Run. Mix. Burn!

Tuesday 20 January 2015

Report: Takasima Run 2014

Tarikh: 14 Disember 2014 | Ahad | 7:00am
Tempat: Takasima HQ, Penang Science Park, Bukit Minyak, Pulau Pinang
Jarak: 14km. 30:38.92 + 42:20.55 = 1:12:59.47 (14.5km)

Dah masuk tahun ketiga berturut-turut penganjuran oleh syarikat alatan senaman - Takasima. Pernyertaan pertama bagi aku dalam Takasima Run. Memang dok ursha dari sejak dari tahun pertama. Tapi aku kurang berminat untuk sertai kerana ia menawarkan 2 kategori saja setiap jantina manakala medal penamat adalah terhad.

Seperti kelaziman oleh pihak Takasima, pendaftaran/borang perlu diambil di cawangan/outlet Takasima yang berdekatan kemudian kurang daripada seminggu sebelum hari larian, baju, bib# serta goodies boleh diambil di cawangan yang sama. Mungkin salah satu strategi jualan untuk para peserta untuk datang daftar+pick-up sambil melihat alatan senaman keluaran Takasima.

Dengan RM30 untuk jarak 14km dengan goodies mengandungi t'shirt, bib#, cap ubat gigi, sabun dan beberapa barangan agak berpatutan. Kalau sempat ambil/menangi medal top-100 yang terhad, maka.. berbaloi yuran pendaftaran.

Takasima Run 2014

Seminggu rehat sekembali dari mendaki Gunung Sibayak, Indonesia, aku datang mencuba kasut baru yang agak ringan - Reebok Sublite. Dibeli di Medan. Harga selepas diskaun rp200,000. Belum pernah dibawa training.

Takasima Run 2014

Kali ni datang bersama tiga rakan dari Sungai Petani. Alif dan Azuan. Sempat berhenti untuk solat subuh di RNR Juru. Sampai di perkarangan ibu pejabat Takasima, kelihatan jalan penuh dengan kenderaan. Memang cukop mendapat sambutan.

Tambahan pon musim cuti sekolah. Maka ramai keluarga datang berlari bersama anak-anak. Terdapat juga kategori fun run untuk sekeluarga. Tak jauh, rasanya 3~4km. Kebetulan ada sedara bertandang/menginap di rumah maka, aku tak dapat bawa sekeluarga bersama.

Jarak larian 14km, bermula dari Takasima HQ terus menuju Stadium Batu Kawan, belok ke kiri arah ke Sek.Keb.Batu Kawan dan membuat pusing balik (u-turn) sebelum roundabout dan berlari kembali ke Takasima HQ. Agak perit sedikit apabila berlari menuju Takasima HQ, kita-orang diarahkan membuat pusing yang agak besar sebelum menuju garis penamat.

Takasima Run 2014
Gambar ehsan daripada Running Fire Community

Perit sebab, peserta tidak beritahu/war2kan lokasi laluan dalam borang atau pon di garis permulaan. Kebiasaan mental sudah di-program untuk memecut bila nampak/dengar lokasi penamat makin berdekatan. Tambahan pulak cuaca pagi tu agak panas/terik dan kawasan sekitar agak lapang tiada pokok atau kawasan redup. Bagi aku 3km terakhir cukop perit serta saingan antara 2 orang peserta bersama sejak kilometer ke-5.

Aku sempat cekau medal penamat untuk top-100. Kaki ok. Tiada sengal2 atau meleceh. kasut Reebok Sublite, ringan berbanding Nike Pegasus. Sesuai untuk jarak sederhana - 10km.

Ketika aku tulis repot ni, Reebok Sublite tuh... hilang. Tah mana pi. Pertama kali kasut lari aku dilarikan orang atau mungkin aku tertinggal dimana-mana :(

Post-race meals, cuma diberi air mineral dan minum bercoklat. Itu saja.

Pendapat aku, elok pihak penganjur sediakan sedikit makanan untuk peserta, memandangkan terdapat kategori fun-run bersama keluarga. Ramai yang datang bersama anak-anak. Sedikit-sebanyak dapat mengalas perut sementara menunggu cabutan bertuah dan tunggu hingga akhir acara.

Selepas Azuan dan Aliff sampai, kitaorang pusing-pusing dan bergambar seketika dan terus balik tanpa menunggu keputusan lucky draw. Sebab kita tak sempat masukkan kupon lucky draw (dok dalam kereta) yang diarahkan masuk dalam tabung sebelum larian bermula.

Takasima Run 2014
Takasima Run 2014
Takasima Run 2014
Takasima Run 2014
Takasima Run 2014
Takasima Run 2014
Takasima Run 2014
Takasima Run 2014

Gambar ehsan daripada Azuan

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home