Run. Mix. Burn!

Saturday 4 October 2014

Report: Mizuno River Kwai International Half Marathon 2014 - 2/3

Catatan kembara dan sertai Mizuno River Kwai International Half Marathon (MRKIHM), di Kanchanaburi, Thailand. 11~15 September 2014 - Bahagian 2 (bahagian 1, bahagian 3)

Hari 2. Jumaat: Nakhon Pathom -> Kanchanaburi -> Nam Tok -> Kanchanaburi.

09:15 (TH)
Naik Train#257 (TBR-NAT). Keretapi biasa. Rasanya ia merupakan sumbangan komuniti dari pihak keretapi kepada rakyat. Tiada kadar/tambang dikenakan sepanjang 4:30jam perjalanan kepada penduduk tempatan.

Train: ORD-257 (TBR-NAT). 100baht.

Berkeretapi akan dihidangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat tempatan. Pemandangan dibelakang rumah, jelapang ladang jagung, ladang tebu, ladang ubi kayu serta sayur-sayuran.

Terdapat banyak hentian kecil dan besar. Bagi yang kecil, bangunan hentian macam henti bas di tempat kita cuma dibina menggunakan simen.

Perjalanan berkeretapi bertambah menarik bermula dari Kanchanaburi ke Nam Tok. 500m selepas Stesen Kanchanaburi adalah jambatan bersejarah sungai Kwai (River Kwai Bridge) yang popular.

Jika datang Kanchanaburi, berkeretapi dari Kanchanaburi - Nam Tok adalah wajib. Jangan lepaskan. Akan dihidangkan memandangan Sungai Kwai, hutan pokok buluh serta resort2 yang cantik untuk didiami untuk percutian kedua.. mungkin?

Jangan lena jika sampai Thamkrasae Bridge. Amat terkenal selepas Jambatan River Kwai. Saksikan penat, lelah, perit, seksanya membina tanpa sebarang kemudahan hingga membawa maut oleh buruh paksa membina laluan keretapi di jambatan ini.

Sampai di stesen akhir Nam Tok, kena turun beli tiket balik 100baht/pax. sebab kita warga asing. Kemudian naik semula keretapi yang sama dan bertolak kembali. Sebelah stesen Nam Tok adalah Sai Yok Noi Waterfall. Tak sempat nak ronda sebab kesuntukkan masa - 10mins.

@Kanchanaburi. Bertemu cikgu YuSong di Good Times Resort di Maenam Kwai Rd. Kat sini jalan paling meriah. Penuh dengan para pelancong. 7-11, pub, resort, hotel, sewa kereta, motosikal pon ada.

- Sewa moto Honda Spacey 400baht untuk 2 hari.
- Makan di Dawudcha Islam Restaurant
- Bermalam di Fut Fit Fo Fai Inn Hotel. 100meter bertentangan dengan Dawudcha Islam Restaurant. 500baht/night
- Ronda di pasar malam. Mujur ada 1 stall muslim jual nasi kuning berayam untuk makan malam.



Hari 3. Sabtu: Bermoto Kanchanaburi -> Nam Tok. Event registration.

9:00am
- Ronda pekan Kanchanaburi yang luas. Tempat bersejarah. Bus station.
- Minum pagi di Dataran Jambatan River Kwai
- Ziarah Arts Gallery and War Museum
- Makan tengahari di Dataran Jambatan River Kwai. Ada satu stall muslim.

12:30
- Check out Fut Fit Fo Fai Inn Hotel
- Jemput cikgu YuSong di Hotel. Sewa moto ke2.
- Ride Itek! 70km ke tempat registration River Kwai Village Resort.

15:00
- River Kwai Village Resort, ambik bib# dan goodies begs.
- Bergambar, digambar dan mengambar laluan esok pagi.

17:00
- Pusing2 cari hotel. Aku memang tidak buat sebarang reservation untuk penginapan. Hantam kromo. Tapi mulut kena ringan bertanya.
- Lepas mencuba 3-4 hotel, dapat Chokchai atau Cola Hotel. 200~300 meter dengan Nam Tok Railway Stesen. 300baht/mlm. Tiada TV dan aircond. Bilik lelain penuh. Elok la tu.. kitaorg pon tak berapa berkenan dengan aircond ni. Cuaca pon sejuk. Hujan.

Ada satu kedai makan muslim 100 meter dari Nam Tok Railway Stesen tapi 6:00 petang.. dah tutup. Tak sempat.

Cargas pi 7-11. Beli roti, cicah nescafe 3-1 dari Malaysia dengan snickers.

Sambungan catatan (bahagian 1, bahagian 3)

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home