Run. Mix. Burn!

Thursday 5 March 2015

Report: Suratthani Marathon 2015

Date: 15 February 2015 | Sunday | 3am (Thai time)
Venue: Sri Surat Bridge, Suratthani, Thailand
Distance: 42km 4:13.53 (Personal best)

Perjalanan yang tiada rancangan khusus. Tiada tempahan. Cuma redah. Harap kat Nan tanya dan layan marka2 dalam bahasa siam. Secara kasar, kami berkeretapi dari Gurun>Hatyai kemudian naiki minivan dari Hatyai>Suratthani dan u-turn. Minivan - Hatyai, keretapi - Gurun.

Hari 1. Jumaat.
Masa tu kaunter KTM dah tak jual tiket direct Gurun>Hatyai sebab sistem offline/down katanya. Beli tiket Gurun>PadangBesar (PB) = RM8/org.

Selesai urusan imigresen di PB, pi beli tiket di kaunter keretapi Thailand PB>Hatyai = 57baht/org.

Info: Kadar biasa tiket direct Gurun>Hatyai = RM18. Jika beli Gurun>PB + PB>Hatyai harganya lebih murah. Cuma RM13 sahaja (RM8+57baht). Jimat RM5.

Tanya..
1. @Hatyai Railway Station - Tiket keretapi Hatyai ke Suratthani 107baht/pax. Bertolak pada jam 3pm. Tempoh perjalanan 5jam.
2. @Travel agent depan Plaza Lee Garden - tambang minivan Hatyai ke Suratthani 320baht. 4.30jam perjalanan.

Selesai makan tengahari, kami amik keputusan untuk berkeretapi sebab murah dan tempoh masa perjalanan lebih kurang sama.

Info: Masa kami habih banyak dengan keretapi tapi kami disajikan dengan pemandangan yang menarik diluar sana.

Sampai stesen Suratthani 12tengah malam (patut 8pm). Bertanya pada warga tempatan, ditunjukkan motel murah 180baht (9.096082, 99.231492). Campur upah tambang teksi moto 100baht = 280baht. Bilik?.. ok lar untuk tido 7-8jam.

Kos perbelanjaan untuk 2org hari pertama = RM76.80*
a. Keretapi Gurun>PB - RM16.00 (2pax)
b. Keretapi PB>Hatyai - 11.40baht (2pax)
c. Keretapi Hatyai>Suratthani - 21.40 (2pax)
d. Moto teksi - 100baht
e. Hotel - 180baht

Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Nan layan blues..
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015

Hari 2. Sabtu
Berjalan kaki ke Stesen keretapi Suratthani semula. Rupanya ada hotel yang berdekatan dengan stesen keretapi ni - QUEEN HOTEL (9.104909, 99.231506). 280baht. 200meter dari stesen.

Bertanya warga tempatan hala ke pekan Suratthani. 12km lagi katanya. Boleh tunggu bas di bas stand berdekatan dengan stesen keretapi - Phunphin Health Garden Park (9.106925, 99.232498). Tambang cuma 15baht seorang (RM1.50).

Di stesen bas Suratthani, kami singgah travel agent berdekatan. Ada free wifi. Pekerja di kaunter boleh berbahasa inggeris. Bertanya hotel yang berdekatan dan cara hendak ke Jambatan Sri Surat tempat pendaftaran Suratthani Marathon.

Menginap di Thai RungRuang Hotel (9.146169, 99.329251). Tanpa aircond. 2 minit berjalan kaki dari outlet travel agent. Disini adalah tumpuan pusat bandar rasanya..
- Ada stesen minivan
- Ada stesen bas.
- Masjid 5 minit berjalan kaki.
- Pusat beli-belah
- Pasar malam (ada stall muslim)

Pulang dari pendaftaran larian, deal dengan 1 tuktuk untuk pick-up kitaorang dari hotel ke Jambatan Sri Surat yang terletak 6km pada awai pagi - 2am (masa thai). Kami offer 100baht sehala.

Ronda malam sekitar hotel. Pi shopping. Nan beli kasut lari. Ada diskaun 50%. Pekena makanan tempatan di pasar malam.

Kos perbelanjaan 2org hari ke-2 = 63.00*
a. Bas - RM3.00
b. TukTuk pi/balik daftar - 200baht
c. Hotel - RM40

Suratthani Marathon 2015
Stesen keretapi Suratthani
Suratthani Marathon 2015
Bas awam ke pekan Suratthani.
Suratthani Marathon 2015
Bangku bas awam ada seat belt.
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Kasut lari Nan

Hari 3. Ahad. Racing dan Balik.

42km. Masih cuak. Janji habih. Ikut diri. Kereta ambulan dan kereta escort banyak. Water station lebih daripada cukop. Sehingga aku paksakan diri suruh skip. Setiap 2km ada satu - Takut habih masa tang bocor.

Laluan larian gelap gelita. Tapi disinari pelita setiap 50meter di tepi jalan. Kereta ambulan dan escort juga membantu beri cahaya. Termasuk lampu suluh para sukarelawan.

Ketika u-turn, hampir2 bertembung sesama pelari disebabkan suasana yang gelap.

Kaki masih bergerak cantik. Strategi aku @15km ORS, @20km Gel, @25 ORS, @30km Gel, @35km ORS. Tang 30km, aku cukop seriau dengan tarik-mengkarung (cramp). Alhamdulillah.

Berbaki lagi 4km, mendaki Jambatan Sri Surat.. terpaksa berjalan. Cukup tinggi kecuraman dia. Water station berada di setiap 2km - penyelamat, kasi sejuk kepala.

Tamat marathon ke-4 : 4:13.53. Tempat ke 9 bagi kategori 30-39 tahun. Merupakan catatan peribadi terbaik berbanding 4:41.01 di Kuala Lumpur International Marathon 2005 yang lalu. Agak terkejut dengan catatan sebab di Penang Bridge Int. Marathon 2014 3 bulan lepas adalah 4:48:52

Ambil trofi di belakang pentas, terus balik hotel untuk kejar minivan ke Hatyai dan keretapi ke Gurun pada jam 4pm. Sampai di Gurun jam 8:30pm.

Kos perbelanjaan untuk 2org hari ke-3 = RM95.40*
a. TukTuk pi/balik racing - 200baht
b. MiniVan ke Hatyai - 480baht
c. Keretapi Hatyai>PB - 114baht
d. Keretapi PB>Gurun - RM16.00

Jumlah perbelanjaan untuk 2org selama 3hari. 76.80 + 63.00 + 95.40 = 234.80*. Sorang cuma = RM 117.40
*
1. Kadar RM10 = 100baht.
2. Tidak termasuk pendaftaran marathon 1200baht
3. Tidak termasuk makan/minum, snack dan buah-tangan.

Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Pelita sinari laluan marathon - image dari www.bangkhunthianjoggingclub.com
Suratthani Marathon 2015
Atas Jambatan Sri Surat - image dari www.bangkhunthianjoggingclub.com
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Tepuk untuk diri sendiri.. tengok papan masa di garis penamat
Suratthani Marathon 2015
Catatan peribadi terbaik 4:13.53
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Aznan 5:05.38
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015
Suratthani Marathon 2015

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home