Run. Mix. Burn!

Monday 15 November 2010

Larian Serentak 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat menyertai Larian Serentak 1Malaysia anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang akan diadakan pada 11 Disember depan boleh mendapat borang penyertaan di dalam akhbar terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad pada hari ini.

Borang penyertaan boleh didapati dalam akhbar Harian Metro, Metro Ahad, Berita Harian, Berita Minggu, New Straits Times dan Sunday Times pada keluaran 17 November, 21 November, 24 November, 28 November dan 1 Disember.

Larian membabitkan tiga kategori itu ialah lelaki dan perempuan untuk 17 tahun ke bawah, 18 tahun hingga 45 tahun dan 46 tahun ke atas akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Yakeb di Dataran Merdeka.

Pada masa sama, larian juga akan bermula di 12 lokasi lain di seluruh negara.

Program Larian Serentak 1Malaysia itu adalah program terbesar dianjurkan Yakeb dan pertama kali seumpamanya dilaksanakan serta dijangka disertai pelbagai lapisan masyarakat berlari secara serentak seluruh negara.

Yakeb adalah yayasan kebajikan atlet yang ditubuhkan hasil kerjasama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dalam membantu bekas atlet serta atlet bermasalah dan sehingga ini, seramai 1,100 atlet bernaung di bawah yayasan berkenaan.

Form available to be downloaded at Form and Event section. (scanned and forward to me by Aiman Cheah)

..from Metro - Sunday, 14 November 2010

2 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Xder goodies or completion medal or completion memoirs ker? sijil cmana lak?

    By Blogger kreezer, at 5:05 pm  

  • Saya x pasti. Register free rasanya.

    By Blogger aharis, at 9:12 am  

Post a Comment

<< Home