Run. Mix. Burn!

Saturday, 4 October 2014

Report: Mizuno River Kwai International Half Marathon 2014 - 1/3

Catatan kembara dan sertai Mizuno River Kwai International Half Marathon (MRKIHM), di Kanchanaburi, Thailand. 11~15 September 2014 - Bahagian 1 (bahagian 2, bahagian 3)

River Kwai International Half Marathon 2014

Acara larian yang tertua di Thailand. Kali yang ke 33, dihadkan hingga 1500 peserta sahaja. Lama dah dok terbaca dan teringin. Satu ketika terkena racun bila pandang t'shirt MRKIHM masa balik dari Koh Tarutao Mac lepas. Kembara kali ni banyak dibantu oleh jadual keretapi laluan selatan dan maklumat daripada laman www.seat61.com.

Sebaik selesai daftar online Jun14 yang lalu rupanya, Cikgu YuSong dan Aznan juga turut berminat. Aku dan Aznan merancang perjalanan sendiri tapi berjanji akan bertemu Cikgu YuSong sekeluarga di Kanchanaburi.

Hari 1. Khamis: Gurun -> Hatyai -> Nakhon Pathom.
07:20 (MY)
- Stesen KTM Gurun. Bersama Aznan.

11:30 (MY)
- Hatyai. Beli tiket Hatyai -> Nakhon Pathom. 680baht/pax
- Train#42. Special Express YLA-BKK.
- Makan tengahari di Kai Tod Decha, Hatyai.
- Jamak @Stesen keretapi

18:30 (TH)
- Train#42 lewat. Patut 16:20
- Sambil menunggu, aku charge hp kat tiang berbumbung
- Naik train#42 ke Nakhon Pathom

Menariknya train#42 ni... kami diberi kain selimut/gebaq, dihidangkan makan malam yang merupakan nasi, masak lemak isi ikan serta sup sayur/cendawan. Pada lewat malam, teh panas bersama roti+karipap sebagai supper. Kesemua makanan ada ditanda halal.

ZZzZzzzzz



Hari 2. Jumaat: Pekan Nakhon Pathom

07:30 (TH)
Subuh atas keretapi. Lewat sampai. Patut 4:36am. Lari 3jam. Tapi masih sempat kejar keretapi dari Bangkok/Thon-Buri ke Nam Tok. Ikut jadual TBR-NAT (Thon Buri - Nam Tok) akan lalu di Nakhon Pathom pada jam 8:57am.

Rupanya keretapi kami dari Hatyai naik tiada kepala. Patut la agak bising, enjin dibawah coach. Beli tiket Nakhon Pathom ke Nam Tok. Percuma untuk warga tempatan. 100baht untuk warga asing. Antara TBR-NAT boleh turun/naik mana2 stesen pada kadar yang sama.

Train: ORD-257 (TBR-NAT). 100baht/pax.

Ronda sekitar pekan Nakhon Pathom. Ambik gambar aktiviti pasar pagi berdekatan dengan Wat Phra Pathom Chedi. Wat terbesar disini. Dok cari kedai kopi halal. Tiada kelihatan - makan roti dengan snickers.

Sambungan catatan -  (bahagian 2, bahagian 3)

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home