Report: Sikarinhatyai Mini Marathon 3
Date: 18 August 2013 | 7:00am | Sunday
Venue: Sikarinhatyai Hospital, Hatyai, Thailand
Distance: 10km | 24.21 + 25.37 = 49.58
Time: Malaysia
Racun
3 hari lepas Hatyai Nature Run, kaki aku gatai lagi. Lagi satu sebab... vest/baju lari Sikarinhatyai yang lepas2 dipakai oleh pelari Siam agak menarik. Sebab yang ke-3, ada kawan racun - Alex Ong bersama 4 kawan BM Leopard.
Keretapi
Kali ni aku amik laluan keretapi ke Hatyai. Alex berkereta dari BM. Kami set untuk berjumpa di Hospital Sikarin, yang terletak 50meter dari Stadium Jiranakorn, Hatyai. Aku naik dari Gurun pada jam 7:50 pagi bersama buku yang berbulan-bulan tak habih baca lagi dan kamera untuk nikmati pemandangan indah belakang rumah.
Hentian di Padang Besar selepas cop border pass/passport agak lama menunggu - hampir >2jam. Sementara tunggu pihak KTM tukar kepala keretapi dan pendekkan koc, aku pi makan tengah hari di tingkat atas stesen.
Pemandangan dari Keretapi Gurun - Hatyai
Hatyai
Jam 1pm di Sikarin Hospital, kaunter pendaftaran larian masih belum dibuka. 3pm katanya. Sambil tu aku pi belek barangan sukan di khemah berhampiran. Berbeli 2 helai seluar lari untuk training.
Sikarinhatyai Mini Marathon ada 2 jarak - 10.5km dan 4km fun run. Daftar 10.5km cuma 250 baht bersama t'shirt... Vest atau t'shirt - Aku amik t'shirt size M untuk Cikgu. Kakitangan depa cukup 'ringan tangan' dan mudah berurusan walaupon bahasa isyarat lebih banyak digunakan. Sebelum berangkat ke President hotel, kami dijamu air dan soft-drink pelbagai perisa tanpa had... sampai sendawa :)
@Sikarinhatyai Hospital
Naik moto ke dari Station Keretapi ke Hospital Sikarin
Khemah jualan barangan sukan
Kaunter Pendaftaran
@Lee Garden
Persembahan Himpunan Sami Buddha
Lari
Dari atas retapi kelmarin, kepala aku dah set target. Laluan kali ni adalah flat dan U-turn. Dimana lari pi dan balik adalah jalan yang sama - Cantek! Bley banding timing pi dan balik. Berangan nak buat negative split.
View Sikarinhatyai Minimarathon 2013 in a larger map
Keadaan jalan sepanjang laluan larian memang cukop best dan seronok berlari, aku tukaq mode 'auto cruise'. Tak perlu fikir nak elak ketoi batu, pasir atau lubang. Jalan bersih, hitam gelap bertar dan diawasi secara ketat oleh polis tempatan di setiap simpang dan kakitangan hospital yang sibuk edarkan minuman kepada peserta di water station.
Memang fokus hanya pada pace, lari sambil awasi masa ditangan. Masa u-turn pada jalan utama dari PSU ke Songkhla, target aku tercapai. Terus berlari sambil minum ayeq, aku cuba ligan target ke 2.
3km terakhir, bertembung dengan peserta Fun Run. Jalan jem!.. terpaksa aku bunyi 'hon' dan mengelak bebudak.
1km terakhir, rasanya jantung aku dah berterabuq tercicir di tepi jalan.
..Satgi aku patah balik amik.
Captured by PomRunning - more Sikarinhatyai photos.
Aku dapat catat 10.5km bawah 50mins - 49.58, bukannya catat peribadi terbaik, cuma dah lama tak cecah tempoh tu. Lagi pon laluan u-turn... jarak mungkin tepat.
Soru
Aku diberitahu oleh kakitangan Hospital dan pelari muslim, makan yang disediakan semuanya halal - Aku sebat hampir semuanya! Air sejuk, kopi panas, mineral, karbonat, nasi, moi, kuih-muih, roti, pisang, tembikai, teloq... kenyang sampai tengah hari :)
Balik
Keretapi Hatyai ke Padang Besar jam 3pm. Agak bosan sebab hampir 3jam berada di Stesen. Lepas selesai jamak, aku lelap kat bangku menunggu. Rupanya tiket keretapi cuma sampai Padang Besar saja. Dari Padang Besar kena amik tiket ke Gurun.
6pm sampai di Padang Besar... Tanya tiket ke Gurun pada kerani perempuan di kaunter..
'Tiket habis'
'Macam mana saya nak ke Gurun'
'Tiket habis!'
'Tau..tiket habis tapi macam mana saya ke Gurun, stesen bas saya tak tau..'
'Tiket habis..'
Hangin aku..
Tanya dengan kakitangan KTM, dia suruh naik ajer.. nanti kaw-tim dengan Tiket Master dalam koc. Dalam koc, nasib baik Tiket Master tu baik hati... dia kasi naik free sampai Gurun.

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!
Post a Comment
<< Home