diterima. Sebab ramai pasangan malaysia mai 'settle' kat sini kata pemilik kedai baju.

Aktiviti di Satun, pi hyper-market beli buah tangan untuk jiran2, muzeum, market pagi, pi jeti Tamalang, pi pasar malam. Kebanyakkan aktiviti makan yang banyak. Sebab makanan sana sedap dan murah.

Alhamdulillah.. selamat sampai tanpa sebarang masalah.

aharis's TarutaoMrthn album on Photobucket

Labels: ,

4 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Tahun dpn insyaallah aku follow hang..
    Munir Penang

    By Anonymous Anonymous, at 8:56 am  

  • Orait.. harap depa buat lagi.

    By Blogger aharis, at 10:43 pm  

  • I just love your trip which is every enjoying especially running, eating with a very cheap budget !! as you said cukop murah !! I m hopping to join this kind of trip. Lim

    By Anonymous Anonymous, at 10:46 am  

  • It is win-win situation. I love running and my spouse+kids love travelling. Both us rewarded by makan2.

    No doubt... travelling in Thailand is cheaper

    By Blogger aharis, at 10:11 am  

Post a Comment

<< Home