Run. Mix. Burn!

Monday, 6 February 2006

Jiranku

31 Jan @ 1 Muharram, jiran sebelah rumah jemput makan kenduri dan baca yassin sempena masuk rumah baru. Dah jadi kebiasaan bagi org melayu, harus buat baca yassin kalau masuk rumah baru - Untuk ambik berkat.

Sebelum ni ni area kawasan rumah jenis macam aku.. aku sorang saja duduk. Dah 2++ tahun. Tambah plak rumah aku dihujung jalan mati. Sunyi dan aman untuk geng pecah rumah buat modus operandi. Rumah aku kena pecah 2x in a month last year.

Almost decide to sell.. but after installed security alarm and trigger direct to my hp and local police station - Alhamduliah... Kayu hoki aku pun.. lama tak makan hidung orang.

So ada jiran sebelah rumah - lega sikit.

Jiran aku.. depa gelaq nama depa "Pak Tam" dan "Mak Tam".. so aku panggil Pak Tam Maideen. Celebriti. Sapa tak kenai... pelakon "Anak Mami The Movie" and number of dramas / movies. Orangnya biasa saja. Sembang pun tak la lawak macam dalam movie/drama yang kita dok tonton. Infact anak pompuan dia cakap, Pak dia garang.

La nie dia dah kureng ambik offer berlakon.. tak larat dah. - Letih.
Dia banyak terima offer majlis keraian as emcee or juru-acara.

First week masa mula-mula mai duduk.. ramai bebudak mai. Ronda kat jalan mati depan rumah aku yang selalunya sunyi. Dia rajin dok layan bebudak.

Kenduri / baca Yassin - Satu taman turun. Aku & Cikgu jadi tukang memanggil.


Pak Tam Maideen and pak mertua kat rumah aku. When retired army meet..

Kenduri

Hah! apa lagi.. Bedaaall!!

Cheese.. renyeh..

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home