Run. Mix. Burn!

Friday, 13 March 2015

Report: PSU Health Run*

Date: 01 Februari 2015 | Sunday | 7:00 (MY time)
Venue: Prince of Songkhla University (PSU), Hatyai, Thailand.
Distance: 10.5km. 25.41 + 25.07 = 50.48.94

Sabtu@Gurun

Cemuih. Tiada event yang sesuai sepanjang January, aku komplot dengan Alex untuk sertai event di Thailand. Beberapa rakan Alex (kaki lari di siam) juga turut serta - Siew Imm, AhHwa dan Yeap yang baru pulih dari sakit misteri sejak setahun yang lalu.

Cukop lama aku dan Yeap tak jumpa\racing. Kurus banyak dia. Kami berpelukkan semasa bertemu di RNR Gurun sebelum meneruskan perjalanan menuju Bukit Kayu Hitam (BKH).

11pagi tu BKH jem. Kereta sangkut hingga stesen petrol BH. AhHwa tukar laluan ke PadangBesar (PB) yang terletak 50km. Kalau tunggu di BKH.. mau buang masa 2~3jam. Kami selesai urusan imigresen dalam 30minit dan sambung ke Hatyai. Check-in hotel dan terus ke PSU untuk pendaftaran.

Tujuan ke-2 ke sini, cari kasut lari.

Lewat petang, aku dengan Alex cargas pi Central Festival dari Lee Plaza. Kebanyakkan tuktuk kurang berminat bawa ke Central Festival kerana sedikit jauh dan kurang penumpang. Kami dikenakan 100baht. Beli sepasang Nike Vomero 9. Ada 40% diskaun dari harga jualan.

PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
Event t'shirt. Cantik jugak. Bley pilih t'shirt @ vest.
PSU Health Run

Ahad@PSU

Banyak kali dah racing di PSU ni. Laluan dan pemandangan pon dah biasa dah. Aku fokus tang larian. Sebaik u-turn, aku ligan beberapa peserta siam yang biasa aku jumpa. Ingin cuba buat negative split, tapi di akhir 2km laluan di ubah ke jalan lain. Tak sama laluan permulaan. Maka catatan masa aku tidak dianggap negative split.

Hanya Siew Imm memenangi top10 finisher bagi kategori wanita.

Keseluruhan. Tiada komen. Pihak pengurusan telah memenuhi keperluan asas pelari. Water Station cukop. Daftar larian cuma 250baht. Ada tshirt dan finisher medal. Dijamu pelbagai makanan seperti moi, sup, paktongko, tembikai dan minum soya serta air mineral - unlimited, tapi aku cuma ambik minuman dan buah saja :)

* Aku pon tak tau apa nama sebenar event ni 

PSU Health Run
PSU Health Run
Free...paket kondom dan gel. Unlimited.
PSU Health Run
PSU Health Run
Gotcha!
PSU Health Run
Tidaa dari Hatyai
PSU Health Run
Cerita2 di Penang Bridge November lepas
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run
Overall champion
PSU Health Run
PSU Health Run
PSU Health Run

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home