Run. Mix. Burn!

Wednesday 28 April 2010

News: Larian Taman Jubli Sibu terus terima tajaan

by Reno Benjamin
April 22, 2010, Thursday

SIBU: Penganjur Larian Taman Jubli Sarawak 2010 yang akan berlangsung pada 2 Mei ini di Taman Jubilee Bukit Aup, terus menerima tajaan daripada pihak penaja.Semalam (Khamis), tiga penaja iaitu Nestle Product Sdn Bhd, Yee Lee Trading Co. Sdn Bhd dan FFM Marketing Sdn Bhd telah menghulurkan tajaan masing-masing.

Nestle menaja minuman Milo serta kain rentang sementara FFM Marketing dan Yee Lee Trading masing-masing menaja air mineral Spritzer dan susu kacang soya V-Soy.

Tajaan diserahkan oleh Eksekutif Jualan Nestle, William Yip, Eksekutif Jualan Yee Lee, Ngu Koh Kiung dan Eksekutif Jualan Kawasan FFM Marketing, Then Wei Liam.

Tajaan diterima oleh Pengerusi Kelab Sukan Marathon Sibu (SMSC) Tang Kah Seng serta timbalannya, Joseph Tang.

Menurut Tang, sehingga kini lebih kurang 450 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka pada larian ini yang dianjurkan oleh SMSC dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS). Selain Sibu katanya, para peserta terbabit datang dari Kuching, Miri, Sarikei, Bintangor, Kapit, Song dan Bintulu.

“Lebih kurang 120 peserta adalah dari luar bandar ini,” ujar Tang sambil memberitahu tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 28 April ini, jam 7 malam.

Larian dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian sejauh tujuh kilometer dan 21 kilometer serta terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pekerja luar negara yang memiliki permit kerja di Sarawak.

Bagi maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila hubungi Tang Kah Seng di talian 019-8181129, Joseph Tang (019-8178232), Eng Siew Jin (013-8200572), Ngui Kiong (012-8881261) di Kuching, Wong Siew Ming (019-8354321 ) di Miri dan Loh Leong Hua (013-8130796) di Kapit.

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home