Run. Mix. Burn!

Monday 11 August 2008

Larian Jambatan Kuala Dungun

MDD buka kaunter
Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my


SEBANYAK tiga kaunter penyertaan Larian Jambatan Kuala Dungun (LJKD) kini dibuka kepada orang ramai bagi memberi kemudahan kepada mereka yang berminat menyertai acara itu yang akan diadakan pada 16 Ogos ini.

Selepas pejabat NSTP Jalan Riong, Bangsar dan NSTP Ajil, Majlis Daerah Dungun (MDD) bersetuju menjadikan kelab majlis berkenaan sebagai kaunter ketiga untuk menerima borang penyertaan acara berkenaan.

Penyertaan di kaunter itu boleh dibuat bermula hari ini sehingga 13 Ogos pada waktu pejabat dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai bertugas, Rosdi Mohd Dahan di talian 09-8481931, 09-8481932, 09-8455249 atau Zubir Mamat di talian 019-9360133.

Yang DiPertua MDD, Zainal Abidin Hussain, berkata dengan adanya kaunter berkenaan diharap orang ramai khususnya penduduk Dungun beramai-ramai menyertai larian berkenaan yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM25,000 termasuk barangan dan hamper.

Labels:

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home