Run. Mix. Burn!

Saturday, 26 December 2015

Larian Solo Nasir Abas - Shah Alam ke Alor Star

Selasa | 22 Disember 2015
Guar Chempedak.

Teman Pak Nasir Abas habiskan larian di hari akhir di hadapan Balai Polis Guar Chempedak ke Stadium Darulaman, Alor Star sejauh 30km.

Bermula pada jam 8 pagi, berdua, kami berlari sepanjang laluan utama\lama Sg.Petani - Alor Star, ramai penduduk di sekitar laluan keluar memberi sokongan. Ditambah dengan bunyi hon kereta dan lori serta jeritan dan galakkan daripada penunggang motosikal.

Kita orang berhenti beberapa ketika sambil bergambar bersama peminat2 bola dan kanak2. Pada tengah hari, ada warung di Simpang Empat Kangkong bermurah hati menjamu kami makan tengah hari. Kemudian Fakhrul Rambo, Pokcik Api, Mohdkhalil Mohdkhusaire, Yunus dan Fauzi Nawawi turut serta berlari bersama.

Kami rehat seketika di sekitar Tandop untuk solat Zohor. Cikgu dan anak-anak sempat datang memberi sokongan moral di kala berlari dalam panas lit2.

Selesa solat Asar, kita orang bergerak ke Stadium Darulaman. Kali ni lebih ramai para peminat iringi larian solo Pak Nasir termasuk liputan secara langsung oleh DJ Faizal dari Kedah.FM

Nasir Abas Solo
Muka depan akhbar Sinar 23 Disember 2015.
Nasir Abas Solo
Sinar 23 Disember 2015, muka 38.
Nasir Abas Solo
Sekitar di Padang Lumat
Nasir Abas Solo
Cikgu sekeluarga memberi sokongan di tengah hari lit2
Nasir Abas Solo
Nasir Abas Solo
Bersama DJ Faizal dari Kedah.FM
Nasir Abas Solo
Nasir Abas Solo
Nasir Abas Solo
Bukan nak jeck@kompang sebab tauke dia jamu kenduri untuk makan tengah-hari, tapi gulai dia terangkat - penat2 berlari, aku tibai 3 pinggan. Nasi + gulai ni saja.
Nasir Abas Solo
Pelakon tambahan.. bersama Fauzi Nawawi
Nasir Abas Solo
Nasir Abas Solo
Hero2 yang pacing bersama

Labels: , ,

Tuesday, 24 November 2015

Gila-Gila

Singgah kedai paper pagi tadi, ternampak majalah ni.

Teringat zaman sekolah rendah dahulu. Ada kala.. sanggup himpun saki baki 5 kupang duit sekolah semata-mata nak beli senaskah. Mai musim raya depa keluaq edisi Super Bumper. Hat ni beli guna duit raya.

Majalah Gila-Gila 

Melihat pada senarai sidang redaksi, masih ada nama2-nama kartunis lama seperti Ujang, Jaafar Taib dan Fatah. Cuma tiada ikon utama majalah - PST (Professor Serba Tahu).

Majalah Gila-Gila

Labels: , , , ,

Berkhatan di Kampung Yan

Cuti sekolah. Selain acara kenduri kahwin, bersunat, jawi atau berkhatan juga tidak ketinggalan bagi kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun sebelum mencapai akil baligh.

Beberapa jiran taman perumahan bersepakat ambil kesempatan memperingati berkhatan secara tradisional. Jarang-jarang sekali kita dengar khidmat tok mudim diguna pada masa kini.

Teman 7 orang anak jiran pagi ni ke kampung Yan sambil lihat proses berkhatan secara dekat.

Cukup pantas sekali hasil kerja tangan tok mudim. Rasanya 2~3 minit saja bagi seorang kanak-kanak yang tiada masalah seperti keriau atau berontak.

Daripada 7 orang cuma 3 saja berjaya dikhatan. 4 kanak-kanak terpaksa ditangguh ke tahun depan atau dinasihati kuruskan badan supaya 'burung'nya mudah keluar daripada lebihan kulit.

Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat dilihat sepanjang proses berkhatan. Yang tenang, gelabah, meraung, beratuih kat tok mudim. Yang ibubapa yang tak sanggup tengok pon ada.. Alasan mabuk darah.

Aku, bak kata pepatah... Cubit peha kanan, peha kiri pun terasa masa tok mudim tu cantas.

Mungkin ada part yang kurang berbanding masa zaman hangpa?

khatan sunat Yan
khatan sunat Yan
khatan sunat Yan
Batang pisang di guna sebagai tempat duduk.
khatan sunat Yan
khatan sunat Yan
khatan sunat Yan
khatan sunat Yan

Labels: , , ,

Monday, 27 July 2015

A free running magazine - Distance Running

While dropping my bag in luggage area\tent at Penang International Half Marathon 2015 recently I grab a copy of Distance Running magazine.

Distance Running
Published by AIMS and IAAF, the copies were distributed nearly 400,000 to runners through registration packs, booth and event expo in quarterly basis - january, april, july and october. 

The magazine feature articles in running tips, event calendar+contact and races report+result among member races of AIMS in 100+ pages.

It is FREE copy - Happy reading

www.distancerunning.co.uk/issues.html

Labels: ,

Sunday, 28 June 2015

Durian Ramadhan 2015

Tarikh: 25 Jun 2015 | 10:30pm
Tempat: Merbok, Kedah

Lepas solat terawih semalam, sekeluarga serta abang Ramli Ahmad, Samsul Ahmad, Azuan Hassan menuju dusun rakan di Merbok untuk makan derian.

Rakan sekerja - PakDin, menjamu kitaorang makan buah derian tiada had. Makan sepuasnya selagi terlarat sampai surrender. Menariknya.. kesemua derian ada pelbagai perisa - berkrim, susu, kuning dan lemak.

Selesai makan, kitaorang ikut PakDin kutip derian di dusun yang mana ada lebih daripada 100 batang pokok. Buah masih dok banyak diatas pokok katanya dan kami nyaris2 ditimpa buah.

Dengan puas makan 8 orang kami, siap bawa balik ke kampung esok.. RM50 pon tak cecah.. Pada yang teringin menikmati durian pada kadar peraih@kawan boleh PM saya untuk telefon PakDin.

Durian Ramadhan 2015
Durian Ramadhan 2015
Durian Ramadhan 2015
Durian Ramadhan 2015
Durian Ramadhan 2015
Bahagian untuk bawa balik ke kampung

Labels: , , ,

Wednesday, 27 May 2015

Run the True Race Distance by Following the Shortest Path

You probably ran more than five kilometers in your last 5K, and so did most of the runners who were out on the course with you. There’s a trick to running the shortest possible path in a race, and it’s not cheating.

Possible Route

Possible Route

Possible Route

Possible Route

An article from Course Measurement and Certification Procedures by USA Track and Field.

..article from lifehacker.com

Labels:

Tuesday, 26 May 2015

Perlis Marathon 2015 - update.

Kemaskini dari post terdahulu - klik pada link untuk contoh medal

Perlis Marathon 2015
Pendaftaran telah ditutup.

Untuk kategori 21km dan 10km - Anda akan terima vest manakala t'shirt untuk peserta 5km fun run.

Masa mula, ada sedikit perubahan. Bagi Half masih tetap pada jam 7:00pagi. Semua kategori dilepaskan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.
7.00pg - 21km
7.30pg - 10km
9.00pg - 05km

Pertama kali ini saya hantar 3 peserta dalam setiap jarak kategori, Jasmin-5km, Alauddin-10km dan Haris-21km bagi memberi saingan dalam cabutan bertuah :) - kereta KIA Cerato

Perlis Marathon 2015
Perlis Marathon 2015

Labels: , , ,

Friday, 22 May 2015

Bib Display II

Sambungan daripada bib display I post.

Agak sibuk dengan tugasan dan training, aku sempat sambung lekat beberapa bib no. lagi sepanjang belasan tahun berlari. Dulu bib lari diberi sepasang. Lekat depan dan belakang. Hampir semua bib masih tersimpan elok. Tiada yang dibuang. Kecuali ada sesetengah pihak penganjur mahu semula bib untuk acara ditahun berikutnya.

Berbanding bib display I, aku drill lubang dan ikat dengan benang kasar tapi kali ni A145 hingga 30-13 dilekat guna double side-tape untuk elak patulan cahaya jika guna pita-lekat biasa...

Running bib number

Antara yuang menarik antara A145 hingga 30-13..

Berlari di KRI (Kelab Roadrunners Ipoh), sentiasa dapat bib. no.1 - B01, D01, D001, C001. Ini disebabkan mereka susun bib# mengikut abjab nama. Cuma bagi B002 - ada peserta lain diatas.

D0016 - Ipoh International Run, rasanya itu yang pertama kali dan terakhir. Cukop kurang senang dengan pihak penganjur, saban tahun isu/masalah yang sama timbul.

195 - Mizuno River Kwai International Half Maraton 2014. 5D4N kembara menaiki keretapi, motosikal dan van bersama Aznan Saad dan Cikgu YuSong ke Kanchanaburi - tempat sejarah perang yang harus dikunjungi.

Melihat kesan2 tawanan perang yang dipaksaan membina landasan keretapi maut sejauh 400km dari Nong Pladuk, Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzat, Burma oleh tentera Jepun untuk menakluki India.

Bib# siam.. - aku pon dah tau apa event yang disertai :)

Labels:

Monday, 27 April 2015

Bib Display

Antara no. bib2 yang menarik.

Paling diingati A012 - marathon pertama, 14 - 60km trail run Sabah Adventure Challenge dan 086 - Powerman Malaysia di Lumut, berlari ditengah hari lit-lit.

Terdapat hampir 200 bib nombor dalam simpan. Boleh kata semua bib racing dan pertandingan masih disimpan elok. Ada juga beberapa event dimana penganjur mohon dikembalikan atau ditukar pada medal.

Lama sudah merancang untuk projek ni, sejak terbaca di runners' world - '23 Cool Race Bib Collections'. Kelmarin tengah hari aku buat sebahagian, bib lelain akan menyusul kemudian terutama dari Thailand.

bib display
bib display

Labels: , ,

Monday, 6 April 2015

Nelayan di Tanjung Dawai

Sabtu | 4 April 2015 | 8:15 pagi - Amir, Yusri dan aku.

Cross training pagi ni :)

Turun ke laut cari sotong dan udang dengan jiran taman. Air laut tenang kata jiran semalam. Jadi aku turut serta bertiga ke jeti Tanjung Dawai pagi ni.

Banyak udang berbanding sotong dan ketam. Tapi udang lipan berada pada posisi teratas - buat kuah mee sedap.

Sesekali dapat melarikan diri dari rutin harian.. ianya amat membantu sambil menyelami kehidupan nelayan.

Tanjung Dawai
Tanjung Dawai
Tanjung Dawai
Tanjung Dawai
Tanjung Dawai

Labels: , ,

Thursday, 5 March 2015

Ayah

Aku dah masuk kategori veteran, ayah (83 tahun) tetap sudi gunting rambut tanpa sebarang rungutan walaupun sebelah mata dok samar2. Aku serah penuhnya kat dia, apa fesyen dia nak buat.

Ayah - Shariff Awang
 
Servis tetap sama seperti 30 tahun lalu. Siap lumuq minyak dan sikat rapat lepas cukoq rambut. Sebab dia tau aku akan teruih capai gerek pi main dengan kawan.

Mai waktu malam, kedai ni tukaq jadi studio. Ayah dan abang aku sering jamming dengan saudara Ahmad Fathi serta rakan2.

Masa tu dia boleh jadi cedaih. Pukul 12~1 pagi pon masih boleh layan. Musik adalah jiwa dia.

Ayah - Shariff AwangAyah - Shariff Awang
Ayah - Shariff Awang
Ayah - Shariff Awang

Labels: ,

Wednesday, 14 January 2015

Unofficial Tarutao Mini Marathon 2015

Unofficially Tarutao Mini-marathon will be on 21~22 Mac 2015. Registration open in February. Will update again once official event form received. Early reminder to reserve the date :)

My write-up about Tarutao Mini Marathon 2014 was featured in 2 local magazines last year - KAPCAI and LIBUR.

Labels:

Monday, 5 January 2015

Mendaki Gunung Sibayak

Tarikh: 02 Disember 2015 | Selasa | 7:30am (waktu Indonesia)
Tempat: Berastagi, Sumatera Utara, Indonesia.

Gunung Sibayak

Percutian sekeluarga. Lama dok plan/rancang nak bawa bebudak ke sana sejak pertama kali aku jejak Medan, Indonesia pada tahun 2006 dengan rakan sepejabat.

Kebetulan ada sepupu kahwin dengan orang Medan dan kitaorang pula memang rapat, jadi separuh daripada 8D7N di Medan, kami berada di rumah keluarga sepupu di Lubuk Pakam yang berdekatan dengan lapangan terbang baru Medan - Kuala Namu.

Disana, aku ambik pakej kembara 4D3N ke bandar Medan, Berastagi dan Perapat/Danau-Toba beserta pemandu. Kadar sewa juru-pandu serta kereta Daihatsu Xenia atau dikenali Toyota Advanza di Malaysia berharga RM100 sehari. Itu tidak termasuk minyak dan penginapan. Keseluruhan kos petrol perjalanaan 4D3N lebih kurang RM100.

Catatan kali ini lebih tertumpu pada kembara mendaki gunung berapi Sibayak bersama keluarga (Cikgu, Alauddin 14tahun dan Jasmin 12tahun). Harap ia dapat memberi sedikit idea atau kelainan aktiviti bagi yang merancang ke Berastagi/Medan.

Terdapat 2 gunung berapi di Berastagi - Sibayak dan Sinabung. Kedua-duanya masih aktif terutama Sinabung. 2 minggu selepas kami pulang, kepulan asap setinggi 2000 meter boleh dilihat dan difahamkan debu gunung-berapi boleh sampai hingga ke Lubuk Pakam yang terletak 90km. Kali terakhir Gunung Sibayak meletus pada tahun 1881 berdasarkan maklumat di wikipedia dan sekarang ia di kategori-kan selamat untuk di daki.

Juru pandu ke Gunung Sibayak adalah saudara Abdy Landron Sitanggang. Orangnya cukup periang dan mudah berbicara. Kekadang jenakanya memecah kesunyian ketika mendaki. Pelbagai tumbuhan2 herba dan kegunaan diceritakan sepanjang perjalananan membuat cikgu dan anak2 tak kering gusi dan terlupa pada kepenatan.

Bermula di stesen akhir pintu masuk Gunung Sibayak. Yuran masuk antara rp5000 ~ rp10,000 (Aku tak berapa pasti/ingat berapa kadarnya) tapi tak mahal. Mungkin antara RM3~RM5 seorang.

Gunung Sibayak
Signboard pada rumah pendaftaran
Gunung Sibayak

Rumah pendaftaran. Entrance fee dikenakan. Kebetulan penjaganya pernah bekerja di Malaysia, jadi loghat
percakapan aku mudah difahaminya. Aku dilayan sembang sambil di bantu oleh saudara Abdy menulis maklumat pendaftaran.

Kemudian kami berkereta kira 1km melalui laluan bertar yang berlubang dan berbatu-batu. Alhamdulillah Xenia@Advanza mampu menempuhi. Jarak antara Gunung Sibayak dan pintu masuk adalah 4.8 atau 5km. Jika naiki 4WD mungkin boleh bawa hingga penghujung jalan dan sambung mendaki 3km ke puncak. Kitaorang berhenti pertengahan dan sambung mendaki ke puncak sejauh 4km.

Gunung Sibayak
Antara laluan pendakian
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak

Laluan pendakian tidaklah sesukar mana. Rasanya anak2 sekolah rendah mampu sampai ke puncak. Tujuan utama, aku ingin dedahkan mereka supaya hargai alam semula-jadi dan melihat suasana/fahami kejadian gunung berapi.

Gunung Sibayak
Gunung Sibayak

Disajikan suasana sejuk dan pemandangan flora dan fauna yang indah, gunung yang masih mengeluarkan wap panas, bau-bauan belereng, sulfur, aliran air panas yang mengelegak, batu-batuan larva yang telah keras...  membuatkan mereka terlupa penat lelah mendaki.

Satu pengalaman baru bagi mereka, cikgu dan aku sendiri sambil menuruni hingga ke bawah kawah gunung berapi yang berbentuk hati.

Gunung Sibayak
Gunung Sibayak

Disamping itu juru-pandu saudara Abdy yang juga bertindak sebagai jurukamera, Merakam aksi dan memberi penerangan ilmiah berkenaan gunung berapi kepada kami.

Gunung Sibayak
Wap panas yang kuat bunyinya.
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak

3 jam perjalanan naik dan turun berasa amat singkat. Keletihan langsung tidak dirungut oleh Jasmin dan Alauddin malahan kegembiraan lebih terpacar melalui aksi, telatah, jeritan, sambil bertanyakan pelbagai soalan pada aku/cikgu dan Abdy.

Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Alauddin menulis nama di kawah.
Gunung Sibayak
Jasmin tinggalkan nama diatas batu
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Wap panas yang mengeluarkan sulfur dan belerang
Gunung Sibayak
Lopak kawah Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Lopak kawah berbentuk hati. Terdapat banyak nama disusun dengan batu-batu
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
8 hari di Medan, hari ini yang paling best!
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Berlari seorang mendaki puncak.
Gunung Sibayak
Perjalanan pulang
Gunung Sibayak
Antara team terpaksa di tinggal di bilik. Diaorang join untuk mandi air panas

Perjalanan kami diakhiri kawasan perkampungan air panas yang terletak kira 3km dari hentian kereta di kaki gunung Sibayak. Aishah berusia 2 tahun, Fansuri dan sepupu mereka Anis bersama pemandu kereta Arwin setia menunggu kami di kereta untuk menuruni dari gunung.

Di pertengahan perjalanan Abdy tunjukkan kami stesen eletrik (Geothermal Power Plant) yang menjanakan tenaga eletrik dari wap2 panas gunung berapi. Keseluruhan Berastagi dibekalkan oleh tenaga hijau katanya.

Gunung Sibayak
Menuju kolam air panas
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Geothermal Power Plant
Gunung Sibayak

Jam 1pm (IND time), suhu masih sejuk. Mandian air panas amat di tunggu oleh anak-anak dan sepupu  mereka. Terdapat banyak tempat mandian air panas di kawasan perkampungan di situ. Saudara Abdy bawa kami ke tempat yang bersih dan berpatutan harganya.

Kebetulan hari itu hari Selasa, bukannya hari liburan maka tiada pengunjung selain dari kami... 2 kolam sederhana panas ditawan oleh kami...

KEDEEEBUUUISH!!!

Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Abdy - jurupandu gunung dan Erwin - jurupandu percutian.
Gunung Sibayak
Gunung Sibayak
Buah kegemaran - pisang kaki.
Gunung Sibayak
Medal - batu larva tahun 1881 dan sulfur dari Gunung Sibayak.

Gambar ehsan dari Abdy@Berastagi Nachelle Homestay. - Terima kaseh.

Labels: , , ,