Run. Mix. Burn!

Saturday 8 August 2015

Quote of the Day

One thing about racing is that it hurts. You better accept that from the beginning or you're not going anywhere.
– Bob Kennedy



Powerman Malaysia 2006 | 11 Nov 06 | Lumut, Perak.
Run-bike-run at 1:00pm. Leg cramps and stuck on cleat at KM60.

Labels:

Wednesday 5 August 2015

Report: OSH Run

Tarikh: 5 Ogos 2015 | 8:45am | Rabu
Tempat: Anak Bukit, Alor Star, Kedah
Jarak: 7km - 34.52min | No.1

Rezeki pagi ni. Berlari sambil berkerja. Dapat jemputan daripada JKKP atau DOSH (Department of Occupational Safety and Health) untuk sertai larian OSH tiga hari yang lalu. Pihak syarikat bebesar-hati menghantar dua nama - Aku dan rakan setugas daripada HR dept.

Bertempat di Wisma Persekutuan, Bandar Muadzam Shah. Jarak larian sejauh 7km. Melalui laluan mini-tar, batas ban bendang, lari berdekatan landasan lapangan kapal terbang Alor Star kembali ke jalan raya setelah melepasi TH Hotel dan berakhir di Wisma Persekutuan.

Suasana pagi tadi cukop nyaman dengan hujan renyai diawai pagi, redup serta sejuk. Berlari atas ban bendang... cukop sempoi dengan sayup memandang kehijauan pokok padi yang sarat berisi hanya tunggu hendak bertukar ke warna keemasan.

Selalu dok lari easy-pace layan blues. Kali ni cukop jenuh nak kekalkan tempo rentak sambil cuba menjarakkan diri daripada saingan. Seriau nak toleh ke belakang, aku kekalkan pace larian sambil diselang-seli dengan speed-work. Alhamdulillah.. dapat tamat di tempat pertama.

Kami dijamu minum pagi dan makan tengah hari sebaik selesai upacara perasmian dan penyampaian hadiah di Auditorium sempena minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Kedah.

OSH Run 2015
OSH Run 2015
OSH Run 2015
OSH Run 2015
OSH Run 2015

Labels: