Rosli ungguli kategori elit
Utusan Malaysia. 13 Mac 2006
Oleh ZAID MOHD. NOOR
SUNGAI PETANI - Bekas Raja Kembara Negara, Rosli Rumia mengungguli Sirkit Kembara Negara (SKN) 2006 Zon Satu pendakian Gunung Jerai apabila menjuarai kategori elit, semalam.
Rosli, 35, dari Pusat Cemerlang Olahraga Tentera Darat, Taiping, Perak mengetepikan 28 peserta lain dalam kategori itu dengan catatan 2.06:02s.
Peserta kategori elit tidak dihadkan umur dan merupakan kategori khas yang dipertandingkan bagi merebut gelaran Raja Kembara Negara.
Tempat kedua disandang Shahrudin Hashim dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mencatat masa 2.12:50s.
Peserta Thailand, Naria Pandin, 18, menduduki tempat ketiga dengan 2:18:18s.
Sebanyak 279 peserta menyertai SKN 2006 yang dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara (NAA) melibatkan tiga pendakian termasuk Zon Dua di Gunung Tebu, Terengganu pada 22 Julai ini dan sirkit zon tiga di Gunung Nuang, Selangor pada 25 November ini.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai, Datuk Arzmi Abd. Hamid dan Presiden NAA, Datuk Khalid Yunus.
Next circuit..
Zone II:
Mount Tebu, Terengganu
22 July 2006.
Zone III:
Mount Nuang, Selangor
25 November 2006.

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!
Post a Comment
<< Home