Jelajah Gua Tempurung
Tarikh: 19 Mac 2015 | 9:15am | Khamis
Tempat: Gua Tempurung, Gopeng, Perak
Terlibat: Sekeluarga.
3 hari sebelum habis cuti penggal pertama persekolahan. Kebetulan ada majlis kenduri di Seremban, Negeri Sembilan. Jadi aku penuhkan aktiviti untuk sekeluarga, keluarga dan aku sendiri - racing berlari.
Yang ni part aktiviti sekeluarga.
Secara ringkas, Gua Tempurung adalah gua batu kapur terpanjang di Semenanjung Malaysia - 3km. Terdapat aliran sungai sepanjang laluan didalam gua. Dilengkapi dengan lampu, tangga dan titi serta kemudahan awam. Pelbagai batu stalagmit dan stalaktit dapat ditunjukkan pada bebudak sambil bercerita tentang kejadian batu tersebut. Keterangan lanjut boleh di google atau - www.ipoh-city.com/attraction/Gua_Tempurung
Kitaorg ambil pakej 'Grand Tour'. Tempoh penjelajahan adalah 3 1/2 jam meliputi keseluruhan gua dan 100% basah kata pengendali kaunter. Pakej ini dibuka pada jam 9am hingga 11:30am sahaja. Jadi jika bercadang ke sini untuk 'grand tour' pastikan datang awal pagi, pakai pakaian rekreasi, pakai kasut/selipar bertutup, bawa baju salinan, bawa lampu suluh seeloknya headlamp serta bekalan nasi. Sebab lepas keluar dari gua pasti lapar gila.
Walaubagaimana pon terdapat gerai makan disitu, cuma bagi yang berkeluarga seperti aku + kos grand tour + tour ke Kuala Geroh, agak terhad budgetnya.
..image ihsan dari www.ipoh-city.com
Pemandangan didalam gua cukop cantik dengan formasi batu kapur stalagmit dan stalaktit. Disinari oleh lampu2 eletrik dan tangga memudahkan pergerakkan terutama bagi kanak2. Juru pandu menerangkan pelbagai infomasi tentang kejadian batu2 dan sejarah gua yang pernah dijadikan lokasi persembunyian komunis dan juga perlombongan bijih timah.
Teringat aku lawatan ke gua Phu Pha Phet di Satun tahun lalu ketika perjalanan pulang dari 4th. Andaman Half Marathon 2014.
Selesai lawatan darat, juru pandu bawa peserta pakej 'Grand Tour' melalui laluan sungai di dalam gua. Disini kitaorg ambil peluang sambil mandi dan berjalan. Laluan sungai cetek sahaja. Aishah yang berumur 3 tahun mampu redah tapi aku banyak piggyback dia.
Ada pelbagai laluan sungai yang memerlukan peserta merangkak, menyelam dan ada juga mengelonsor - Cukop menarik. Bagi aku aktiviti sebegini akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana sepanjang penjelajahan kitaorang perlu saling bantu membantu.
Jam 1pm lebih baru kitaorg selesai jelajah gua. Juru pandu tamatkan lawatan dan tunjukkan laluan sungai keluar ke gua. Kitaorg ambik kesempatan untuk mandi sungai didalam gua - Airnya jernih dan sejuk.
P/S: Sepatutnya aktiviti seterusnya adalah ke Kuala Geroh untuk melihat bunga rafflesia dan rama-rama Raja Brooke tapi masa tak mengizinkan - Insyallah pada catatan yang berikutnya. Kitaorg terpaksa ke Melaka untuk hadiri majlis kenduri dan Putrajaya untuk larian malam - Men Health Women Health Night Run 2015.
Aktiviti keluarga - Hadiri majlis kenduri sepupu di Seremban, Negeri Sembilan
Waris Tok Awang
Aktiviti aku+sekeluarga - Catatan Men Health Women Health Night Run 2015

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!
Post a Comment
<< Home