Run. Mix. Burn!

Tuesday 11 September 2012

News: Langkawi Geopark anjur Maraton Antarabangsa Nov ini

ALOR SETAR - Langkawi Geopark akan menganjurkan Langkawi Geopark International Marathon (LGIM) 2012 yang menyasarkan 20,000 peserta termasuk dari 27 negara Geopark bermula 30 November hingga 2 Disember ini.
  
LGIM dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata selain maraton, program juga akan diisi dengan dua lagi acara utama iaitu Seminar dan Pameran Antarabangsa Langkawi Geopark serta Ekspo Makanan Asli dan Organik.
  
Menurut kenyataan itu, pada seminar tersebut sebanyak dua kertas kerja akan dibentang di hadapan 800 peserta.
  
Selain itu, 60,000 pengunjung disasar menghadiri ekspo tersebut yang menyaksikan 27 negara Geopark mempamerkan makanan organik dan asli masing-masing, kata kenyataan berkenaan.
  
Bagi acara maraton pula, sebanyak 10 kategori dipertandingkan meliputi jarak larian antara lima hingga 42 kilometer mengelilingi pulau pelancongan tersebut.
  
LGIM 2012 dijangka dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 30 November. - Bernama


..from Hamna SP + SinarHarian

Labels: , , ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home