Run. Mix. Burn!

Tuesday 29 November 2016

Restoran Halal di Mae Rim, Chiang Mai, Thailand.

Mae Rim Halal

Berada 2 hari di Mae Rim sertai Pong Yaeng Trail Run, agak sukar mecari restoran halal di Pekan Mae Rim. Walaupun ada rakan yang boleh berbahasa Thai tapi mencari dan bertanya penduduk setempat, juga tak membantu.

Mae Rim Halal

Hari pertama. Kebetulan hostel yang kami diami ada kemudahan microwave, kami beli makanan sejuk-beku dari kedai 7-Eleven sebagai makan makan malam.

Pada hari ke-2 sambil mencari lokasi menarik untuk lawatan, secara tidak sengaja disebabkan salah jalan kami ketemu restoran muslim. Alhamdullilah. Kitaorang balun makan sesungguh. Tambahan pula setelah selesai habiskan jarak 66km trail run didalam hutan tebal Pong Yaeng selama 16jam tanpa henti.

Saya tak pasti apa nama restoran. Ianya terletak di Mae Rim, Chiang Mai, Thailand. Kira2 1km setelah melepasi simpang kanan ke Tiger Kingdom. Moga ianya manfaat pada semua.

18°55'57.7"N 98°56'25.8"E
18.932700, 98.940500

Mae Rim Halal
Mae Rim Halal
Mae Rim Halal

Labels: ,

Thursday 24 November 2016

Menarik di Chiang Mai + Mae Rim, Thailand

Wanida Hostel

Sepanjang 5H4M di Chiang Mai (CM) dan Mae Rim (MR), masa kami banyak dihabiskan pada tujuan utama iaitu – Pong YeangTrail Run (PYTR). Kemudian AirAsia (AA) pula memendekkan lagi masa Runcation kami dengan mengubah jadual asal penerbangan balik CNX-HDY daripada jam 4 petang ke 5 pagi – kehilangan hampir 12 jam. Terpaksa kami bermalam di airport CNX untuk mengelak kelewatan.

Antara 3 tempat menarik perhatian kami untuk dilawati dalam tempoh yang terhad. 


1. Wanida Hostel - Penginapan budget bertaraf 5 bintang oleh www.tripadvisor.com.my

Terletak di pekan MaeRim. Kira-kira 15-20km dari CM. Berkonsepkan hostel tapi disediakan bilik biasa dan bilik berkumpulan. Tandas berasingan dipisahkan lelaki dan wanita. 

Disediakan ruang dapur untuk memasak, ruang istirehat, ruang makan, tukang masak juga disediakan jika ingin merasa masakan tempatan atau ke restoran halal yang berdekatan. Persekitaran yang bersih, cukup santai sambil mendengar aluan muzik 50-60an yang sedap didengar ketika berbaring di hammock. 

Bagi aku pemilik hostel ini Pn.Warida, berjiwa seni, kembara dan ramah. Setiap dinding tidak biarkan kosong. Ada pelbagai motif dan bingkaian lukisan, barangan lama, potret-potret figura yang popular serta langkap laman yang cantik.

Anak saudara beliau merupakan pemenang pingat emas SEA Games dalam acara basikal, maka sebuah pondok khas dibina bagi memamerkan pingat-pingat serta keratan akhbar berita kemenangan. Bersebelahan pondok adalah pusat jualan dan servis basikal yang urus oleh ibu beliau.

Maklumat lanjut
wanidahostel.com

Wanida Hostel
Lokasi menarik di Chiang Mai dan Mae Rim di dinding
Wanida Hostel
Ruang makan dan kaunter check-in
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Bahagian dapur
Wanida Hostel
Vespa lama
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Jika ingin merasa masakan tempatan
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel
Wanida Hostel


2. PooPooPaper Park – Pemprosesan kertas daripada tinja/najis gajah.

Taman Eco (Eco-Park) terletak di bersebelahan Tiger Kingdom. Cuma berjalan kaki sahaja. Bagi aku lawatan ilmiah cukup sesuai jika berkunjung bersama keluarga serta kanak-kanak. 

Sangkaan aku pastinya membosankan mendengar taklimat dan penerangan tetapi sebaliknya tidak. Pengunjung berpeluang memegang dan melibatkan diri dalam proses membuat kertas.

Diakhir kunjungan kami diberi peluang untuk mengerah kreativiti masing-masing untuk membuat buku skrap, penanda buku, kad ucapan, poskad dan kad kenangan daripada kertas najis gajah. Kos yang dikenakan cukup minima dan murah.

Ia dapat memberi keseronokan pembelajaran sambil membantu mestabilkan eco-sistem kita.

Maklumat lanjut

Poopoopaper Park
Berani? Panas-panas ni.
Poopoopaper Park Poopoopaper Park
Aroma kopi luwak
Poopoopaper Park
Proses bersih dan didih.
Poopoopaper Park Poopoopaper Park Poopoopaper Park Poopoopaper Park
Tadaaa..
Poopoopaper Park
Hasil tahi gajah selepas dikeringkan
Poopoopaper Park
Sesi kraftangan
Poopoopaper Park Poopoopaper Park Poopoopaper Park

3. Pasar Malam di Chiang Mai – Thapae gate

Pasti tidak sah kunjungan tanpa lawati pasar malam di CM. Kami cuma sempat lawati 2 pasar malam pada hari pertama dan akhir lawatan.

Bagi aku pasar malam di Thapae Gate lebih menarik berbanding Anusarn Market. Tapi di Anusarn Market terdapat banyak warung/stall makanan halal.

Di Thapae Gate terdapat pelbagai barangan seni ditawarkan. Antaranya proses pembuat barang hiasan kaca dibuat diruang niaga. Barangan seperti dompet, casing handphone, tablet, tali-pingang dibuat dengan cantik oleh bahan kitar semula - getah tayar kereta.

Paling aku terpaku seketika, apabila terlihat keychain Pundai Doll di jual. Teringat aku majalah Reader’s Digest edisi Ogos tahun 2008 yang masih dalam simpanan aku. Menceritakan tentang 3 pelajar jurusan arkitek sebuah universiti di CM yang memerlukan dana untuk projek thesis mereka pada tahun 2002 akhirnya menjadi sumber pendapatan mereka setelah tamat belajar.

Disamping itu produk buatan tangan ini telah membantu sebuah kampung menjana pendapatan sampingan menghasilkan Pundai Doll melalui jenama OTOP – One Tambon One Product.

Masa aku cukup terhad sebaik membeli Pundai Doll. Ketika itu jam 12 tengah malam. Ramai peniaga sudah berkemas untuk pulang dan aku terpaksa bergegas ke airport untuk bermalam di sana.

Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market
Pundai doll
Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market Chiang Mai Night Market
Akhirnya.. dapat miliki Pundai doll