Report: Tarutao 11th Retrace Minimarathon 2014
Date: 15~16 Mac 2014
Venue: Koh Tarutao, Satun, Thailand
Distance: 10km. 24.15 + 24.59 = 55.14mins
Catatan kali ni mungkin lebih kepada aktiviti sepanjang perjalanan dan di pulau. Bagi yang nak tau bagaimana nak pi dan pengalaman berlari di Koh Tarutao, boleh baca report larian saya 2013.
Penyertaan mini marathon di Pulau Tarutao ini, adalah kali ke 2 bagi aku dan ke 11 kali penganjuran. Rasanya pihak penganjur dah matang dalam pengurusan acara ini. Cuma mungkin mereka agak terkejut dengan sambutan tahun kali ni. Terutama penyertaan dari Malaysia.
Perjalanan
Perjalanan kali ni agak unik sekali. Ianya adalah gabungan antara menunggang motosikal dan berlari. 'Ride Itik' yang dibentuk oleh beberapa rakan pejabat, adalah aktiviti rekreasi bermotor terbuka kepada semua jenis jenama dan cc. Ini merupakan penyertaan Ride Itik kedua bagi aku selepas Ride Itik: SgPetani to Pattani.
Bermula di CMart, Sungai Petani, kami bertolak pada 5:30pagi. Menuju RNR Gurun Highway PLUS. Disitu beberapa penunggang dari Penang dan KL bergabung. Sambung bergerak menuju Tol Alor Star (S) dan subuh di Masjid Simpang Kuala. Disini ada beberapa lagi penunggung bergabung. Kesemuanya berjumlah 20++.
Setelah taklimat ringkas cara berkonvoi di beri oleh En.Omar dan Khairul sebagai marshall, kami bergerak menuju Kangar untuk bersarapan.
Urusan imigresen dan kastam selesai di Wang Kelian pada jam 10:30pagi, cuma tinggal 13 motor atau 15 peserta yang menuju ke Pak Bara, Satun. Terima kasih pada motor pengiring - musti meleleh ayeq mata depa tengok kami bergerak ke Satun.
Kemalangan
Tak sampai 10km, satu kemalangan berlaku melibatkan 2 motor yang ditunggang oleh Azuan dan abg.Razman. Motor abg.Razman agak parah. Terpaksa ditinggalkan dikedai motor berdekatan. abg.Razman mengalami cedera/luka di kaki. Mujur dia ditemani oleh 2 orang anak lelaki dan mereka menginap di rumah/bilik orang kampung disitu. Azuan, luka dilutut tapi dia dapat habiskan larian keesokkan harinya.
Setelah berbincang seketika, kami bersetuju untuk meneruskan perjalanan dan selesaikan masalah abg.Razman keesokkan hari dalam perjalanan pulang.
PakBara
Tiba di PakBara tepat 12:30tghari. Masa dimana bot terakhir oleh pihak penganjur akan bertolak. Mujur kami memberi ruang masa untuk tukar duit, beli makanan tengahari dan pendaftaran acara.
Sambutan tahun ini cukop meriah dan lebih ramai berbanding tahun lepas. Baju acara larian telah habis dan pihak penganjur menawarkan diskaun 100baht drp yuran pendaftaran.
Setiap orang dikenakan sebanyak 600baht atau RM60. Ianya termasuk..
1. Tambang bot pergi/balik
2. Makan 3x (malam, pagi dan tengahari)
3. Penginapan berupakan bilik untuk 4org (muat untuk 5org)
4. Insuran perjalanan bot
5. Peryertaan larian 10km atau 4km
6.T'shirt
Murah? Kami kenyang semaksimum, gumbira tak-terkata, puashati sampai nk pi lagi.
Penginapan
Setiap bilik mempunyai 4 tilam dan tandas awam yang bersih. Nak dudok baca surat khabar pon boleh.
Taloh Wow
Bagi aku ia merupakan ikon Koh Tarutao. Cukop cantik, menarik dan menghairankan. Batu ini seolah dibelah begitu lurus. Terletak disebelah kanan pulau atau sejauh 12km dari jetty ketibaan.
Macam nak pi? Pergi ke kaunter pendaftaran bilik. Tanya untuk sewa lori kesana (jika datang berkumpulan. max 25org) Kadar sewa cuma 40baht atau RM4. Basikal ada utk disewa. Jika kaki basikal, laluan ini akan menguji ketahanan anda.
Taloh Wow merupakan kawasan penjara. Lepas puas tengok batu belah, boleh sambung berjalan masuk ke dalam hutan tengok penempatan para tahanan.
Makan malam
Secara buffet. Menu round pertama...
1. Sayur lemak pedas berapi
2. Kerabu tarutao sedap
3. Sayur campur seafood sedap,
4. Ikan merah goreng bertulang keras menyucuk jari kuku.
Menu round ke 2 - Sotong goreng.
Main course aku - menu ke 2. Ratah sotong + kerabu + sayur campur seafood = Makan sampai sengkak atau dikenali sebagai carbo loading dikalangan atlet.
Race Day
Kaki-kaki pelari Thai, cukop ramai. Bungkuih aku kali ni berbanding tahun lepas. Habis larian antara posisi 10th < X < 20th. Catatan 10km tahun lepas adalah 32.45 + 34.28 = 1:07.13. Tahun ini ada peningkatan drastik 24.15 + 24.59 = 55.14. Huh! samada laluan dipendekan atau aku terlalu laju?
Sebahagian Rider Ride Itik, join 4km fun run. Depa kena lari atas pasir pantai.. kemudian menuju ke garis penamat melalui jalan simen.
Baca report saya 2013 untuk keadaan laluan.
Post-race meals
Selesai larian, para peserta dijamu sarapan merupakan moi nasi bersama sup seafood - unlimited. Air sejuk, mineral dan air panas berserta sachet 3in1 ovaltine dan nescafe disediakan.. pon unlimited!
Toe-Boo Cliff
Bukit setinggi 400m. Terletak berdekatan dengan jetty ketibaan. Diwartakan sebagai kawasan perlindungan jika terjadinya tsunami. Pendakian mengambil masa kira 15 minit saja. Pemandangan yang disajikan cukup menarik. Hilang seketika penat berlari dan mendaki. Hampir keseluruhan pulau dapat dilihat dari bukit ini.
Pantai
Memandangan aku tak dapat placing, maka sempat aku mendaki dan mandi laut di Pantai Koh Tarutao. Mandi ramai-ramai macam ni rasa macam nak pi bersunat... kitaorg jadi bebudak pagi tu. Riuh meriah sambil bermain frisbee ketika terbaling tepat kena kepala :) Kemudian sesi terapi - mengapong diri dalam air.
Malaysia vs Thailand
Kebetulan ada rider yang boleh bertutur siam - En. Nanthaphorn Thongpraksert. Kitaorang hantar utusan kasi racun bebudak runner/siam bermain bola sepak pantai. Disebabkan mereka tuan rumah maka depa terpaksa bermain tanpa baju - Mak datuk.. badan berketui-ketui. Kitaorg cuma solid seketoi.
Seperti biasa, Malaysia membuat jaringan amaran seawal minit ke-2. Perlawanan cukup sengit. Pertukaran permain berlaku setiap 2minit oleh pasukan Malaysia kerana kepenatan. Thailand masih kekalkan pemain sambil disokong oleh marka2 mereka.
Keadaan padang yang tidak rata memberi kelebihan pada pihak tuan rumah dan akhir Malaysia akur dengan keputusan MAS 1 - THA 4.
Check-out
Selesai check-out, para peserta berjalan menunggu jeti ketibaan kelmarin dan pihak penganjur mengedarkan nasi bungkus sebagai makan tengahari. Disebabkan bot2 lewat tiba, maka nasi bungkus tu hilang ditelan sekelip mata. Hampir 2 jam lebih menunggu kitaorang habiskan masa dengan berkenalan dengan peserta lain dan pihak penganjur.
Makan+Shopping
Dari PakBara kita singgah di pekan daerah La-ngu, untuk extra-lunch sambil bershopping di di Thetsaban Tambon Kamphaeng Fresh Market (6.878742,99.783812). Beli buah tangan. Kebetulan dilorong kedai makan yang kitaorang berhenti terdapat market jualan barangan kering + basah. Percakapan bahasa tiada masalah. Kebanyakan penjual adalah melayu+muslim.
Wang PraChan
Singgah pick-up abg.Razman. Rupanya abg.Razman dan anak2nya dah pulang ke Malaysia awal pagi tadi. Sedara mereka datang pickup. Moto, dihantar untuk dibaiki di kedai motosikal berhampiran. Alhamdullillah...
Jam ditangan dah 6pm. Cuma tinggal 1jam sebelum imigeresen Wang Kelian ditutup. Jarak cuma tinggal 10km saja - sempat rasanya..
Gambar diatas adalah gabungan daripada beberapa kamera. Terima kasih pada Faizal Ezal, Zakrie, Mir Azmir dan Basri.
Tak puashati? Bley baca report racun dari Zakrie plak.
Akhir sekali ribuan terima kasih kepada KSRME (kelab sukan syarikat) atas sumbangan untuk Ride Itik: SP - Koh Tarutao kali ini. Moga ia menjadi pemangkin kepada kakitangan lain untuk menyertai aktiviti rekreasi sambil menunggang+menguji produk syarikat.
Update: 04 May 2014
Catatan ini telah disiarkan dalam majalah Kapcai edisi May 2014 pada mukasurat 34, 36 dan 38.
Cover Kapcai May 2014
Mukasurat 34
Update: 27 May 2014
Catatan ini juga menarik minat pihak editor majalah LIBUR untuk paparan edisi JUN 2014.

6.

4 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!
terbaik la post en.haris kali ni....heheehe
By Eirna Nurasikin, at 2:02 pm
Rasanya tahun depan, baju event sold-out lagik awai..
By aharis, at 4:24 pm
Fuhh tak sabaq tgu taun dpn aku nk try teng hang plk
By Anonymous, at 11:39 pm
Dah habaq sejak 2tahun lepas..
By aharis, at 9:55 am
Post a Comment
<< Home