Run. Mix. Burn!

Sunday, 1 January 2017

Report: Pong Yaeng Trail Run 2016 - Part3

Pong Yaeng Trail Run 2016

Pong Yaeng Trail Run | 10-14 November 2016
Pong Yaeng, Chiang Mai, Thailand
66km, 30km dan 10km
Aznan, Azwan, Budin, Haris, Citt, Zanna dan Shidah

Catatan akhir. Sambungan hari pertama dan kedua.

Hari ke 3 dan race-day
Selesai subuh di hostel yang diimamkan oleh saudara Budin, kami cargas ke QSBG.

7am
Suasana di tempat permulaan QSBG meriah. Kami bertemu dengan rakan senegara dari Melaka - Goh, Terence dan beberapa lagi yang cuma sembang melalui WhatsApp/FB

Sebelum bermula, lagu kebangsaan negara Thailand berkumandang dan bertafakur seketika peringati raja Thailand yang mangkat baru-baru ini.

Pong Yaeng Trail Run 2016
Sebelum racing bermula.
Pong Yaeng Trail Run 2016
Masuk kandang
Pong Yaeng Trail Run 2016
Satu-satunya wakil 10km wanita dari MAS

7.30am - Mula.
Jalan tar menuruni bukit. 2-3km. Buah mola. syiok. Kemudian diikuti mendakian dalam hutan, flat seketika, kemudian mendaki dan mendaki.

Suasana pagi yang sejuk berkabus dan pokok2 hutan agak berlainan berbanding di Malaysia, amat mengasyikan. Hilang seketika penat lelah sambil berlari anak menuju ke Check Point 1.

Pihak penganjur menempatkan doktor, jururawat, pemandu ATV serta beberapa askar yang lengkap bersenjata dilaluan sama bagi 30km dan 10km.

Laluan bertanah merah, lecah dan licin disebabkan hujan yang kerap turun di Pong Yeang.

Check Point A1 - Mon Long.
Terdapat tugu seperti pahlawan tempatan. Sempat bergambar dan kemudian sambung berlari menuju A2

Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Sejuk dan lembab
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
A1 - Mon Long
Pong Yaeng Trail Run 2016
A1 - Bersama rakan dari Melaka dan Singapura

A2 - Mon View Gnam
Adalah kawasan ladang sayur-sayuran. Cukop cantik pemandangan terutama dilereng-lereng bukit. A2@16km merupakan U-turn bagi kategori 30km. Ianya kawasan perkampungan dilereng bukit. Terdapat banyak chalet yang menyajikan pandangan yang mendamaikan serta gadis-gadis kampung yang lawa dan comel.

Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Ambil upah kutip kobeh
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016

A3 - Pong Krai Temple
Laluan menuju A3 kurang uummph! sebab ia kawasan hutan biasa. Aku masih bersama Nan, Azwan dan rakan dari Singapura. Di A3@23km pada jam 1:00pm, perancangan aku untuk habiskan larian sebelum jam 6pm (tempoh 12 jam) sudah tiada harapan.

Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016

A4 - Samoeng View Point
32km - Baru sampai pertengahan laluan. Jam 2:30pm. Cuma aku dan Nan saja. Azuan dan rakan dari Singapura dibelakang. Azuan alami kekejangan kaki. Menyerang ketika kami masih bersama.

Ketika ni aku kehabisan mood. Gambar di A4 adalah yang terakhir daripada handphone aku. Dok runtun (berharap) pada Nan sebenarnya. Jarak check point A4 ke A5 adalah 10km. Tambah perit bila tengok passport+map.

Seketika kami berjogging bila ada laluan mendatar dan menurun.

Pertengahan.. Aku benar-benar habis riang (loghat kedah - habih tenaga atau habih keseronokan). Habih mood.

"Aku nak berhenti solat Nan.. kat A5"
Niat aku sambil mencari kekuatan dalaman.

Pong Yaeng Trail Run 2016
Semangat berbunga2
Pong Yaeng Trail Run 2016

A5 - Kong Hae.
42km. Betul-betul lapar. Aku cuma telan power-gel dan ORS saja. Pihak penganjur ada menyediakan khidmat drop beg di A5. Tapi kami tak ambil kisah sehari sebelum tu. Kami jangka, sempat sampai sebelum jam 6pm.

Ada rakan menyelit makanan, refreshment dan pakaian salinan di A5. Manakala pihak penganjur menyediakan makanan nasi, buah-buahan, minuman panas dan sejuk.

Aku ternampak sebuku roti. Nampak gaya bukan disediakan oleh penganjur. Tapi aku benar-benar berharap ianya daripada penganjur. Terus aku habiskan separuh roti dan bersolat jamak. Mohon kekuatan dan berharap tuan punya halalkan roti tu.

Sebelum bertolak aku letak kembali roti ke tempat asal. Seketika aku toleh, roti tu dah diambil oleh peserta yang baru sampai di A5.

Pong Yaeng Trail Run 2016

A6 - Pha Nok Kok
Dah lewat petang. 7pm MY. Keadaan samar2. Lampu kepala terpaksa dipasang. Dok berharap kat Nan menceriakan suasana, bersembang memecah sesunyian dalam hutan. Cuaca semakin sejuk. Kami berjalan dan jogging samar. Jika disuruh aku masuk hutan ni lepas lari - taubat aku.

Riang (kekuatan) aku di bawah tahap negatif.

Ketika ni Nan mengeletar kesejukkan sambil berjalan. Silap dia.. Pi minum air ais di A6. Dah senja. Bercakap pon keluar kabus dan mengigil. Aku tarik Nan berjalan lebih pantas untuk panaskan badan.

Jarak ke A7 = 10km. Piieee. Hutan tebal. Hari gelap. Gulita. Sejuk. Aku dengan Nan tak cakap sepatah haram. Dalam hati - jangan la ada benda pelik timbul tunjuk hebat dalam hutan ni.

Kami singgah pit-stop yang merupakan kebun bunga ros. Tuan kebun sabar menunggu bersama kuntuman bunga ros dan air mineral. Baik-hati dia.. tawarkan bunga ros skali. Kalau marka yang tunggu, tentu aku dah bergambar bersama dengan bunga ros.

A7 - Mae Sa Mai
Check-point akhir. Sekitar 10pm MY. 9km lagi ke garis penamat. Baru sedar pentingnya ada headlight yang terang. Yang dok pakai ni tahap lampu suluh. Kaki semangat nak lari tengok laluan denai menurun tapi lopak2 tanah kurang nampak jelas. Beberapa kali silap langkah - seriau terseliuh.

Water-station akhir.
Persimpangan antara kategori 100km dan 66km. Syukur banyak2 aku amik 66km. Mulanya aku daftar 100km tapi down-grade ke 66km, takut tak sempat bersiar-siar di CM sebelum berangkat balik ke MY.

2km akhir, pendakian atas jalan tar dalam QSBG menuju garis penamat. Benar2 habih riang. Nak habih cepat, aku tinggai Nan kira ±200meter dibelakang.

Nan
10 meter sebelum garis penamat. Aku terduduk di anak tangga. Hujung tangga adalah penamat. Aku teringat Nan. Seorang sahabat. Die-hard dalam larian. Tak pernah DNF. Pencetus ceria. Semua marka yang dia jumpa sepanjang trail run ni, dia tegur dalam bahasa melayu. Kami regah gelak dan lupa seketika akan kepenatan - kena buat out-of-box sikit dalam ultra racing ni.

Teringat aku di check-point A1. Cakap kuat dengan Nan pasai marka pakai lipstick merah menyala ketika racing+hutan dalam bahasa melayu dengan yakin. Berharap semua yang ada kat situ tak faham. Rupanya marka tu peserta dari Malaysia!

Aku tunggu Nan.
Sorang official turun, ajak aku naik menuju penamat.

"I'm waiting my friend" balas aku.

Pong Yaeng Trail Run 2016 Pong Yaeng Trail Run 2016
Saat paling best menuju garis penamat setelah 16jam racing

Beberapa minit kemudian Nan sampai. Kami menamatkan 66km Pong Yaeng Trail bersama dalam tempoh hampir 16jam. Azuan tiba kira-kira 10 minit dibelakang kami.

Pong Yaeng Trail Run 2016
Passort sebagai pengesahan
Pong Yaeng Trail Run 2016

Lapar. Cukop lapar masa tu. Terima kasih pada rakan yang sertai 30km dan 10km, depa setia menunggu kami dalam kesejukan hampir 12 tengah malam dengan makanan dan minuman khusus untuk kami

Pong Yaeng Trail Run 2016
Result Aku, Nan dan Azuan. Klik untuk XL size

Pong Yaeng Trail Run 2016
PYT juga menarik minat pihak istana - H.R.H. Princess Bajrakitiyabha Mahidol. Beliau sertai acara 30km. Menamatkan dalam kategori+wanita tempat ke-11

Pong Yaeng Trail telah dirancang >1tahun.
Aug15 - Review event yang menarik di Chiang Mai
Nov15 - Pendaftaran PYT dibuka
Dis15 - Kami buat keputusan
Jan16 - Beli tiket HDY-CNX
Feb16 - Pendaftaran PYT di tutup
Mac16 - Bayar yuran daftar

Jika mencari perspektif yang berlain berlari di Chiang Mai. PYT memberi pengalam yang berbeza. Dari segi pengurusan acara, tiada komen. Semuanya berjalan baik.

Dari segi laluan/trek, ia ditanda dengan jelas. Mereka juga menyediakan map dalam format .gpx. Aku cuma bawa handphone dan aktif kan fungsi GPS seketika untuk sahkan laluan larian. Seingat aku, cuma 2-3 kali saja aku rujuk pada handphone. Tengah hutan pon depa ada marshal menunggu. Jam tangan? aku guna hat biasa RM150 aja.

Pendek cerita - jangan risau pasai trek/trail atau sesat. Azuan racing sorang2 dalam hutan tebal tu sampai 12 tengah malam, ligan aku dengan Nan.

Ikuti catatan berkaitan Menarik di Chiang Mai dan lokasi restoran halal di Mae Rim.

Photo ehsan dari Zanna, Shidah, Azuan dan PYT Official.

Ikuti sambungan hari pertama dan kedua.

Pong Yaeng Trail Run 2016
Pong Yaeng Trail Run 2016
Home-made medal - priceless
Pong Yaeng Trail Run 2016
Kertas, hasil dari taik gajah. Ceh.. typo

Labels: , , , ,

4 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Banyak kenangan kat cm ni....lari sorang2 tgh mlm dlm hutan huhu ngeri ooo

    By Blogger Unknown, at 5:49 am  

  • Tp rasa mau repeat blk...nk balas dendam

    By Blogger Unknown, at 5:51 am  

  • Aku dpt rasa apa hg rasa tgh hutan belantara tu + tgh mlm. Aku pon dok kuat kat Nan. Endurance dia power berbanding dgn kita

    By Blogger aharis, at 11:46 pm  

  • Tahun depan.. track terbalik/reverse

    By Blogger aharis, at 11:47 pm  

Post a Comment

<< Home