Run. Mix. Burn!

Sunday 26 January 2014

Report: Penang Bridge International Marathon 2013

Tarikh: 17 November 2013
Tempat: Queensbay Mall, Pulau Pinang
Jarak: 21km | 1:49.31 | Posisi: 39/1228

Setelah diumum laluan larian diubah ke laluan lama arah ke jambatan dihadapan USM, aku sedikit keciwa kerana pada awalnya pihak penganjur telah menyatakan PBIM 2013 akan berlari di atas jambatan baru. Jadi aku tawar hati nak daftarkan diri untuk PBIM 2013.

Kurang sebulan dari tarikh acara, kaki aku dah gatal. Tak senang duduk. Bulan November ni tak ada langsung racing untuk aku walaupun training / jogging dok buat 4~5kali seminggu.

Aku call Alex, tanya jika ada bib kosong atau kawan2 yang cancel last minute untuk kategori Half. Ada.. 3 Half dan 1 Full katanya. Aku terus gabuih G16440 kategori Veteran. Niat aku cuma nak perbaiki catatan peribadi sahaja jauh sekali nak ambil kesempatan sambil jumpa member-member selarian.

Aku cuba racun beberapa kawan lama terutama Team Rodjana tapi cuma PakYa yang termakan. Terus dia sambaq bib Full - 42km. Peeh!

Penang Bridge International Marathon 2013
Penang Bridge International Marathon 2013

Bersama 5 sekawan, kitaorang bernasib baik dapat booking homestay/kondo amat berdekatan dengan Queensbay Mall iaitu tempat perlepasan PBIM. Kira-kira 500meter berjalan kaki.

Penang Bridge International Marathon 2013
Penang Bridge International Marathon 2013

Lepas isya, lampu rumah sudah tutup. Kitaorang cuba tido awai sebab Full akan bermula 2pagi manakala Half pada 3:30pagi. Terkebil-kebil bijik mata nak dipaksa lena. Hampir jam 10 baru.. ghaib.

Aku rasa sesapa baru start jogging/berlari patut sertai/alami Penang Bridge International Marathon.

Try rasa sekali seumur hidup berjalan/berlari atas Jambatan Pulau Pinang di awal pagi dimana tiada kenderaan lalu-lalang. Nikmati permandangan bandar Pulau Pinang dengan lampu2 neon berkelip-kelip, udara laut bertiup dingin, hujan renyai-renyai menambah lagi kesejukkan pagi manakala peluh mengalir masin bersama denyutan jantung tenang mengedar kandungan oksigen seluruh pelusuk anggota badan...

Target masa memang dah set tapi aku tak ambil kisah. Aku pakai jam casio ringkas kepunyaan anak aku - Jasmin. Sepanjang larian aku langsung tak terikat dengan catatan pada jam. Terus berlari sambil kelui kawan-kawan sepanjang laluan.

Pada U-turn dihadapan e-Gate, terasa ada stamina lebih,  diracun pula musuh peribadi aku dihadapan. Jadi aku pantaskan larian cuma 3km lagi untuk tamat. Air hidung mula meleleh.. standard simptom bagi aku kalau tekan minyak.

Penang Bridge International Marathon 2013
Penang Bridge International Marathon 2013
Penang Bridge International Marathon 2013

Cukup gumbira tengok catatan masa pada jam aku - bawah 1:50min. Memang lama aku dok mencuba tambah plak acara ini tahap international pasti tepat jaraknya. Dengan latihan aku dok buat.. rasanya memang berbaloi untuk aku syiok sendiri.

Penang Bridge International Marathon 2013
Penang Bridge International Marathon 2013

Tahun depan.. atas jambatan baru! Online registration open in Mac 2014, pastikan ada nama pada bib PBIM 2014.

Penang Bridge International Marathon 2013

Terima kasih pada jurugambar seperti - pomrunning dari Thailand, AlwinTan, SeanWorld, PBIM Official dan Pakya (banyak gambar saya kidnap).

Penang Bridge International Marathon 2013
Penang Bridge International Marathon 2013
Penang Bridge International Marathon 2013

Labels:

2 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home