Run. Mix. Burn!

Tuesday 28 October 2014

Penang City Walk 2015

Penang City Walk 2015
Click for registeration form.

Date: 01 January 2015 | Thursday | 8:00am
Venue: Esplanade, Penang
Distance: ?
Contact: 016455939 Shariff | wongpangkong@gmail.com
Website: www.mppp.gov.my

Open to public. Registration fee are RM10 (>13yrs) and RM5 (5-12yrs). More merrier with family.

For more events.. click here.

Labels: , , , ,

Sunday 26 October 2014

Report: Delta Eco Night Run 2014

Tarikh: 30 Ogos2014 | 8:30pm | Sabtu
Tempat: Taman Belia, Pulau Pinang
Jarak: 8km. Official full result.

Alauddin B. Abdul Haris
Category: A [A1057]
Posisi: 21
Check Point: 33:04
Total: 47:04
Net Time: 45:33
Abdul Haris b. Shariff
Category: E [E5310]
Posisi: 92
Check Point: 34:13
Total: 47:11
Net Time: 45:28

Daftar sehari sebelum tarikh tutup. Dok belah bagi nak pi Songkhla Marathon (31/8) atau yang ni. Tarikh cukop cantek. Ahad. Hari merdeka. Coti umum. Yang paling penting Ahad, sekolah coti bagi Kedah.

Ikut hati, nak bawa gerabak sekali. Bercoti sambil berlari di Songkhla Marathon yang belom pernah aku sertai. Tapi kepala-hotak aku suruh bersabar banyak2 sebab River Kwai lagi 2 minggu yang dok dalam perancangan.

Nak tambah gusar lagi.. Ahad - 6 hari sebelum race ni, ada budak sauk aku daripada belakang masa ambik anak balik sekolah. Tertirap aku tengah jalan tar dengan anak bongsu dan sulong tergolek ke tepi jalan. Mujur ada pelanggan dan tauke Kedai Mee Abu tolong angkat. Kaki aku tersusuk dengan kick starter. Berlobang. Nampak tulang. Manakala ibu jari kaki luka calar.

Delta Eco Night Run 2014

Nak cancel berlari, terasa rugi. Daftar 2 nama. Bayar hampir RM100. Coti 3 hari.

Penang. Jalan cukop jem petang tu.. Nasib baik sempat sampai sebelum Maghrib di Taman Belia dapat amik bib+baju. Ceh.. baju size S dan XS. Pap! early bird fee pon baju saiz tak betoi.

Malam tu.. aku berlari kaki ayam. Pertama kali racing tanpa kasut. Masa training pon terjadi jugak.. bila terlupa bawa kasut dalam reta. Target malam tu.. fun run saja. Tapi pederas takat mana termampu.

Delta Eco Night Run 2014

Alif, Azuan dan rakan Bertam Running Club termasuk 2 member yang akan turut serta ke Kanchaburi (Aznan dan cikgu Yusong) pon ada. Depa pederas dulu bila flag-off tepat pada jam 8pm. Cukop meriah Taman Belia malam tu.

Warga asing pon ramai yang amik bahagian. Maksud aku geng2 Bangla ni.. mai mana tak tau. Tengok pakaian macam dipaksa aja.. berseluar jean, kasut kasual bukan jenis sport shoes. Bau badan... macam baru lepas kerja. Cukop kuat bau badan depa.. sampai aku lari keluaq dari starting point - dok tepi.

Delta Eco Night Run 2014
Delta Eco Night Run 2014

Berkaki ayam... syiok jugak. Keadaan jalan agak berpasir sedikit ketika berlari di kawasan perumahan. Tapi bila atas jalan raya menuju Kebun Bunga.. jalan cukop cantik. Sedap berlari. Ada ketika bila melepasi kuil hindu betul2 depan roundabout (selalu dok sembahyang untuk kereta baru) Jalan Gottlieb.. tok sami 3 calit tu... bley angkat tangan bila tengok aku lari berkaki ayam. Ceh! ingat aku buat nazar ka!

Delta Eco Night Run 2014
Delta Eco Night Run 2014

Keluar dari laluan dalam Kebun Bunga, nampak Alauddin. Aku racun, ajak dia berlari lebey laju. Cuma tinggai 1~2km saja garis penamat. Dia tak mampu.. aku pacing dengan dia. Sampai jalan berbukit dia nampak finish line... Hantu betoi.. dia pecut tinggai aku.

Post race meal.. pon ada macam2. Tak ingat dah apa dia. Tapi kenyang la malam tu. Tak dak apa nak complain. Malam tu kitaorang tunggu sampai habis.. sambil berharap no. bib naik untuk cabutan bertuah... Grand Prize - bercoti atas kapai Star Cruise. Eeemmm...

Delta Eco Night Run 2014
Delta Eco Night Run 2014

Rasanya Delta Eco Run Night Run kali ini adalah yang ke 3. Penganjur cukop perihatin. Segala keperluan peserta diambil kira. Walaupon yuran penyertaan agak mahal tapi di seimbangkan dengan medal, t'shirt yang cantik serta post-race meals yang pelbagai.

Tepat jam 12:00 malam 31 Ogos, malam merdeka, kitaorang bertolak balik bertemankan 2 ekoq burung hantu..

Delta Eco Night Run 2014
Delta Eco Night Run 2014

Labels: ,

Friday 24 October 2014

Training Week 3 - October 2014

13 October 2014 | 18 Zulhijjah 1435 | Monday
Route: Sport Complex
Timing: 41.06 mins

14 October 2014 | 19 Zulhijjah 1435 | Tuesday
Route: Sport Complex
Timing: 41.11 mins

15 October 2014 | 20 Zulhijjah 1435 | Wednesday
Route: Sport Complex
Timing: 40.38 mins

16 October 2014 | 21 Zulhijjah 1435 | Thursday
Route: Sport Complex
Timing: 40.47 mins

Labels:

Walk For Neuro Restoration

Walk For Neuro Restoration

Date: 26 October 2014 | Sunday | 9:00am
Venue: Padang Polo, Penang
Contact: 0134845522 or 016-4153332

Registration fee is RM30 with goodies bag and t'shirt. Only for first 300 participant.

For more event.. click here.

..from TheStar

Labels: , , , ,

Quote of the Da

They say you can't run away from your troubles. I say that you can.

– John Bingham

Labels:

The Cupid Dash 2015

The Cupid Dash 2015

Date: 14 February 2015 | 6:00am | Saturday
Venue: Kepong Metropolitan Park
Distance: 3.5km
Website: score.my/the-score-cupid-dash-2015

For events - click here.

..from Lee Sook Yan

Labels: , ,

Wednesday 15 October 2014

Quote of the Day

Quote of the Day

..from Remy's World

Labels:

Training Week 2 - October 2014

08 October 2014 | 13 Zulhijjah 1435 | Wednesday
Route: Sport Complex
Timing: 40.47 mins

11 October 2014 | 16 Zulhijjah 1435 | Saturday
Route: Home, + AIMST, + Semeling, pekan Semeling, T Semeling, Home
Timing: 59.14 mins

12 October 2014 | 17 Zulhijjah 1435 | Sunday
Route: Tupah, Kilang Dongwha (Merbok), Tupah
Timing: 33.25 + 33.56 = 1:07.21 mins

Labels: ,

Walk For Sight and Sound

Date: 09 November 2014 | Sunday | 7:00am
Venue: Taman Perbandaran, Pulau Pinang
Distance: ?
Fee: RM15.00
Contact: 012-488 9289 | walkforsightandsound@gmail.com
Website: charity.grocerasia.com

Walk For Sight and Sound 2014

Another Annual Community Project organised by Lions Club Of Georgetown Perdana District 308 B2 Malaysia to raise funds for the Blind and Visually Impaired.

..info from TheStar.

Labels: , , ,

Monday 13 October 2014

Quote of the Day

Fear of trying causes paralysis. Trying causes only trembling and sweating.

– Mason Cooley

Labels:

Training Week 1 - October 2014

29 September 2014 | 04 Zulhijjah 1435 | Monday
Route: Sport Complex
Timing: 41.00 mins

30 September 2014 | 05 Zulhijjah 1435 | Tuesday
Route: Sport Complex
Timing: 40.52 mins

01 October 2014 | 06 Zulhijjah 1435 | Wednesday
Route: Sport Complex
Timing: 40.56 mins

02 October 2014 | 07 Zulhijjah 1435 | Thursday
Route: Sport Complex
Timing: 41.10 mins

Labels:

Sunday 12 October 2014

Report: SP Half Marathon 2015

Date: 13 September 2014 | Sabtu | 7:00am
Venue: Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah
Distance: 3km | Jasmin | Kategori R

Sementara aku di Kanchanaburi, Thailand untuk Mizuno River Kwai International Half Marathon, Jasmin disini dah bersedia amik alih penyertaan aku. Pada mulanya Alauddin juga turut daftar bersama tapi opah/atuk dikampung jemput teman depa ke Melaka atas urusan kenduri di sebelah keluarga atuk.

SP Half Marathon 2015

Jadi pagi sabtu tu, Cikgu bawa Jasmin bersama kawan/jiran di Taman ke Dataran Zero tempat bermula larian. Depa dapat habiskan larian untuk kategori sekolah rendah dan 5km sekolah menengah.

SP Half Marathon 2015
Anak jiran - Amir

Tahniah ucapkan walaupun tidak memenangi sebarang hadiah. Finisher medal pon dah cukop menarik dah.

SP Half Marathon 2015SP Half Marathon 2015

Labels: ,

Thursday 9 October 2014

Quote of the Day

Spirit has fifty times the strength and staying power of brawn and muscle.

– Anonymous

Labels:

Morib Fun Run 2014

Date: 28 December 2014 | Sunday | 7:00am
Venue: Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor
Distance: 5km
Contact: 03-3180 3140 | azrah@mdkl.gov.my
Website: www.mdkl.gov.my

Morib Fun Run 2014

Cost only RM10. Offer top500 medal finishers and cash prize for top10. Ehh...lucky draw too. Registration form available in website above.

Morib Fun Run 2014

..emailed by azrah@mdkl.gov.my

Labels: , ,

Tuesday 7 October 2014

Surat Thani Hospital Marathon 2014

Date: 14 December 2014
Venue: Suratthani Hospital, Surathani, Thailand.
Distance: 3.5 | 10.5 | 42km
Website: www.srth.moph.go.th/marathon
Facebook: www.facebook.com/#

Running vest
Surat Thani Hospital Marathon 2015Surat Thani Hospital Marathon 2015

Full finisher t'shirt
Surat Thani Hospital Marathon 2015

Finisher medal
Surat Thani Hospital Marathon 2015Surat Thani Hospital Marathon 2015

Labels: , ,

Saturday 4 October 2014

Report: Mizuno River Kwai International Half Marathon 2014 - 3/3

Catatan kembara dan sertai Mizuno River Kwai International Half Marathon, di Kanchanaburi, Thailand. 11~15 September 2014 - Bahagian 3 (bahagian 1, bahagian 2)

Hari 4: Ahad. Race day

3:45am (TH)
- Bangun. Re-fill dan stock clearance. Refresh. Standby for subuh.
- @hotel. 45 minit sebelum flag-off. Taya moto pancit!. Gabra. Gelabah bewak. Hotel owner kasi pam taya.. nak buat apa. Satgi tengah jalan pancit balik. Aku nekad nak buat hitchhiking ajer.
- Ting! 3 org bermoto 10km ke starting line.

6:00am (TH). Racing
- Laluan berbukit2. Naik-turun. Korna-korna. Tapi pemandangan pepagi disekitar cukop menarik. Berkabus. Lereng bukit. Hijau. Sejuk. Nak lari laju pon terasa rugi.
- Laluan u-turn. Maka jarak laluan pastinya ngam - 21km.
- Aku start selow di belakang. Pelan2 aku sayur Aznan. Minta kebenaran potong cikgu pada suku jarak larian.
- Ada juga peserta dari Malaysia. Kurang dari 10 org rasanya.

Finish Line.
- Dapat sembang dengan 1 family. Budiman Kamaruzzaman. Bib#654. Dia+wife dgn anak laki racing sekali.
- @Finish line. Kemudahan lengkap. Tandas, luggage area, minuman coke, soft-drink, mineral dan isotonik.
- Post-run recovery, jamuan makan kat hotel. Kena naik lori ke sana. Makan buffet. Cuma gigit telor+sos tomato+nasi. Lelain meal, cuak sikit.

Keputusan
- Saya (-11.5 sec) dengan Aznan (-2:39.80 min) dapat buat negative split.
- Negative split = 2nd halfway lebih laju dari 1st halfway

Name: Abdul Haris Shariff
Nation: MAS
Bib#: 195
Time: 1:56:18.1
Chip: 1:55:42.5
Halfway: 00:57:57
Pace: 5:30
Category: M16-39
Finisher#: 202
Cat. Place: 73/458
Gender Place: 177/947

Name: Song Yu
Nation: MAS
Bib#: 882
Time: 2:07:37.9
Chip: 2:07:31.1
Halfway: 01:01:19
Pace: 6:03
Category: M50-59
Finisher#: 377
Cat. Place: 54/147
Gender Place: 327/947

Name: Aznan Saad
Nation: MAS
Bib#: 653
Time: 2:17:44.6
Chip: 2:17:34.2
Halfway: 1:10:07
Pace: 6:32
Category: M40-49
Finisher#: 558
Cat. Place: 161/273
Gender Place: 470/947



Hari 4/5: Kanchanaburi -> Bangkok dan Balik

Ahad. 11:30am
- Balik dari racing, tanya owner hotel pasai taya pancit. Nasib baik ada kedai repair berdekatan. Kos tukaq tiub cuma 100baht. Canteek. Settled.
- Refresh. Sembang dengan owner hotel kemudian check-out dari ChokChai Hotel.
- Ride Itik kembali ke Kanchanburi. Singgah stall buah. Bergambar. Sambung ride.

01:30pm di Kanchanaburi.
- Bincang. Planning nak balik dengan apa dan nak pi mana.
- Berkeretapi.. dah cemuih dah. Cadang bermalam di Bangkok memandangkan isnin dan selasa masih coti umum.
- Ronda/bergambar beberapa tempat tumpuan pelancong di Kanchanaburi. Pi bus station beli tiket van ke Bangkok. Tambang cuma 110baht.
- Lupa nak habaq Sabtu lepas di Kanchanaburi, kami kena saman. Sebab?! kurang jelas. Katanya lesen memandu kami tak sah di Thailand walaupon kad memandu ditunjukkan. Xmau cakap banyak bayar denda 200baht untuk 2 moto.
- Surrender moto sewa dan cargas pi Bus-Station.

06:00pm di Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok
- Check tiket ke Hadyai. Hari Isnin/esok penuh/habih. Duh.. malas nak pegi Sourthern Bus Terminal (station bus untuk laluan selatan) dah. Beli tiket keretapi ke Hadyai malam ni 11pm. Tak jadi bermalam di Bangkok.
- Settle jamak dulu. @Surau, Nan tanya marka siam lokasi kedai makan halal.
- Dalam Stesen Keretapi Hua Lamphong ada satu kaunter makanan halal di kafe. Marka siam tunjukkan.

7:00pm
- Ada masa 4jam. Ronda pekan Bangkok dengan tuk-tuk. 200baht/hour. Amik 2jam.
- Pusing. Pusing. Pusing. Hujan lebat. Destinasi akhir - Restaurant Pakistan. Taupau nasi braini dengan roti nan.
- Dinner di Surau Stesen Keretapi Hua Lamphong sambil settle-kan magrib+isya.
- Nan jatuh tangga, bukannya jatuh cinta kat marka siam tadi.. macam nangka daaa.

11:00pm
- Bertolak balik ke Hadyai. Train#41 Special Express BKK-YLA. Jangka sampai 12:30pm di Hatyai. Target train# EXP953 (HYJ-KL) pada 16:00

Isnin: Hari ke 5 (akhir)

2:30pm (TH)
- Sampai Hatyai. Sempat bergambar di Chumpon, Lang Suan dan Surathani.
- Check tiket Hatyai-Butterworth penuh. Hah?! Hatyai-PadangBesar? Ada! Peh.. lega.
- @Padang Besar. Beli tiket PadangBesar-Gurun.

8:30pm (MY) - Sampai Gurun, Kedah, Malaysia.

Mizuno River Kwai International Half Marathon 2014
Mizuno River Kwai International Half Marathon 2014

p/s: Terkilan sempat pi hellfire-pass.commemoration.gov.au cuma 5km dari River Kwai Village Resort disebabkan taya moto pancit.

Sambungan catatan - (bahagian 1, bahagian 2)

Labels: ,

Report: Mizuno River Kwai International Half Marathon 2014 - 2/3

Catatan kembara dan sertai Mizuno River Kwai International Half Marathon (MRKIHM), di Kanchanaburi, Thailand. 11~15 September 2014 - Bahagian 2 (bahagian 1, bahagian 3)

Hari 2. Jumaat: Nakhon Pathom -> Kanchanaburi -> Nam Tok -> Kanchanaburi.

09:15 (TH)
Naik Train#257 (TBR-NAT). Keretapi biasa. Rasanya ia merupakan sumbangan komuniti dari pihak keretapi kepada rakyat. Tiada kadar/tambang dikenakan sepanjang 4:30jam perjalanan kepada penduduk tempatan.

Train: ORD-257 (TBR-NAT). 100baht.

Berkeretapi akan dihidangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat tempatan. Pemandangan dibelakang rumah, jelapang ladang jagung, ladang tebu, ladang ubi kayu serta sayur-sayuran.

Terdapat banyak hentian kecil dan besar. Bagi yang kecil, bangunan hentian macam henti bas di tempat kita cuma dibina menggunakan simen.

Perjalanan berkeretapi bertambah menarik bermula dari Kanchanaburi ke Nam Tok. 500m selepas Stesen Kanchanaburi adalah jambatan bersejarah sungai Kwai (River Kwai Bridge) yang popular.

Jika datang Kanchanaburi, berkeretapi dari Kanchanaburi - Nam Tok adalah wajib. Jangan lepaskan. Akan dihidangkan memandangan Sungai Kwai, hutan pokok buluh serta resort2 yang cantik untuk didiami untuk percutian kedua.. mungkin?

Jangan lena jika sampai Thamkrasae Bridge. Amat terkenal selepas Jambatan River Kwai. Saksikan penat, lelah, perit, seksanya membina tanpa sebarang kemudahan hingga membawa maut oleh buruh paksa membina laluan keretapi di jambatan ini.

Sampai di stesen akhir Nam Tok, kena turun beli tiket balik 100baht/pax. sebab kita warga asing. Kemudian naik semula keretapi yang sama dan bertolak kembali. Sebelah stesen Nam Tok adalah Sai Yok Noi Waterfall. Tak sempat nak ronda sebab kesuntukkan masa - 10mins.

@Kanchanaburi. Bertemu cikgu YuSong di Good Times Resort di Maenam Kwai Rd. Kat sini jalan paling meriah. Penuh dengan para pelancong. 7-11, pub, resort, hotel, sewa kereta, motosikal pon ada.

- Sewa moto Honda Spacey 400baht untuk 2 hari.
- Makan di Dawudcha Islam Restaurant
- Bermalam di Fut Fit Fo Fai Inn Hotel. 100meter bertentangan dengan Dawudcha Islam Restaurant. 500baht/night
- Ronda di pasar malam. Mujur ada 1 stall muslim jual nasi kuning berayam untuk makan malam.



Hari 3. Sabtu: Bermoto Kanchanaburi -> Nam Tok. Event registration.

9:00am
- Ronda pekan Kanchanaburi yang luas. Tempat bersejarah. Bus station.
- Minum pagi di Dataran Jambatan River Kwai
- Ziarah Arts Gallery and War Museum
- Makan tengahari di Dataran Jambatan River Kwai. Ada satu stall muslim.

12:30
- Check out Fut Fit Fo Fai Inn Hotel
- Jemput cikgu YuSong di Hotel. Sewa moto ke2.
- Ride Itek! 70km ke tempat registration River Kwai Village Resort.

15:00
- River Kwai Village Resort, ambik bib# dan goodies begs.
- Bergambar, digambar dan mengambar laluan esok pagi.

17:00
- Pusing2 cari hotel. Aku memang tidak buat sebarang reservation untuk penginapan. Hantam kromo. Tapi mulut kena ringan bertanya.
- Lepas mencuba 3-4 hotel, dapat Chokchai atau Cola Hotel. 200~300 meter dengan Nam Tok Railway Stesen. 300baht/mlm. Tiada TV dan aircond. Bilik lelain penuh. Elok la tu.. kitaorg pon tak berapa berkenan dengan aircond ni. Cuaca pon sejuk. Hujan.

Ada satu kedai makan muslim 100 meter dari Nam Tok Railway Stesen tapi 6:00 petang.. dah tutup. Tak sempat.

Cargas pi 7-11. Beli roti, cicah nescafe 3-1 dari Malaysia dengan snickers.

Sambungan catatan (bahagian 1, bahagian 3)

Labels: ,

Report: Mizuno River Kwai International Half Marathon 2014 - 1/3

Catatan kembara dan sertai Mizuno River Kwai International Half Marathon (MRKIHM), di Kanchanaburi, Thailand. 11~15 September 2014 - Bahagian 1 (bahagian 2, bahagian 3)

River Kwai International Half Marathon 2014

Acara larian yang tertua di Thailand. Kali yang ke 33, dihadkan hingga 1500 peserta sahaja. Lama dah dok terbaca dan teringin. Satu ketika terkena racun bila pandang t'shirt MRKIHM masa balik dari Koh Tarutao Mac lepas. Kembara kali ni banyak dibantu oleh jadual keretapi laluan selatan dan maklumat daripada laman www.seat61.com.

Sebaik selesai daftar online Jun14 yang lalu rupanya, Cikgu YuSong dan Aznan juga turut berminat. Aku dan Aznan merancang perjalanan sendiri tapi berjanji akan bertemu Cikgu YuSong sekeluarga di Kanchanaburi.

Hari 1. Khamis: Gurun -> Hatyai -> Nakhon Pathom.
07:20 (MY)
- Stesen KTM Gurun. Bersama Aznan.

11:30 (MY)
- Hatyai. Beli tiket Hatyai -> Nakhon Pathom. 680baht/pax
- Train#42. Special Express YLA-BKK.
- Makan tengahari di Kai Tod Decha, Hatyai.
- Jamak @Stesen keretapi

18:30 (TH)
- Train#42 lewat. Patut 16:20
- Sambil menunggu, aku charge hp kat tiang berbumbung
- Naik train#42 ke Nakhon Pathom

Menariknya train#42 ni... kami diberi kain selimut/gebaq, dihidangkan makan malam yang merupakan nasi, masak lemak isi ikan serta sup sayur/cendawan. Pada lewat malam, teh panas bersama roti+karipap sebagai supper. Kesemua makanan ada ditanda halal.

ZZzZzzzzz



Hari 2. Jumaat: Pekan Nakhon Pathom

07:30 (TH)
Subuh atas keretapi. Lewat sampai. Patut 4:36am. Lari 3jam. Tapi masih sempat kejar keretapi dari Bangkok/Thon-Buri ke Nam Tok. Ikut jadual TBR-NAT (Thon Buri - Nam Tok) akan lalu di Nakhon Pathom pada jam 8:57am.

Rupanya keretapi kami dari Hatyai naik tiada kepala. Patut la agak bising, enjin dibawah coach. Beli tiket Nakhon Pathom ke Nam Tok. Percuma untuk warga tempatan. 100baht untuk warga asing. Antara TBR-NAT boleh turun/naik mana2 stesen pada kadar yang sama.

Train: ORD-257 (TBR-NAT). 100baht/pax.

Ronda sekitar pekan Nakhon Pathom. Ambik gambar aktiviti pasar pagi berdekatan dengan Wat Phra Pathom Chedi. Wat terbesar disini. Dok cari kedai kopi halal. Tiada kelihatan - makan roti dengan snickers.

Sambungan catatan -  (bahagian 2, bahagian 3)

Labels: ,

Wednesday 1 October 2014

Invitation for The Equalizer

This invitation entitles you to 2 x seats but priority will be given to those who RSVP before the closing date.

The Equalizer

Kindly RSVP latest by Tuesday, 30 September 2014 to avoid disappointment. This activity also acts as a run-up to the launch of the New SUUNTO AMBIT 3 (info enclosed) this October.

Should you not be able to attend, we would be most grateful if you would send a representative from your publication. We look forward to having you with us and will contact you shortly to confirm your participation.

Received an invitation for movie. Staying too far from location. Not possible to join. Anyway many thanks.

Labels: ,

Quote of the Day

Life can pull you down, but running always lifts you up.

– Jenny Hadfield

Labels:

Training Week 4 - September 2014

22 September 2014 | 27 Zulkaedah 1435 | Monday
Route: Sport Complex
Timing: 40.56 mins

23 September 2014 | 28 Zulkaedah 1435 | Tuesday
Route: Sport Complex
Timing: 40.39 mins

24 September 2014 | 29 Zulkaedah 1435 | Wednesday
Route: Sport Complex
Timing: 40.58 mins

25 September 2014 | 30 Zulkaedah 1435 | Thursday
Route: Sport Complex
Timing: 40.38 mins

Labels:

FMS – PSU Mini Marathon 2014

Buah tangan from Hatyai last week.

Date: 05 October 2014 |06:00am
Venue: Prince of Songkla University, Hatyai, Thailand
Distance: 10km and 4km fun run
Website: www.mgtpsu.com

FMS – PSU Mini Marathon 2014

Those who heading to Hatyai this weekend.. why not?

Got free breakfast, finisher medals and t'shirt.. cost about 250baht.

..info from AlexOng

Labels: , ,