Run. Mix. Burn!

Sunday, 5 February 2017

Where did I jog? - Kampungan Orang Asli Temiar.

30Jan2017 | 10km
Kampung Pisang, Sungai Siput, Perak.

Sertai CSR (corporate social responsibility) 3H2M bersama pelajar Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah ke perkampungan orang asli Temair pada cuti CNY baru-baru ini.

Aku ambil kesempatan layan off-road pada hari ke 3. Melalui laluan ke Pos Kuala Mu.

Isyarat telefon - flat habis bagi Maxis dan Celcom. Sepanjang 3H2M kami cukop komited dan fokus dalam usaha CSR sebab tak dapat main handphone.

Aku curik2 main. Baca e-book :) sambil muhasabah diri.

Ketika selesai solat subuh aku mohon izin dengan Tok Batin dan sembang tanyakan keadaan laluan off-road yang nak diredah. Katanya darjah kesukaran laluan adalah tahap sederhana - lebih kurang macam tu maksudnya. Aku cargas seawal 8 pagi dan berpesan pada ketua CSR untuk kembali sebelum jam 10pagi.

Cuma 10km. Naik, turun laluan tanah merah dan mendaki bukit berdekatan Kampung Pisang yang telah gondol akibat kerakusan pembalakan. Katanya nak gantikan dengan tanaman sawit@getah.

Ayeq sungai mengalir laju macam teh tarik begitu juga warnanya. Cuma aku tak berani aku nak top-up dalam water-belt.

Di pertengahan laluan, bertemu salah seekor warga rimba - kijang. Masing-masing saling terpaku. Kami sempat bertentang mata dan handphone. Heran dia tengok aku pakai baju Champion Kedah.

Ketika menuruni bukit, 2 ekor anak musang terlajak lari dalam laluan larian aku.

Aku u-turn dan selamat kembali ke Kampung Pisang jam 10:05 minit.

Sekian catatan saya.

Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kijang. Jarang2 sekali ditemui orang ujar Tok Batin
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang

Labels: , , ,

Monday, 5 December 2016

Bersama Keluarga di Bukit Merah Laketown Waterpark

Nak bagitau, sempena cuti sekolah... Bukit Merah Laketown Waterpark dibuka kembali setelah diarahkan tutup pada 28 September 2016 yang lalu akibat virus Rota.
Bawa sekeluarga bersama mertua bermain air. Hari minggu - Sabtu, suasana tak kalut. Tak ramai pengunjung. Mungkin banyak kenduri dan kurang infomasi tentang pembukaan semula BMLW.
Seketika bebudak tu agak jakun sikit sebab cukup lama aku tak pernah bawa mereka masuk waterpark. Tak tau arah nak mandi mana satu :)
Sekitar jam 2pm, pihak BMLW mengadakan beberapa acara rekreasi untuk para pengunjung secara percuma untuk semua peringkat umur dan jantina - Memancing itek, kutip telur penyu, dart dan kayuh tube pelampong.
Kitaorang sertai semua acara dan memenangi dua daripada 4 acara - Kutip telur penyu dan dart kategori wanita.
Hanya champion saja di beri hadiah, yang berupakan tiket masuk waterpark untuk 3 dewasa dan 1 kanak-kanak. Sesiapa yang berminat boleh PM saya untuk miliki pada kadar yang rendah berbanding belian di kaunter.

Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark
Bukit Merah Laketown Waterpark

Labels: , ,

Saturday, 25 July 2015

Larian Koperasi Perak

Tarikh: 13 September 2015 | Ahad | 7:00am
Tempat: Taman Tasik, Taiping, Perak
Jarak: 10km, 7km, 5km dan 3km
Hubungi: 012-4811953 atau 012-4879180
Website: FB\Larian Koperasi Perak 2015

 photo LarianKoperasiPerak-Banner.jpg
Gambar diambil pada malam raya pertama di Taman Tasik, Taiping

Anjuran kali kedua. Baju tee percuma bagi yang daftar sebelum tarikh tutup 1 September (tertakluk pada stok).

Larian Koperasi Perak 2015

Borang boleh download pada link ini.

Labels: , ,

Larian Muzium 2015

Larian Muzium 2015

Tarikh: 02 Ogos 2015 | Ahad
Tempat: Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Jarak: 10km, 7km, 5km dan 3km
Hubungi: Raja Zainurainy 012-2209415 atau razaimi@jmm.gov.my
Yuran: RM30~RM15

Sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015, Lembaga Muzium Negeri Perak bersama Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan Larian Muzium pada 2 Ogos 2015 (Ahad) bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Borang dan syarat-syarat penyertaan boleh didapati di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh atau muat turun di hma2015perak.blogspot.com. Salinan borang penyertaan dibenarkan.

1000 penyertaan pertama akan menerima T-shirt percuma! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2015 jam 5.00 petang.

Borang penyertaan yang lengkap perlu dikembalikan kepada urusetia berikut
a. Raja Zainurainy, Lembaga Muzium Negeri Perak (012-2209415)
b. Raja Sharinaz Affiza, Lembaga Muzium Negeri Perak (05-282158)
c. Nor Suzieana, Lembaga Muzium Negeri Perak (012-5962947)

..info daripada www.perak.gov.my

Labels: , ,

Sunday, 12 April 2015

Jelajah Gua Tempurung

Tarikh: 19 Mac 2015 | 9:15am | Khamis
Tempat: Gua Tempurung, Gopeng, Perak
Terlibat: Sekeluarga.

3 hari sebelum habis cuti penggal pertama persekolahan. Kebetulan ada majlis kenduri di Seremban, Negeri Sembilan. Jadi aku penuhkan aktiviti untuk sekeluarga, keluarga dan aku sendiri - racing berlari.

Yang ni part aktiviti sekeluarga.

Gua Tempurung

Secara ringkas, Gua Tempurung adalah gua batu kapur terpanjang di Semenanjung Malaysia - 3km. Terdapat aliran sungai sepanjang laluan didalam gua. Dilengkapi dengan lampu, tangga  dan titi serta kemudahan awam. Pelbagai batu stalagmit dan stalaktit dapat ditunjukkan pada bebudak sambil bercerita tentang kejadian batu tersebut. Keterangan lanjut boleh di google atau - www.ipoh-city.com/attraction/Gua_Tempurung

Gua Tempurung
Gua Tempurung
Gua Tempurung
Gua Tempurung
Gua Tempurung

Kitaorg ambil pakej 'Grand Tour'. Tempoh penjelajahan adalah 3 1/2 jam meliputi  keseluruhan gua dan 100% basah kata pengendali kaunter. Pakej ini dibuka pada jam 9am hingga 11:30am sahaja. Jadi jika bercadang ke sini untuk 'grand tour' pastikan datang awal pagi, pakai pakaian rekreasi, pakai kasut/selipar bertutup, bawa baju salinan, bawa lampu suluh seeloknya headlamp serta bekalan nasi. Sebab lepas keluar dari gua pasti lapar gila.

Walaubagaimana pon terdapat gerai makan disitu, cuma bagi yang berkeluarga seperti aku + kos grand tour + tour ke Kuala Geroh, agak terhad budgetnya.

Gua Tempurung
..image ihsan dari www.ipoh-city.com

Pemandangan didalam gua cukop cantik dengan formasi batu kapur stalagmit dan stalaktit. Disinari oleh lampu2 eletrik dan tangga memudahkan pergerakkan terutama bagi kanak2. Juru pandu menerangkan pelbagai infomasi tentang kejadian batu2 dan sejarah gua yang pernah dijadikan lokasi persembunyian komunis dan juga perlombongan bijih timah.

Teringat aku lawatan ke gua Phu Pha Phet di Satun tahun lalu ketika perjalanan pulang dari 4th. Andaman Half Marathon 2014.

Selesai lawatan darat, juru pandu bawa peserta pakej 'Grand Tour' melalui laluan sungai di dalam gua. Disini kitaorg ambil peluang sambil mandi dan berjalan. Laluan sungai cetek sahaja. Aishah yang berumur 3 tahun mampu redah tapi aku banyak piggyback dia.

Gua Tempurung Gua Tempurung Gua Tempurung
Gua Tempurung
Gua Tempurung

Ada pelbagai laluan sungai yang memerlukan peserta merangkak, menyelam dan ada juga mengelonsor - Cukop menarik. Bagi aku aktiviti sebegini akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana sepanjang penjelajahan kitaorang perlu saling bantu membantu.

Jam 1pm lebih baru kitaorg selesai jelajah gua. Juru pandu tamatkan lawatan dan tunjukkan laluan sungai keluar ke gua. Kitaorg ambik kesempatan untuk mandi sungai didalam gua - Airnya jernih dan sejuk.

P/S: Sepatutnya aktiviti seterusnya adalah ke Kuala Geroh untuk melihat bunga rafflesia dan rama-rama Raja Brooke tapi masa tak mengizinkan - Insyallah pada catatan yang berikutnya. Kitaorg terpaksa ke Melaka untuk hadiri majlis kenduri dan Putrajaya untuk larian malam - Men Health Women Health Night Run 2015.

Aktiviti keluarga - Hadiri majlis kenduri sepupu di Seremban, Negeri Sembilan






Waris Tok Awang

Aktiviti aku+sekeluarga - Catatan Men Health Women Health Night Run 2015

Men Health Women Health Night Run 2015

Labels: , , ,

Monday, 30 March 2015

MILO® Malaysia Breakfast Day

MILO® Malaysia Breakfast Day

12 April 2015 - Ipoh Perak.
26 April 2015 - Kuching, Sarawak.
10 May 2015 - Dataran Putrajaya.
Website: www.milo.com.my/breakfast
Distance: 3km (family) and 7km (competitive)

Do visit website above for each category entitlement. Yup!.. Finisher medal available for 7km runners.

Kuala Lumpur, 25 March 2015 – MILO®, the leading breakfast beverage loved by all Malaysians, makes its return by going further and fueling a bigger mission to connect with more Malaysians nationwide on its breakfast beliefs with Malaysia Breakfast Day – Malaysia’s largest breakfast gathering. This year, the annual Malaysia Breakfast Day will be expanded to three cities – Putrajaya, Kuching, and Ipoh. 

“Malaysia Breakfast Day was received very positively in the previous years. By expanding our outreach beyond Kuala Lumpur, we hope that more Malaysians will feel closer to The MILO® Breakfast cause and support this movement together with family and friends,” says Philomena Tan, Business Executive Manager of MILO® Business Unit in Nestle. “More Malaysians can now join us with our expanded event footprints across Malaysia.”

Running for its third consecutive year, Malaysia Breakfast Day will be held in Ipoh, Perak on 12th April 2015, Kuching, Sarawak on 26th April 2015, and Dataran Putrajaya on 10th May 2015.

Tan adds that the anticipation of Malaysia Breakfast Day rises from it being not only the largest breakfast gathering but beyond. “More breakfast gatherings mean more breakfast eating conversion and more families convinced to be breakfast advocators. Multiple touch-points are important for us to reach out to as many people as possible. We always have great line-ups of activities during Malaysia Breakfast Day so we are thrilled that more Malaysians would be able to join the breakfast occasion with us this year.”

Alongside with the 7-km and 3-km runs during Malaysia Breakfast Day, there will be a series of interactive and fun-filled activities available for every member of the family. The 3-km fun run is designed for families’ while the 7-km run is for the running enthusiasts...

..from Leo Selvaraj

Labels: , , , , ,

Tuesday, 24 February 2015

Report: Taiping Run 2014

Date: 21 December 2014 | Sunday | 6:45am
Venue: Padang Esplanade, Taiping, Perak
Distance: 12km 1:01.32mins bersama Alauddin.

Racing yang tak dirancang. Berdekatan dengan rumah keluarga Cikgu. Secara tak langsung kitaorang balik ziarah atok dan opah mereka serta mertua di kampung Larut Tin Sambungan.

Awai pagi aku bermoto dengan Alauddin bertolak ke Taiping yang terletak cuma 4~5km saja. Singgah subuh di masjid India. Ada 2~3 orang peserta dok tunggu subuh bersama.

Taiping Run
..image from www.taipingrun.com

Sengaja aku tak mau amik tahu laluan lari sebelum tu, rupanya cukop terkujat :P Lepas naik-turun bukit doraemon, naik pulak ke taman perumahan Pengly dan Taman Lake View. Kitaorang di sajikan bukit sejauh 2km dengan darjah ketinggian... errr.. kereta ber-gear 2 layaknya.

Kemudian berlari menuju Taman Tasik melalui Jalan Muzium. Melepasi Padang Esplanade semula pada separuh jarak larian cukop membuat jiwa kacau. Sebab dok nampak finish line tapi terpaksa berlari lagi 6km menuju Taman Suria Permai.

Sambutan Taiping Run agak memberansangkan. Ramai peserta memenuhi laluan/jalan sekitar Taman Tasik. Aku terpaksa cilok kiri dan kanan mencari ruang hingga ke garisan penamat.

Taiping Run
Taiping Run
Kembali pacing bersama Alauddin

Kemudian berpatah balik mencari Alauddin risau, memandangkan ia merupakan jarak larian jauh bagi dia. Kitaorang pacing bersama pada 2km terakhir.

Taiping Run
Taiping Run
Taiping Run
Taiping Run

Di Padang Esplanade, Cikgu, Aishah, Ain dan atok setia menunggu bersama botoi ayeq.

Secara keseluruhan penganjuran larian yang teratur. Medal yang cantik dan terima kasih pada Alex Ong daripada BM Leopard atas sumbangan 2 bib di saat akhir serta camera-man SeanWorld

Taiping Run
Taiping Run
Taiping Run

Antara menu yang tak harus di lepaskan jika berkunjung ke Taiping - pasembor, cendol dan popiah.

Taiping Run 2014 Taiping Run 2014

Labels: ,