Run. Mix. Burn!

Monday, 23 July 2007

Larian Lebuhraya

Konsep Larian Lebuhraya
37 ke 1: Sempena kemerdekaan yang ke-50

Idea untuk mengadakan larian Iebuh raya ini dengan nama 37 ke 1, dicetus dari berita terkini yang tersiar dalam surat khabar mengenai kedudukan negara kita daiam satu tinjauan yang telah dibuat oleh Negara Barat. Tinjauan yang dibuat adalah tentang kedudukan sesebuah negara dari aspek kestabilan, keamanan, dan kedamaian yang terdapat dalam negaranya

Dalam tinjauan yang telah dibuat dalam kalangan 121 buah negara, yang telah mencapai kemajuan dan negara-negara yang sedang membangun, didapati MALAYSIA telah mendapat tempat ke 37!

Malaysia dengan pelbagai agama, ketutrunan, kebudayaan dan bahasa telah mengatasi banyak negara yang maju dalam aspek keamanan dan kesejahteraan. Ini adalah sata perkara yang patut dibanqgakan oleh setiap orang rakyat Malaysia

Kedudukan ini adalah hasil usaha semua mantan pemimpin negara dan pemimpin yang ada sekarang. Kedudukan ini boleh diperbaiki sekiranya semua rakyat sedar tentang perkara ini serta berusaha untuk menyumbang terhadap keharmonian negara seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Guru dan Rukun Negara.

Sehubungan dengan itu, Malaysian Masters Athletics Association mengelola larian ini untuk menyedarkan semua rakyat tentang kedudukan negara kita, serta untuk membina tekad untuk memperbaiki kedudukan kita dari 37 ke 1 (pertama)

S Sivapragasam
Setiausaha Kehormat
MMAA
17 Julai 2007


Recently post about Larian Lebuh Raya

Detail and form, available to download at Events & Forms section.

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home