Run. Mix. Burn!

Tuesday 28 October 2008

News: Jerai International Endurance bermula 14 Nov.

From: Utusan Malaysia
Date: 28 October 2008

ALOR STAR Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah (MTPNK) akan menganjurkan Jerai International Endurance bermula di Pantai Murni, Yan dari 14 hingga 15 November ini.

Pengerusi MTPNK, Datuk Othman Aziz, memberitahu, acara tersebut terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa dikenakan bayaran penyertaan dan melibatkan empat peserta dalam satu pasukan.

''Ia melibatkan larian sejauh 40 kilometer bermula dari Pantai Murni, Yan melalui Kampung Raga, Titi Hayun sebelum peserta dikehendaki mendaki tangga Kenari untuk sampai ke puncak Gunung Jerai.

''Peserta kemudian perlu turun dari Gunung Jerai untuk melalui kawasan Seri Perigi sebelum menamatkan larian di Pantai Murni," kata beliau ketika ditemui pada Majlis Zoom Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Kedah di Kompleks Pelancongan Negeri Kedah, di sini.

Turut hadir Pengarah Penggalakan Pelancongan Malaysia Negeri Kedah, Roslan Othman dan Pengurus Pembangunan MTPNK, Rosli Abu Bakar.

Othman berkata, hadiah berupa wang tunai RM5,000 disediakan kepada pemenang dalam acara yang diadakan khusus untuk mempromosikan sektor pelancongan di Kedah.

Sementara itu, kata beliau, satu lagi acara larian 10 kilometer iaitu dari Pantai Murni ke Titi Hayun akan dianjurkan dan terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar dan veteran.

Kata beliau, mereka yang berminat untuk menyertai acara tersebut boleh menghubungi MTPNK atau melayari laman web www.visitkedah.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Meanwhile.. those interested, can get detail from Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah..

Kompleks Pelancongan Negeri Kedah
Seksyen 20, Jalan Raja
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Phone : 04-735 1030 / 732 8296 / 730 1957
Fax : 04-732 7914
E-mail : mtpnkedah@motour.gov.my

Labels: , ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home