Run. Mix. Burn!

Sunday, 10 May 2015

Report: Larian Valdor 2015

Tarikh: 19 April 2015 | Ahad | 7:00pg
Tempat: Kampung Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Tempoh: 11.8km | 57.58 mins

Pernyertaan ke 3 bagi aku. Yang pertama pada 2004 dan 2009. Sejak 2013 acara ini terhenti seketika hingga diadakan semula pada April yang lalu. Bagi aku Larian Valdor antara acara larian 10km yang paling meriah di kawasan utara atas beberapa sebab, antaranya..

  • Penganjur adalah kelab larian Valdor
  • Keperluan para pelari/jogger difahami
  • Tepati masa
  • Laluan kampung. Tak perlu kawalan trafik yang ketat
  • Finisher medal untuk semua dan cantik
  • Yuran penyertaan boleh dikata - OK. Tak murah, tak mahal dan diberi vest
  • Makan\minum disediakan selepas larian tanpa had dan ada kaunter halal.
  • Anggaran jumlah penyertaan antara 1000 ke 2500 peserta
Bermula pada jam 7 pagi memberi ruang yang cukop untuk solat subuh di Masjid di Sungai Bakap. Kemudahan tandas diguna se-maksimum sementara menunggu azan subuh.

6:30am
Alex setia menunggu aku bersama bib+tshirt di pintu gerbang tempat permulaan larian. Sebuah ikon binaan Kampung Valdor serta menjadi tema medal penamat untuk tahun ini.

Larian Valdor 2015
..photo oleh Abdul Rahman Mann

7:00am ++
Mula berlari menuju pekan Sungai Bakap. Agak kalut sikit sebab ralit berborak dengan rakan2 sehingga stop-watch pon aku lupa nak set. Bersama Azuan, kita-orang pacing bersama sambil sembang. Sempat gelak2, tegur rakan selarian.

Kekadang kita cuma sempat bertegur-sapa ketika dalam larian. Selalunya sebelum bermula atau habih larian, kita tak kesempatan bertemu semula. Mungkin kerana para peserta terlalu ramai atau kekadang rakan ada urusan dan terus balik setelah selesai.

Larian Valdor 2015
Laluan larian

Laluan - kampung.
Laluan larian adalah jalan utama kampung. Hari minggu, tak sibuk. Melepasi Hospital sungai Bakap, menyusuri Jalan Sentosa dan Jalan Selamat hingga ke sekolah menengah (kedua) lama aku. Ke kiri menuju kampung wellesley.

Larian Valdor 2015
..di Jalan Selamat - Photo oleh LimTheanSeng

Kemudian ke kiri menuju Kampung Permatang Ara melalui Taman Seruling Emas. Kawasan ni, orang kampung aku panggil Gone Tuak (Gone - bukit) dulu ada kedai tuak kat sini. Lari pepagi ni... kat sini aromanya cukop menyusuk kalbu. Sebab di kanan ada kandang lembu kaki pendek. Peh! Memang tak cukop oksigen aku dibuatnya.

Larian Valdor 2015
..di Jalan Lima Kongsi - Photo oleh Alwin Arul

Tiba di Jalan Badak Mati, kita orang ambik kanan menuju Kampung Lima Kongsi. @7km, Aku dan Azuan masih lari bersama. Tak jauh dah. 3km terakhir di simpang Kampung Lima Kongsi, aku tekan balen2 minyak yang dok ada hingga simpang terakhir di Jalan Valdor. Ke kiri menuju penamat di Sekolah kebangsaan Valdor.

Larian Valdor 2015
..menuju ke Pintu Gerbang - Photo oleh OrangePhotography
Larian Valdor 2015
..melepasi Pintu Gerbang - Photo oleh Ng Bak Kiong
Larian Valdor 2015
..photo oleh Running Fire

Makanan yang sediakan mencukopi. Antara tembikai, 100Plus, soya, nasi lemak, roti.. tiada had. Dihabiskan sambil bersembang dan bergambar. Hadiah cabutan bertuah juga banyak ditawarkan - pelbagai saiz hamper, beberapa buah basikal serta sebuah motosikal.

Nasib tidak menyebelahi kali ini, tiada nombor dipanggil.

Kesimpulan, jika berkesempatan dimasa akan datang Larian Valdor tidak harus dilepaskan. Diurus secara teratur/baik, yuran penyertaan yang murah, laluan kampung dan pelbagai jenis makanan dan menu disajikan setelah selesai larian.

Larian Valdor 2015
Penamat
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Bihun, skip
Larian Valdor 2015
Tembikai. Ngap!
Larian Valdor 2015
100Plus. Gulp!
Larian Valdor 2015
Telor goreng, bihun goreng.. skip
Larian Valdor 2015
Nasi lemak. Abg Karim ngap!
Larian Valdor 2015
Azuan, Munir dan Hafiz
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Suasana sekitar dewan sekolah
Larian Valdor 2015
Cikgu Zul penat makan nasi lemak
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015
Larian Valdor 2015

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home