Run. Mix. Burn!

Saturday 29 March 2014

Untold Report: Report Cyberjaya Resolution Run 2013

Date: 20 December 2013 | Friday | 4:30pm
Venue: Shaftsburry Square, Cyberjaya.
Distance: 10++km

Kebetulan ada course selama 5 hari di Shah Alam. Bermula pada 16 (Senayan) - 20 (Jumaat) Disember. Aku attend sorang diri aja. So mudah sikit pergerakan. Selesai course, aku cargas pi Shaftsburry Square. Pening gak nak cari jalan sebab tak biasa jalan di Cyberjaya.

Acara ni buat secara santai. Memang bertujuan untuk Fun Run saja. Tiada finisher medal, baju acara terhad, laluan larian tiada ditanda dan tiada kategori khusus berdasarkan umur peserta.

Cyberjaya Resolution Run 2013
..gambar ehsan dari CyberjayaPremierICThub

Memang untuk berseronok sambil keluar peluh.

Permulaan larian.. lebih separuh rasanya para peserta yang terlajak hampir 1km sebelum dipanggil kembali oleh marshal/penganjur - silap laluan.

Cuaca yang panas bertukar mendung+hujan menyejukkan sikit hati yang bara.. Aku dah malas nak tengok jam dah. Cuma berlari mengikut kemampuan bersama kasut+harimau yang basah lencun. Harap pelari yang dihadapan bawa aku laluan yang betul.

Cyberjaya Resolution Run 2013

Credit untuk penganjur.. depa sajikan post-race meals yang memuaskan. Antaranya cup-cake, buah epal, air mineral, milo.. beberapa lagi - mungkin aku terlupa. Semua tu tiada had. Aku amik takat nak makan aja.

Tunggu event sampai habih...kot-kot kena LuckyDraw.... emmm...

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home