Run. Mix. Burn!

Wednesday 4 May 2016

Report: Harumanis Adventure Trail Run 2016

01 Mei 2016 | Ahad
Sungai Batu Pahat, Perlis
Trail | 15km
1:29.02 | 11th | Kategori Open
Tag-team - Jesmi Huslan

Masih ada perlu diperbaiki terutama isu-isu asas pertandingan; Sesetengah simpang laluan tiada kru penganjur menunggu. Water station kekurangan bekalan air, termasuk di garis penamat.

Cabaran pertama setelah 3-4km berlari atas mini tar sepanjang bendang padi - makan pelam Harumanis.

Nak ambil size kecik, rasa rugi. Pegang size besaq, seriau muntah keluar. Makan hat sedang. Kalau kat rumah, potong buang kulit nipis2. Kali ni koyak kulit buang selamba.. Tunjuk kat kru puluq buah masih dok kuning lagi. Kalau tak... mau putih serelah

Trail.. okay. Lari rabat bukit. Naik-turun laluan denai hutan. Hampir tersembam 3-4 kali akibat sangkut ranting/akaq kayu. Tercungap2 tarik napaih.

Khinzir hutan pon tak kurang hebat. Nyaris disondol ketika ia lari terkujat melintasi trek denai yang cuma 10-15meter belakang aku. Macam cerita Jurassic Park - Dari jauh dengar bunyi. Badan tak nampak, cuma rimbunan seperti lalang jatuh rebah. Tup2 lintas trek laluan.

Trek trail dikatakan 50%-50% - 7km trail, 7km mini/tar. Jarak keseluruhan 14+km.

Masih berlari bersama @Jesmi sejak dari mula. Melalui mini-tar belakang Putra Golf Club. Kembali ke laluan utama sebelum menuju garis penamat di Pusat Pertanian Bukit Bintang kita-orang diarah ke trek motocross. Harungi lopak air, gelung tayar, merangkak dan naik-turun trek lumba.

Habiskan larian bersama ditempat ke 14. Tapi diakhir acara terdapat 2 pasangan dibatalkan penyertaan kerana tidak melalui laluan yang sepatutnya. Secara rasmi kitaorang tamat di tempat ke-11.

Terima kasih Jesmi Huslan.

Gambar ehsan:
- Lasak Magazine
- Jayborn SeventyTwo


Hari Pertama - Bib#





Hari Kedua - Racing
















Labels: , , , ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home