Run. Mix. Burn!

Monday, 9 June 2014

Report: 8th. Hatyai International Marathon 2014

Date: 25 May 2014 | Sunday | 6:30am
Venue: Jiranakorn Stadium, Hatyai, Thailand.
Distance: 21km @1:53.18

Penyertaan Hatyai Marathon ke-4 bagi aku. Pertama kalinya pihak penganjur adakan kategori half marathon atau 21km. Sebelum ini cuma Hatyai Nature Run saja yang tawarkan kategori Half di Hatyai.

Dan pertama kali juga aku sertai acara larian di Thailand yang ada yuran lewat pendaftaran. Yuran pendaftaran larian untuk Half pon hampir sama dengan yuran Half di Malaysia. Nampak gaya.. penganjur dah nampak banyak pernyertaan pelari dari luar negara.

Yuran penyertaan Hatyai Nature Run tahun lalu cuma 300baht saja. Standard tetap sama - finisher medals, t'shirt, post-race meals dan tropi untuk kedudukan teratas.. Mungkin kos berbelanjaan makin meningkat gamaknya dan keadaan politik yang tak menentu di Negara Gajah ini.

Dengan situasi politik yang goyah dan kejadian bom yang berlaku di selatan Thailand terutama di Hatyai beberapa minggu sebelum Hatyai Marathon menyebabkan penyertaan acara ini agak berkurangan berbanding tahun lalu, dikalangan peserta dari Malaysia.

Kali ni aku berkeretapi dari Gurun@7:30am terus ke Hatyai@12pm. Tambang pon murah, cuma RM18 saja. Rupanya ramai juga kaki2 lari dari Kuala Lumpur dalam gerabak selepas bertanya-sapa ketika menunggu dihentian Padang Besar. Rasanya 10~20 kaki lari daripada gaya pakaian dan kasut yang dipakai.

Hatyai Marathon 2014

Setelah bertukar kepada kepala keretapi Thailand, aku duduk bersendirian sambung membaca novel karya Andrea Hirata yang dah berbulan-bulan atau hampir setahun tak habih lagi. Baru beberapa helaian.. ZZzzzzZz

Hatyai Marathon 2014 
Hatyai Marathon 2014
Beli running magazine versi Thailand - Refill (Marathon & Lifestyle) kat stesen keretapi Hatyai. 90baht.
Hatyai Marathon 2014
Mukasurat 3 - Lang Suan Mini marathon 29 Jun 2014 ni dok racun

Di Hatyai, aku sewa bilik disekitar kawasan Lee Garden - 300baht. Lengkap dengan keperluan asas, cuma tidak ber-aircond. Selesai solat jamak aku sambung ZZzzzZ sebab hari agak panas diluar.

3pm (masa MY), aku berbasikal ke Stadium Jinarakorn. Setelah berayat2 dan berkenyit2 mata dengan pemilik hotel yang dah berusia... Dan berjanji untuk pulangkan semula pada jam 6pm - Dia kasi pinjam free.

Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014

Selesai bayar 500baht untuk pendaftaran kategori 35-40 Half Marathon, aku ambil kesempatan membeli pakaian larian/training di gerai jualan sekitar. Murah dan kebanyakannya adalah barangan tiruan. Kemudian aku cargas berbasikal ke masjid di Muslim Road berdekatan Hotel President. Selesai solat aku singgah market Kim Yong atau lebih dikenali Asian Market, beli 1kilo mempelam dan 1kilo laici yang berjumlah kurang 100baht habuan untuk makan malam.

Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014

Kayuh pusing pekan Hatyai hampir sejam. Cuaca agak panas walaupun hari hampir lewat petang. Aku singgah minum petang bersebelahan restoran Kai Tod Decha Fried Chicken sambil guna wifi percuma. Kat sini kalau lapaq dan dahaga.. semua sedap2 belaka. Harga pon berpatutan.

Malam.. lepas makan dan windows-shopping sekitar Lee Garden aku balik lepak bilik sambung membaca sampai lewat malam. Hatyai.. dah kerap sangat aku mai.. jadi.. dah tak tau nak pi ronda mana dah.

Ahad
6:30am larian Half bermula, aku ambil kesempatan untuk solat subuh di masjid yang sama berhampiran Hotel President sebelum berjalan kaki ke Stadium Jinarakorn.

Laluan larian tetap sama macam jarak 13km tahun lepas. Cuma depa panjangkan pada laluan Patthalung - Songkhla. Kali ni melepasi Masjid besar di Hatyai atau Pusat Agama Islam dan U-turn kembali ikut laluan asal 13km seperti tahun lalu.

Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014

Macam biasa.. suasana di stadium penuh sesak dan meriah dengan jamuan makan dan minum, jualan harga runtuh oleh peniaga pakaian sukan, jualan gambar2 larian, upacara penyampaian hadiah yang telalu banyak kategorinya dan ramai pemenangannya serta suasana di garis penamat yang digamatkan oleh aluanan gitar serta nyanyian bagi menaikkan semangat para peserta...

Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014
Saudara Hazman dari KL
Hatyai Marathon 2014

Lepas check-out daripada hotel, aku pi Lee Garden beli beberapa cenderahati dan buah-buahan di market basah yang berhampiran sambil kasi perabih duit siam.

Tepat 5pm (jam malaysia) aku kembali stesen Gurun, Malaysia melalui keretapi dari Hatyai dengan kadar tambang yang sama 180baht.

Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014
Hatyai Marathon 2014

p/s:
Cuma nak bagitau tiket keretapi KTM di Padang Besar dan di Hatyai tak boleh buat tempahan awal - Kena beli pada hari yang sama. Kalau tiket habis.. naik ajer keretapi tu. Kalau Tiket Master kat atas keretapi tu tanya.. explain kat dia elok2 lepas tu bayar denda - ini pernah terjadi kat aku pada larian Sikarinhatyai Mini Marathon 2013.

Labels: ,

4 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Woww.. bestnye! seems easy and convenience to go.. will try it this year, Insyallah.. tqs 4 sharing

    By Blogger Unknown, at 9:48 pm  

  • Ya.. hotel byk dan registration masih terbuka hingga hari lari. Jumpa disana ya! insyallah.

    By Blogger aharis, at 10:45 am  

  • Di Hatyai, ada bas express ke KL atau Penang setiap hari. Pergi ke kaunter tour agent sekitar Plaza Lee Garden.

    By Blogger aharis, at 10:52 am  

  • Ok.. will cek it!

    By Blogger Unknown, at 11:02 pm  

Post a Comment

<< Home