Run. Mix. Burn!

Sunday 26 October 2014

Report: Delta Eco Night Run 2014

Tarikh: 30 Ogos2014 | 8:30pm | Sabtu
Tempat: Taman Belia, Pulau Pinang
Jarak: 8km. Official full result.

Alauddin B. Abdul Haris
Category: A [A1057]
Posisi: 21
Check Point: 33:04
Total: 47:04
Net Time: 45:33
Abdul Haris b. Shariff
Category: E [E5310]
Posisi: 92
Check Point: 34:13
Total: 47:11
Net Time: 45:28

Daftar sehari sebelum tarikh tutup. Dok belah bagi nak pi Songkhla Marathon (31/8) atau yang ni. Tarikh cukop cantek. Ahad. Hari merdeka. Coti umum. Yang paling penting Ahad, sekolah coti bagi Kedah.

Ikut hati, nak bawa gerabak sekali. Bercoti sambil berlari di Songkhla Marathon yang belom pernah aku sertai. Tapi kepala-hotak aku suruh bersabar banyak2 sebab River Kwai lagi 2 minggu yang dok dalam perancangan.

Nak tambah gusar lagi.. Ahad - 6 hari sebelum race ni, ada budak sauk aku daripada belakang masa ambik anak balik sekolah. Tertirap aku tengah jalan tar dengan anak bongsu dan sulong tergolek ke tepi jalan. Mujur ada pelanggan dan tauke Kedai Mee Abu tolong angkat. Kaki aku tersusuk dengan kick starter. Berlobang. Nampak tulang. Manakala ibu jari kaki luka calar.

Delta Eco Night Run 2014

Nak cancel berlari, terasa rugi. Daftar 2 nama. Bayar hampir RM100. Coti 3 hari.

Penang. Jalan cukop jem petang tu.. Nasib baik sempat sampai sebelum Maghrib di Taman Belia dapat amik bib+baju. Ceh.. baju size S dan XS. Pap! early bird fee pon baju saiz tak betoi.

Malam tu.. aku berlari kaki ayam. Pertama kali racing tanpa kasut. Masa training pon terjadi jugak.. bila terlupa bawa kasut dalam reta. Target malam tu.. fun run saja. Tapi pederas takat mana termampu.

Delta Eco Night Run 2014

Alif, Azuan dan rakan Bertam Running Club termasuk 2 member yang akan turut serta ke Kanchaburi (Aznan dan cikgu Yusong) pon ada. Depa pederas dulu bila flag-off tepat pada jam 8pm. Cukop meriah Taman Belia malam tu.

Warga asing pon ramai yang amik bahagian. Maksud aku geng2 Bangla ni.. mai mana tak tau. Tengok pakaian macam dipaksa aja.. berseluar jean, kasut kasual bukan jenis sport shoes. Bau badan... macam baru lepas kerja. Cukop kuat bau badan depa.. sampai aku lari keluaq dari starting point - dok tepi.

Delta Eco Night Run 2014
Delta Eco Night Run 2014

Berkaki ayam... syiok jugak. Keadaan jalan agak berpasir sedikit ketika berlari di kawasan perumahan. Tapi bila atas jalan raya menuju Kebun Bunga.. jalan cukop cantik. Sedap berlari. Ada ketika bila melepasi kuil hindu betul2 depan roundabout (selalu dok sembahyang untuk kereta baru) Jalan Gottlieb.. tok sami 3 calit tu... bley angkat tangan bila tengok aku lari berkaki ayam. Ceh! ingat aku buat nazar ka!

Delta Eco Night Run 2014
Delta Eco Night Run 2014

Keluar dari laluan dalam Kebun Bunga, nampak Alauddin. Aku racun, ajak dia berlari lebey laju. Cuma tinggai 1~2km saja garis penamat. Dia tak mampu.. aku pacing dengan dia. Sampai jalan berbukit dia nampak finish line... Hantu betoi.. dia pecut tinggai aku.

Post race meal.. pon ada macam2. Tak ingat dah apa dia. Tapi kenyang la malam tu. Tak dak apa nak complain. Malam tu kitaorang tunggu sampai habis.. sambil berharap no. bib naik untuk cabutan bertuah... Grand Prize - bercoti atas kapai Star Cruise. Eeemmm...

Delta Eco Night Run 2014
Delta Eco Night Run 2014

Rasanya Delta Eco Run Night Run kali ini adalah yang ke 3. Penganjur cukop perihatin. Segala keperluan peserta diambil kira. Walaupon yuran penyertaan agak mahal tapi di seimbangkan dengan medal, t'shirt yang cantik serta post-race meals yang pelbagai.

Tepat jam 12:00 malam 31 Ogos, malam merdeka, kitaorang bertolak balik bertemankan 2 ekoq burung hantu..

Delta Eco Night Run 2014
Delta Eco Night Run 2014

Labels: ,

2 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Congrats Alaudin....sama hebat dengan bapak.

    Aiman

    By Anonymous Anonymous, at 8:33 pm  

  • Sama2. Dia ambik kesempatan. Kasut saya pon dia pakai hari tu..

    By Blogger aharis, at 4:31 pm  

Post a Comment

<< Home