Run. Mix. Burn!

Tuesday 1 March 2011

Report: Larian Bandaraya Alor Star

Lama dah aku tak lari race. Last sekali Larian Bendang 6km tahun lepas. La ni memang jarang masuk race tapi aku masih dok jog lagi. 3~4kali seminggu. Mungkin blog ni kena tukaq nama Jog.Mix.Burn. :)

Kali ni, aku diteman oleh Jasmin. Tahun lepas di Larian Bendang pon dia join sekali. Lari 6km. Bagitau dia 2 minggu lagi ada larian di Stadium Darula...

"Kakak, nak masuk!"
..cantek! ada reason aku lari jog dgn dia heheee..

Pandu dari rumah jam 5:30pg, sampai sebelum subuh di Masjid Zahir, Alor Star. 7pg sampai di Stadium.

Agak kelam-kabut sikit dikaunter urusetia. Pihak penganjur (MBAS - Majlis Perbandaran Alor Star) pon baru nak setup peralatan bunyi, susun hadiah dan pembahagian nombor + baju larian. Ditambah pulak kekurangan kakitangan. Aku pon belom terima bib+t'shirt walaupun dah daftar 4 hari sebelum tu.

Sebelum pelepasan kategori 10km, aku pesan kat Jasmin suruh lari ikut kemampuan. Jangan pecut. Bukannya lari 100meter.

Sebaik berlari keluar dari Stadium, laluan larian yang menghala ke Jitra adalah lurus. Laluan ni memang sibuk. Nasib baik ianya diawasi baik oleh pihak Polis. Kategori 5, 7 dan 10km dikehendaki membuat pusingan balik (U-turn).

Dari KMC (Kedah Medical Center), kategori 5km mula membuat pusing balik (U-turn). 1km kemudian aku nampak kategori 7km pulak buat U-turn.

"Hang! kaler biru.. pusing sini!"
Ah!! sudah.. cilanat.. Sayur anak aku.. - kata hati aku.

Ada 2 kemungkinan terbit dalam otak aku - Urusetia kasi kaler bib kategori salah atau tertukar dengan Jasmin.

Secara automatik kaki aku pederas laju berlari disebelah kanan laluan balik ke Stadium cari Jasmin di seberang jalan - Kang lembik dia lari 10km.

Sampai garis penamat, aku tengok Jasmin dah sampai dah. Dia tunjuk kad penamat - 18. Fuh! lega...

Pihak urusetia kata hadiah sampai 20th. Aku tengok Jasmin gumbira semasa daftar nama dalam senarai pemenang. Kitaorang tunggu lebih daripada 2jam untuk upacara penyampaian hadiah. Last2 depa cuma bagi hadiah utk top15 saja!

Cis.. penaya betul depa ni. Dah la sekeping medal pon tak dak. Bib no. aku depa bagi silap. Patut lari 10km jadi 7km. Baju pon, dua2 aku dapat XL. Jenuh aku auta kat Jasmin pasai apa dia tak dapat hadiah.

Camtu laa... kalau join acara anjuran gomen...
















Jasmin pederas..
















Sek Ren - Perempuan

Lelaki Terbuka

Wanita Terbuka

Lelaki Veteran

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home