Misi Menawan Gurun Sahara
SEPANG 13 Mei - Pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad
Nasir hari ini selamat tiba ke tanah air selepas berjaya menamatkan misi
menawan Gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer (km) dengan jayanya.
Ketibaan Suwaibah disambut oleh keluarga dan ahli Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Seputeh.
Menurut Suwaibah, kejayaan menawan Gurun Sahara amat bermakna dalam dirinya dan berharap ia menjadi kebanggaan kepada rakyat Malaysia.
Kejayaan ini juga, saya hadiah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Ulang Tahun UMNO Ke-66, ini merupakan kejayaan anak Melayu yang sentiasa menyokong apa jua agenda kerajaan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan penaja yang sentiasa berdoa demi kejayaan ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Suwaibah berjaya menyelesaikan misi menakluk Gurun Saharanya pada 8 Mei lalu pada pukul 11.30 malam waktu Malaysia setelah menyelesaikan misi lariannya merentasi gurun terpanas di dunia itu sejauh 1,111 kilometer.
Misi menawan Gurun Sahara yang bermula 7 April lalu mengambil masa selama 32 hari melibatkan laluan dari Aswan ke Luxor sejauh 179km, Luxor-Sohag-Assyut (221km), Assyut-Al-Minya-Gaza-Kaherah (318km) dan Kaherah-Suez sejauh 125km.
Menurut Suwaibah, sepanjang menjayakan misi tersebut, banyak dugaan melanda, namun semua itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya.
Photo dari koding-kn.blogspot.com

Antara cabaran paling sukar ialah semasa berdepan dengan cuaca tidak menentu termasuk berlari pada suhu 40 darjah Celsius dan ribut pasir.
Berkat usaha saya dan tujuh ahli pasukan lain kami berjaya menamatkan misi ini walaupun pergi ke sana dengan serba kekurangan," katanya.
Selain itu, katanya, pihak pengurusan Larian Sahara kini dalam perancangan untuk memohon supaya misi tersebut diletakkan ke dalam rekod dunia kerana beliau merupakan wanita pertama yang berjaya menawan Gurun Sahara dengan jarak 1,111km.
Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan misi Larian Sahara sehingga kini juga masih menanti tajaan yang sebelum ini dijanjikan oleh penaja.
..from Aiman Cheah
Labels: news
0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!
Post a Comment
<< Home