Kayuh pi Kota Sarang Semut
Ahad 9 September, kayuh gerek dari Bedong - Gurun - Guar Chempedak - Kota Sarang Semua and pusing balik ke Bedong. Melalui jalan utama yang tak dak tol. Kali ni semua geng SP pakat ikut serta sempena minggu akhir sebelum ramadhan (bulan puasa). Semua bermula dari Dewan Kenangan di Sungai Petani. Art, Reza, Fauzi, Brahim, Rafi, Wichan kecuali aku.. tunggu depa kat Bedong.
8pagi @Bedong - depa tak sampai lagik. Aku kayuh turun ke SP cari depa kat jalan utama. Lepas tu kayuh naik balik ke Gurun. Lama dah aku tak kayuh > 2minggu. Gerek (basikal) pon belemuih (kotor). Tak basuh sejak Ujian Masa kat Penaga. Berdanoq (kotor tahap geli) gila.
Semalam team Kedah menang lawan dengan Perak. 3-0. Kedah juara Piala Malaysia. Depa sapu 3 piala dalam 1 musim. Aku yang tak minat bola pon.. boleh melangut (tengok) kat TV. Jadi pagi tu... sempena merdeka & kedah juara - aku taruh bendera kedah kat belakang gerek aku.
Tengah dok recover kayuh lepas kerabat (naik) bukit Perwaja... ada polis buat roadblock at Gurun. Depan pintu masuk ke Gunung Jerai. Cuma moto dan gerek.. polis lepas. Lelain kena hala pi jalan lain. Fuh! kami jadi raja jalan.
Sampai Guar Chempedak.. huih! ada perbarisan merdeka rupanya...
Sambung kayuh pi Kota Sarang Semut (KSS). Jalan cantek. Flat. So kami pakat-pakat tarik sorang sikit. Pekena minum pagi kat KSS. Aku tutuh teluq rebuih (telur rebus) 2 bijik then sambung kayuh.
Dari KSS ke Guar Chempedak kira-kira 18km. Mula dari KSS aku lead depa. Kayuh selow antara 25-28km/h. Perut dok penuh. Ingat dalam 15minit, aku penaik speed skit 30-32km/h. Sambil tu kalih belakang tengok kot ada kengkawan terputuih.. Cantek. Dok dalam satu line. Lepas tu.. aku penaik lagi 35-38km. Cantek. straight line.
Keadaan jalan memang cantik. Tarak lubang2 atau bonggoi2. Then aku maintain speed tak lebih, tak kurang. 35-38km/h. Semua pakat senyap. Kayuh. Kayuh. Kayuh..... agak lagi 2km nak sampai pekan Guar Chempedak.. aku taruh lagik 42-45km. Cuma Fauzi dapat ikut belakang aku. heheee..
Best betul! Dapat lead depa sampai 18km dengan speed 35-38km/h.
Lepas tu singgah pekan Bedong.. pekena Cendoi dengan kurma - Best.
- Distance 83km
Labels: kayuh
0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!
Post a Comment
<< Home