Run. Mix. Burn!

Sunday 28 October 2007

Report Larian Peladang



Antara acara larian yang paling kemut pernah aku sertai atau dalam bahasa lain antara yang paling cikai. Tapi bukan bermaksud kedekut. Aku rasa depa ni buat acara larian hanya untuk penuh senarai aktiviti jabatan tahunan. - Halai-balai (kata orang kedah), macam melepaskan batuk ditangga. You got what i mean..

Tahap kepercayaan aku dalam acara lari yang solely dianjurkan oleh pihak kerajaan makin tipis. 3-4kali dah terkena. Nak kata tak pernah buat.. tapi dikatakan join venture dengan Jabatan Belia dan Sukan. Aku rasa depa bukan 2-3kali baru buat. Tapi dah banyak kali dah. Aku pon cam muka depa tu. Yang dok bagi briefing, yang dok buat pelepasan, yang dok urus nombor larian. But they never learn. Syok sendirik.

Acara larian memang mudah dianjurkan, mudah dapat penyertaan ramai dan mudah disertai - cuma ada sepasang kasut. Aku rasa pihak Jabatan Belia dan Sukan induk (HQ), perlu draf atau tetap peraturan2/syarat2 untuk anjurkan acaran larian. Tetapkan keperluan asas contohnya seperti nombor baju (spefikasi/material/depan+belakang), stesen air (jarak/bilangan/air), kategori (bilangan/umur) dan etc.

Hadiah.. subjektif skit. Bergantung pada penaja atau budget. Tapi kalau boleh tetapkan jumlah medal. Paling kurang 20 bijik. Wajib ada. Lebih atau tropi lagi baguih. Sekurang-kurang ada jugak kenangan bagi yang menang. Yang kalah.. anggap ia sebagai rezeki. Itu yang penting bagi setiap pelari "rekreasi". Bagi yang "elite".. aku belum sampai tahap tu lagi. Takat kasi hamper atau wang tunai saja... pakai selamat kat bilik "kecik".

Larian Peladang bermula dipekarangan Stadium Darulaman. Hari Jumaat. Hari kerja bagi aku. Cuti bagi Cikgu dan bebudak. Yang pasti memang kurang kaki lari pagi tu. Pendaftaran percuma. Yang menarik perhatian untuk sanggup memandu >50km/sehala, usung bebudak sambung lena dalam reta, ambil emergency leave.. datang lari, depa offer hadiah hingga tempat ke sepuluh. tapi tak bagitau apa hadiahnya - Nak surprise kot.


Macam biasa.. tak akan start on time. Masa tu lah.. VIP baru sampai, nak test air-horn.. naya bebudak bercempera lari. Start balik. Laluan larian cuma 6.5km saja. Melalui bandar Alor Star. Cornar masuk Jalan Teluk WanJah - Jalan Stadium - Jalan Tun Abdul Razak - belah masuk Jalan Sultanah - lalu depan Penjara, Hospital Besar, Tokong Hindu dan masuk ke Stadium Darulaman.

Memula start slow. Then mula potong antara Jln Teluk WanJah dan Jln Stadium. Antara Jln TAR dan Jln Sultanah... pulan ligan budak muda dengan kaki kiri yang kurang best, kasut merah Pegasus 2005 yang "season" (orang kedah kata - lapuk). Dapat potong depan hospital.. rupa2nya categori lain - Pundek!. Cuba target ligan Zamri.. tapi dah terlalu jauh dah.

Belakang tarak sapa dah.. so aku maintain sampai finish line.

Distance: 6.5
Position: 9th
Time: 26.05 mins

Dalam hati gumbira. Target top10 tercapai.


Geng ASJC dok warm-up

Geng Bedong dok ikat tali

Last option.

Briefing. Rules and route.

Line-up

Dok gempaq bebudak sekolah

Hooorrrrrnnn!

Finish line

1. Muniady Ramadass (SP Runners)

8. Zamri (Jitra)

9. Haris (SP Runners)

Lucky me

Habiiih

A view of finish line from stage

Waiting for top10 names

Top3 prize giving. Even top3 pon tarak medal

Taaadaaaa!! i got a cordial for 9th. That's it!. Baguih sikit drp x dpt apa macam kat Jitra Theme Park. Tapi kalau tak dak budget nak buat medal.. taruh la registration fee. Apa salahnya. Semua runners faham.

Hamper dan beras for lucky runners.. Ingat for Top10. Balik dengan ayeq tu lar.

Result Top 10 Larian Peladang 2007, Kedah.

A - Men Junior dan B - Men Senior


C - Men Veteran


D - Women Junior dan E - Women Senior

Labels:

4 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Wah ko memang hebat...takut la

    By Blogger Abu Soffian, at 9:51 am  

  • Race kampung.. Kalau turun Penang.. jadi sayur larr.

    By Blogger aharis, at 1:48 pm  

  • Haris, you involved in the events for less than five years, not very long but your time is very good. How many events have you participated? You must have collected lots of run certificates and medals.
    I love to visit your blog, it's fun to read with lots of photos and it contains wealth of information.(I remembered when hubby and I read your blog together for the first time few years ago, we just couldn't stop laughing!) It's nice that you posted the photo for winner/finisher medal and even the results!)The only thing is that there is no photo for certificate.
    You got so many photos for events, they stored all your good memories about events. But how could you take photo while running? Is Cikgu your photographer for every events? You must be a lucky guy. The photos are nice!

    By Blogger Island Folk, at 9:00 am  

  • wei... Selamat Hari Raya Aidilfitri!! seronok tgk kwn2 bergerak-cergas & active selalu... aku ni mcm dah slowdown sket.. sibuk mengalahkan PM plak.. apa2 pon semoga hang maintain fitness selalu.. keep on moving bro!!

    ~nezz~

    By Anonymous Anonymous, at 5:02 pm  

Post a Comment

<< Home