Run. Mix. Burn!

Saturday 25 April 2015

Report: Men's Health Women's Health Night Run 2015

Tarikh: 21 March 2015 | 8pm | Sabtu
Tempat: Putrajaya, Selangor
Jarak: 12km | 59.29.30

Men Health Women Health Night Run 2015

Sambungan catatan dari siri jelajah Gua Tempurung di Gopeng, Perak

Nasi Lemak
Event yang tiada dalam perancangan. Kebetulan ada majlis kenduri di rumah bapa saudara - PakTeh pada 21 Mac. Anak PakTeh yang bongsu. Sudah agak lama tak ziarah - lebih 10 tahun. Kali akhir rasanya sebaik selesai kenduri kahwin dengan cikgu. Ketika tu kami ronda pusing ke rumah saudara2 sambil meperkenalkan pasangan.

Sebaik selesai SPM pada tahun 1992, aku ke Seremban membantu pakteh serta sepupu  menjual nasi lemak. Sambil menimba pengalaman berniaga, Pakteh memberi upah komisen hasil jualan nasi lemak. Nasi lemak PakTeh cukop terkenal sekitar 90an. Jualan pagi pada 4 lokasi sekitar bandar Seremban dan Ampangan sentiasa habis. Begitu juga pada waktu malam.

Sehingga keluar keputusan SPM, aku kembali semula kampung.

Lari malam.
Lama aku tak berlari di sekitar ibu negara. Kali terakhir pada 20 December 2013 di Cyberjaya Resolution Run. Dok di utara/Kedah aku lebih terarah sekitar selatan Thailand yang menawarkan kos yang agak rendah tanpa perlu pendaftaran awal.

Hujan turun renyai2 ketika sampai di tempat permulaan di hadapan Istana Kehakiman. Kitaorang cari pot yang sesuai berdekatan dengan start/finish line. Sebagai musafir aku tangguh Maghrib ke isya, jadi aku penuhkan masa untuk warm-up dalam senya yang dingin.

Sasaran larian kali ni - Fun Run. Jadi aku bawa bersama cap harimau. Tepat 8pm, peserta dilepaskan. Sambutan cukop ramai, rasanya 3~4 ribu orang. Stopwatch di tekan lewat 2 minit sebaik langkah tiba digarisan permulaan.

Pada km2, ada peserta dari luar negara datang lari bersama. Mulanya kami diam seketika sambil menilai pace masing-masing. Kemudian dia mula menegur. Rupanya dia pelancong dari Jakarta datang seminggu yang lalu. Dapat tahu MHWH-NightRun melalui internet dan beliau tak sempat daftar. Malam tu.. "dia lari malam"

Hampiri km4@water-station yang pertama, beliau perlahankan pace dan memberi isyarat supaya aku teruskan tanpa menunggu.

Berseorangan layan laluan yang berbukit, naik/turun dan jalan tar rata. Kemudahan water-station, panduan laluan, traffik dikawal dengan baik. Sememangnya membolehkan aku beri tumpuan penuh pada pace yang jarak berbaki 6km sahaja.

Kebiasaanya pace aku bermula lewat pada km2 yang pertama. 2km terakhir, aku kerah kederat setakat yang termampu. Ada ketika aku terasa tiada kaki disebabkan kedua-duanya bergerak laju secara automatik.

Goodies beg, medal, pisang dan recovery drink diberi sebaik tamatkan jarak larian 12km di bawah 60 minit. Bergambar seketika bersama keluarga@Putrajaya sambil hilangkan peluh, kitaorang teruskan perjalanan pulang ke Kedah sebab esok\ahad mula persekolahan bagi penggal ke-2.

Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Pelepasan peserta 12km
Men Health Women Health Night Run 2015
Pelepasan peserta 5km
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015
Men Health Women Health Night Run 2015

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home