Run. Mix. Burn!

Sunday, 8 January 2017

OSIM Sundown Half Marathon + EFinity Run

OSIM Sundown Half Marathon
17 Disember 2016 | 12:00am
21km.
Queensbay, P.Pinang

E-Finity Fun Run
18 Disember 2016 | 7:30am
6km
Sungai Nipah, Balik Pulau.

Sempat tidoq sejam setengah lepas tamat half marathon di Queensbay. Mangkit subuh dan dok mamai angkut bebudak masuk kereta dan tala pi Kompleks Sukan Balik Pulau.

Fun run 6km. Melalui sekitar kampung Sungai Nipah dan sawah padi. Misi samping adalah cuba memenangi cabutan bertuah sambil beriadah bersama keluarga.

Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang Sundown Marathon Penang

Labels: , , , , ,

Sunday, 10 May 2015

Report: Larian Valdor 2015

Tarikh: 19 April 2015 | Ahad | 7:00pg
Tempat: Kampung Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Tempoh: 11.8km | 57.58 mins

Pernyertaan ke 3 bagi aku. Yang pertama pada 2004 dan 2009. Sejak 2013 acara ini terhenti seketika hingga diadakan semula pada April yang lalu. Bagi aku Larian Valdor antara acara larian 10km yang paling meriah di kawasan utara atas beberapa sebab, antaranya..

  • Penganjur adalah kelab larian Valdor
  • Keperluan para pelari/jogger difahami
  • Tepati masa
  • Laluan kampung. Tak perlu kawalan trafik yang ketat
  • Finisher medal untuk semua dan cantik
  • Yuran penyertaan boleh dikata - OK. Tak murah, tak mahal dan diberi vest
  • Makan\minum disediakan selepas larian tanpa had dan ada kaunter halal.
  • Anggaran jumlah penyertaan antara 1000 ke 2500 peserta
Bermula pada jam 7 pagi memberi ruang yang cukop untuk solat subuh di Masjid di Sungai Bakap. Kemudahan tandas diguna se-maksimum sementara menunggu azan subuh.

6:30am
Alex setia menunggu aku bersama bib+tshirt di pintu gerbang tempat permulaan larian. Sebuah ikon binaan Kampung Valdor serta menjadi tema medal penamat untuk tahun ini.

Larian Valdor 2015
..photo oleh Abdul Rahman Mann

7:00am ++
Mula berlari menuju pekan Sungai Bakap. Agak kalut sikit sebab ralit berborak dengan rakan2 sehingga stop-watch pon aku lupa nak set. Bersama Azuan, kita-orang pacing bersama sambil sembang. Sempat gelak2, tegur rakan selarian.

Kekadang kita cuma sempat bertegur-sapa ketika dalam larian. Selalunya sebelum bermula atau habih larian, kita tak kesempatan bertemu semula. Mungkin kerana para peserta terlalu ramai atau kekadang rakan ada urusan dan terus balik setelah selesai.

Larian Valdor 2015
Laluan larian

Laluan - kampung.
Laluan larian adalah jalan utama kampung. Hari minggu, tak sibuk. Melepasi Hospital sungai Bakap, menyusuri Jalan Sentosa dan Jalan Selamat hingga ke sekolah menengah (kedua) lama aku. Ke kiri menuju kampung wellesley.

Larian Valdor 2015
..di Jalan Selamat - Photo oleh LimTheanSeng

Kemudian ke kiri menuju Kampung Permatang Ara melalui Taman Seruling Emas. Kawasan ni, orang kampung aku panggil Gone Tuak (Gone - bukit) dulu ada kedai tuak kat sini. Lari pepagi ni... kat sini aromanya cukop menyusuk kalbu. Sebab di kanan ada kandang lembu kaki pendek. Peh! Memang tak cukop oksigen aku dibuatnya.

Larian Valdor 2015
..di Jalan Lima Kongsi - Photo oleh Alwin Arul

Tiba di Jalan Badak Mati, kita orang ambik kanan menuju Kampung Lima Kongsi. @7km, Aku dan Azuan masih lari bersama. Tak jauh dah. 3km terakhir di simpang Kampung Lima Kongsi, aku tekan balen2 minyak yang dok ada hingga simpang terakhir di Jalan Valdor. Ke kiri menuju penamat di Sekolah kebangsaan Valdor.

Larian Valdor 2015
..menuju ke Pintu Gerbang - Photo oleh OrangePhotography
Larian Valdor 2015
..melepasi Pintu Gerbang - Photo oleh Ng Bak Kiong
Larian Valdor 2015
..photo oleh Running Fire

Makanan yang sediakan mencukopi. Antara tembikai, 100Plus, soya, nasi lemak, roti.. tiada had. Dihabiskan sambil bersembang dan bergambar. Hadiah cabutan bertuah juga banyak ditawarkan - pelbagai saiz hamper, beberapa buah basikal serta sebuah motosikal.

Nasib tidak menyebelahi kali ini, tiada nombor dipanggil.

Kesimpulan, jika berkesempatan dimasa akan datang Larian Valdor tidak harus dilepaskan. Diurus secara teratur/baik, yuran penyertaan yang murah, laluan kampung dan pelbagai jenis makanan dan menu disajikan setelah selesai larian.

Larian Valdor 2015
Penamat
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Bihun, skip
Larian Valdor 2015
Tembikai. Ngap!
Larian Valdor 2015
100Plus. Gulp!
Larian Valdor 2015
Telor goreng, bihun goreng.. skip
Larian Valdor 2015
Nasi lemak. Abg Karim ngap!
Larian Valdor 2015
Azuan, Munir dan Hafiz
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Suasana sekitar dewan sekolah
Larian Valdor 2015
Cikgu Zul penat makan nasi lemak
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015

Labels: ,

Sunday, 5 April 2015

Report: Penang Hot Air Balloon Run

Date: 21 February 2015 | 7:00am | Saturday
Venue: Padang Polo, Penang
Distance: 6km fun run with Alauddin and Jasmin.

Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015

Selepas 3 minggu berturut racing bersama rakan2 di Hatyai pada 1 Feb, Betong Mini Marathon pada 8 Feb  dan full marathon di Suratthani pada 15Feb dengan Aznan, rasanya aku perlu luangkan masa bersama keluarga. Kali ni aktiviti Fun Run bersama anak-anak sambil menikmati belon udara panas di Padang Polo, Penang.

Aku register Alauddin dan Jasmin dalam kategori 7km sekolah manakala aku sebagai pacer.

Selesai subuh 6:35am di Masjid Negeri, kitaorang bergegas mencari parkir di Hospital Besar P.Pinang. Ketika bersiap-siap, Jasmin terpaksa ke tandas. Zup-zap-zup-zap.. sampai starting line pada jam 7:15am. Acara larian telah pon dilepaskan pada jam 7 tadi.

Baju, kasut, mental pon dah ready nak lari.. jadi aku ajak Alauddin dan Jasmin berlari mengikut laluan acara menuju ke Kebun Bunga dan u-turn kembali ke Padang Polo.

Perlahan-lahan kita potong beberapa peserta veteran yang berjalan kaki.Jika dicongak ketinggalan 20 minit, secara purata kita-orang dijarakkan lebih kurang 4km. Melebihi separuh jarak laluan. Ketika KM ke-2, kelihatan beberapa pelari utama  di seberang jalan telah menuju ke garis penamat.

Aku dan Jasmin cuma habiskan separuh laluan manakala Alauddin pacing bersama warga emas dan dapat habiskan jarak larian.

Azuan dan Aliff sekeluarga juga turut serta bersama mengambil bahagian sambil melihat Belon Udara Panas yang julung kali diadakan di Pulau Pinang.

Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Aliff dan sekeluarga
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Azuan bersama anak sulung
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Bersama rakan larian
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015
Penang Hot Air Balloon Fiesta 2015

Labels: ,