Run. Mix. Burn!

Saturday 14 May 2011

Larian Komuniti Kepolisan

Rakyat Kelantan Dipelawa Sertai Larian Komuniti Kepolisan Pada 28 Mei Ini

KOTA BAHARU, 12 Mei (Bernama) -- Rakyat Kelantan dipelawa menyertai Larian Komuniti Kepolisan Bersama Rakyat anjuran polis Kelantan pada 28 Mei ini, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Katanya program yang julung-julung kali itu khas bagi rakyat negeri itu supaya berdamping lebih rapat bersama anggota polis dalam membendung kegiatan jenayah selain menggalakkan gaya hidup sihat.

Katanya semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dipelawa menyertai larian itu secara percuma dan hadiah menarik disediakan, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Sempena dengan larian itu di sini, katanya, pameran khas cegah jenayah juga akan diadakan. Mazlan berkata larian itu, yang bermula 8 pagi itu, terbahagi kepada empat kategori iaitu lelaki sejauh 10 kilometer, wanita (5km), veteran berusia 45 tahun ke atas (2.5km) dan kategori orang kenamaan sejauh 2.5km.

Katanya orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan di Ibu Pejabat Polis atau mana-mana balai polis berhampiran dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Mei ini.

..from Bernama & Mstar

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home