Run. Mix. Burn!

Thursday 9 February 2017

CSR - Kampung Pisang

Masih Ada Yang Sayang
28-30 Januari 2017
Kampung Pisang, Sungai Siput, Perak

..gambar ehsan dari group WhatsApp CSR-KgPisang

Kampung Pisang

Aktiviti CSR Program Masih Ada Yang Sayang anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Dikelola oleh KATS (Kembara At Taqwa Solution)

Kampung Pisang

Sebaik sampai di Kg.Pisang bersama pasukan 4Wheels. Dibelakang kenderaan adalah dewan sewang. Tempat penginapan peserta lelaki dan acara keraian.

Kampung Pisang

Perkara pertama sebaik turun dari kenderaan, bermesra dan layan kanak orang asli Temiar. Poket kargo pant aku yang penuh dengan gula2.. habis sekelip mata.

Kampung Pisang

Antara aktiviti pada hari ke2 - Welding pintu besi surau yang telah lama lekang

Kampung Pisang

Pelajar politeknik mem-aplikasikan pemasangan paip ke dapur dewan.

Kampung Pisang

Menyapu dan membersih rambut kanak2 yang berkutu. Perhatikan air sungai seperti warna teh tarik. Hujan tak turun 4-5... tapi warna tetap sama gara2 kerja pembalakan

Kampung Pisang

Menyumbang pakaian terpakai dan stock baju program yang tak habis dari Politeknik. Aku juga menyumbang baju2 larian tak terpakai yang masih dalam paket plastik.

Kampung Pisang

Layan kanak bermain kipas helikopter terbang

Kampung Pisang

Pertandingan mewarna - semua menang :)

Kampung Pisang

Pertanding bola sepak antara PTSB dan Kampung Pisang FC

Kampung Pisang

Gotong royong memotong umbut kelapa sawit untuk dijadikan sayur lemak.

Kampung Pisang

Menyambut saudara baru

Kampung Pisang

Kenduri makan tengahari bersama penduduk kampung

Kampung Pisang

Masak lemak umbut kelapa sawit terbaik!

Kampung Pisang

Mandi sungai

Kampung Pisang

Bilik hotel aku yang beribu bintang di Kg.Pisang. Serius.. sekoq nyamuk pon tak gigit aku.

Kampung Pisang

Berpeluang bersua dengan kijang semasa berlari di pagi hari ke3, melalui laluan ke Kuala Mu

Kampung Pisang

Bersama Kanak-kanak istimewa Kampung Pisang

Kampung Pisang

Bersama marka-marka Temiar

Kampung Pisang

Bersama pengarah PTSB dan TokBatin - Naseri.

Kampung Pisang

Bersama sebahagian penduduk kampung

Sunday 5 February 2017

Where did I jog? - Kampungan Orang Asli Temiar.

30Jan2017 | 10km
Kampung Pisang, Sungai Siput, Perak.

Sertai CSR (corporate social responsibility) 3H2M bersama pelajar Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah ke perkampungan orang asli Temair pada cuti CNY baru-baru ini.

Aku ambil kesempatan layan off-road pada hari ke 3. Melalui laluan ke Pos Kuala Mu.

Isyarat telefon - flat habis bagi Maxis dan Celcom. Sepanjang 3H2M kami cukop komited dan fokus dalam usaha CSR sebab tak dapat main handphone.

Aku curik2 main. Baca e-book :) sambil muhasabah diri.

Ketika selesai solat subuh aku mohon izin dengan Tok Batin dan sembang tanyakan keadaan laluan off-road yang nak diredah. Katanya darjah kesukaran laluan adalah tahap sederhana - lebih kurang macam tu maksudnya. Aku cargas seawal 8 pagi dan berpesan pada ketua CSR untuk kembali sebelum jam 10pagi.

Cuma 10km. Naik, turun laluan tanah merah dan mendaki bukit berdekatan Kampung Pisang yang telah gondol akibat kerakusan pembalakan. Katanya nak gantikan dengan tanaman sawit@getah.

Ayeq sungai mengalir laju macam teh tarik begitu juga warnanya. Cuma aku tak berani aku nak top-up dalam water-belt.

Di pertengahan laluan, bertemu salah seekor warga rimba - kijang. Masing-masing saling terpaku. Kami sempat bertentang mata dan handphone. Heran dia tengok aku pakai baju Champion Kedah.

Ketika menuruni bukit, 2 ekor anak musang terlajak lari dalam laluan larian aku.

Aku u-turn dan selamat kembali ke Kampung Pisang jam 10:05 minit.

Sekian catatan saya.

Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kijang. Jarang2 sekali ditemui orang ujar Tok Batin
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang

Labels: , , ,