Run. Mix. Burn!

Wednesday 17 December 2014

Report: Penang Bridge International Marathon 2014

Date: 16 November 2014 | Sunday | 1:30am
Venue: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Penang
Distance: 42km | 4:48.51mins (own) | 4:48.52 (nett/chip)

42km, gerun bagi aku. Kali terakhir aku cuba habiskan di Melaka International Marathon 2005, 9 tahun yang lalu. Cukop perit. Banyak faktor yang menyebabkan aku berhenti sertai Full marathon. Mungkin kekurangan diri aku sendiri dan pihak penganjur.

Kenapa 42km kali?
1. Sepatutnya aku teman kawan (pertama kali nak cuba full) training untuk PBIM. Tapi 1~2 bulan belum tu, cuaca tidak mengizinkan. Setiap kali rancang untuk training 30km, pastinya hujan.

2. Start jam 1:30am. Congak tengok.. 5jam (6:30am) aku sempat sampai untuk solat Subuh.

3. Lama tak rasa perit berlari 42km :) Tambahan pulak berlari atas Jambatan Pulau Pinang yang baru.

Dengar jumlah peserta hampir 60,000 orang. Masuk dalam Malaysia's Book of Record katanya. Jadi pastinya hotel-hotel penuh dan padat. Aku, Abg.Ramli, Azuan, Aliff dan Shamsul sampai di Penang dari Sungai Petani sebelum Isya.

Penang Bridge International Run 2014
Penang Bridge International Run 2014
Penang Bridge International Run 2014

Solat di Masjid Bayan Baru kemudian bergerak soru makan malam meleret di Hammer Bay, Queensbay sebelum lepak meleret di stesen minyak yang ada toilet. Meleret.. kasi buang masa nak tunggu 1:30am.

Penang Bridge International Run 2014
Penang Bridge International Run 2014
Bersama Datuk Syed Mohd Aidid
Penang Bridge International Run 2014

12:30 ~ 1:20 am di kawasan perindustrian Bayan Lepas / Motorola.
- Jumpa Alex ambik bib.
- Sembang dengan kengkawan.
- Kelui hi, hoi, hi, hoi on the way pi starting line
- Bergambaq selfie serta berkumpulan.
- Dalam hati masih cuak.. dengan 42km ni.
- Tengok bunga api semasa pelancaran PBIM.

Penang Bridge International Run 2014
Penang Bridge International Run 2014

1:30am - Flag-off
Peserta full cukop ramai sekali. Aku bermula dari belakang masih belom boleh berlari untuk lintasi starting line. Berjalan perlahan hampir 5 minit sebelum boleh tekan butang START di STOPWATCH aku.

Penang Bridge International Run 2014
Pacing bersama Azuan. Kitaorang pakat2 tarik sesama sendiri dalam kesesakkan sambil mencari belon pacer "5:00" - Dapat.

Kemudian kitaorang kejar belon pacer "4:30".

Sambil2 tu layan suasana pepagi atas jambatan. Tiupan angin kurang pagi tu tapi cuaca baik. Tiada tanda2 nak hujan. Cantek. Kedua-dua belah laluan di  jambatan di tutup sepenuhnya. Tak perlu bimbang pasai trafik/kereta atau motor.

Melepasi kira 1km+- pondok tol di Batu Kawan, peserta 42km diarah U-turn arah ke Pulau Pinang semula. Kaki masih cantik. Tak meragam. Aku sedut/minum powergel dan larutan garam ORS sepaket.

Aku berlari sorang. Tengok jam. Masih dalam jangkaan waktu. Masuk 30km aku dah mula lari+jalan mengikut tiang lampu. 1 tiang lampu berjalan, 2 tiang lampu berlari. Kekadang kecohkan kaki ke 3 tiang berlari. Macam tu.. mainan minda. Buat la macam mana pon janji habih.

Aku habihkan full kali ni dalam tempoh 4:48.51 mengikut catatan masa jam aku. Jam 6:20am.

Penang Bridge International Run 2014Penang Bridge International Run 2014

Keadaan di Finish Line mula sesak dengan peserta Half. Nasib baik ada laluan khas untuk Full. Medal, 42km finisher t'shirt diberi terus dan dijamu post-race meal seperti bihun, telor rebus, air tah-apa-apa lagi tak ingat aku... Makan sambil lalu saja. Dalam kepala, aku cuma nak ambik beg, mandi dan Subuh.

Ingatkan mudah.. rupanya dengan berjalan kengkang ke seberang tempat permulaan, kemudian beratur mencangkung (tak mampu nak berdiri) tunggu giliran untuk beg... 7:15 baru dpat beg. Mandi2 tukaq baju... subuh 7:30 Canteeek :(

Itu la pengalaman aku dalam kesesakkan di Penang Bridge International Marathon 2014.

Penang Bridge International Run 2014
Penang Bridge International Run 2014
Penang Bridge International Run 2014

Seminggu dua lepas PBIM 2014, pihak penganjur dikecam hebat kerana kesesakan yang melampau dalam media-masa. Sehingga depa mohon maaf dan berjanji akan cuba baiki di masa akan datang.

Penang Bridge International Run 2014
Penang Bridge International Run 2014

42km lagi? Insyallah jika bermula 1:30am atau awai.

Penang Bridge International Run 2014
Tanda kalendar lari untuk PBIM 2015

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home